BLOG BARU

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA KE BLOG BARU KAMI.
1.KLIK DISINI.


Wednesday, June 4, 2008

MINGGU BERSAMA HJ ROSLAN SHAHARUM

TAIPING-4 JUN. "Dalam negara demokrasi,wujudnya banyak parti perlu diterima."kata Roslan Shaharum. "Banyak parti,setiap parti berlumba-lumba melakukan kebajikan "ujar Hj Roslan.

"Akhirnya rakyat menerima perkhidmatan terbaik" hujah Roslan lagi.Ucapan beliau sewaktu berucap sempena 30 tahun sebuah persatuan Tionghua di KualaSapetang,pada 1 Jun .

Beliau menyarankan agar kita tingkatkan perpaduan,supaya semua masyarakat dapat menikmati pembangunan ,khususnya di Kawasan Parlimen Bukit Gantang."Tuan-tuan dan puan-puan,boleh meminta pertolongan dengan semua wakil rakyat,termasuklah YB Tan Lian Hoe,Timbalan Menteri Penerangan"tambah Hj Roslan lagi.

Sementara itu sewaktu berucap di Stadium Mini Guar Chempedak,Gurun
Kedah,Hj Roslan Shaharum menerangkan kerajaan Pakatan Rakyat Perak,tetap kukuh.
"Perak,mempunyai keistimewaan tersendiri,semua wakil rakyat Pakatan Rakyat ,sebanyak 31
ADUN memberi surat akuan kepada DYMM Sultan Perak ,untuk menyokong IR Muhammad
Nizar menjadi Menteri Besar,tidak seperti negeri lain"hujah beliau.

Ketika mengikut Haji Roslan ke majlis perkahwinan,beliau bertemu dengan para tetamu untuk
bertanya khabar.Di samping itu terdapat masyarakat meminta Hj Roslan untuk berubat.
Bagi Hj Roslan itu merupakan tugas sebagai pemimpin masyarakat.

"Bagi kami Hj Roslan tetap mesra rakyat" kata Fadhil Idris.

0 comments: