Kg Kurnia/Kpg Rahmat.11pagi.
org ramai sedang mendengar ucapan pemimpin.
Seramai 200 orang dari fakir miskin dan anak yatim menerima Bantuan sempena Aidil fitri, hasil usaha dari Pengerusi dan Jkkk Kpg Rahmat yang berjaya mencari penyumbangan2 untuk program tersebut.
Dalam ucapan YDP yang mewakili YB Roslan ,tiada diskriminasi ,tiada K`jaan Boneka,jangan mempercayai hasutan dan fitnah2 yang war-warkan oleh pihak pembangkan diNegeri Perak tegas Ust Nordin Jaafar.
Turut hadir dalam majlis itu,YB Tai,Penghulu Taiping dan Para penyumbangan seperti dari Nonya Manis sdn bhd.
YDP turut merakamkan ucapan terimakasih dari pihak PAS Kawasan kerana atas daya usaha Pengerusi dan JKKK, majlis seumpama ini berjaya diadakan buat pertama kalinya di KPG ini.
Saudara Jamil yang ditemui turut ucapkan ribuan terimakasih pada pihak JKKK dan pihak PAS Cawangan yang berjaya menganjurkan majlis ini ,dimana sebelum ini walaupun mereka digolongkan sebagai fakirmiskin tapi dinafikan sebarang bantuan dari pihak JKKK sebelum ini .
Sementara itu Ketua Kampung sdr Yahya Sidik merakamkan jutaan terima kasih kepada para penyumbang , YB Roslan dan YB Tai diatas sumbangan dan kerjasama yang diberikan oleh mereka-mereka yang terbabit,Jazakullah khairan kasirah.
ydp menyampaikan sumbangan bagi pihak YB Roslan
baspas:
Saturday, September 27, 2008
Pengerusi dan JKKK kpg Rahmat
Posted by parlimen059 at 2:01 PM 0 comments
Labels: bantuan
SUMBANGAN RAYA LUJNAH KEBAJIKAN PAS KAWASAN
Posted by parlimen059 at 1:12 PM 0 comments
Friday, September 26, 2008
SUMBANGAN JKM DI DOR BKT GANTANG
org ramai sedang mendengar ucapan Ust Basiron
Ust Basiron sdg menyampaikan sumbangan.
BukitGantang.22/09/08.
seramai 167 orang miskin/miskin tegar menerima sumbangan JKM .
majlis tersebut diadakan diDOR Bkt Gantang jam 10 pagi tadi.
Ahli Majlis LMS Ust Basiron bin Lat mengantikan YB Roslan yang berada diLubnan.
Ust Basiron menyampaikan sumbangan selepas ucapan tazkirah beliau.
Ketua-ketua kampung sekitar turut hadiri dalam majlis tersebut.
baspas
Posted by parlimen059 at 5:29 PM 0 comments
Thursday, September 25, 2008
WARUNG DEPAN MARKAZ NEGERI AIR KUNING TERBAKAR
BOMBA SDG MELAKUKAN PEMERIKASAAN
HANGUS.....
AIR KUNING-
Gerai Makan Mak Nyah depan Markaz Pas Negeri ,Air Kuning,Taiping terbakar pagi tadi ,lebih kurang pukul 12.45 pagi.
Menurut Cik Mazliha binti Mohamad Yusuf , anak Mak Nyah kerugian agak banyak seperti oven,peti sejuk ,dapur,tong gas, pinggan-mangkuk ,meja dan kerusi. Anggaran kerugian RM10,000.
Menurut pihak bomba,kebakaran mungkin disebabkan litar pintas.Sebarang derma boleh disalurkan kepada Tabung Prihatin ,Parlimen Bukit Gantang.Pihak Sekretariat Parlimen mengalu-alukan sumbangan derma untuk meringankan tanggungan Mak Nyah untuk memulakan perniagaan warung makan semula.
Posted by parlimen059 at 2:38 PM 0 comments
Labels: kebakaran
Wednesday, September 24, 2008
AHLI PARLIMEN BUKIT GANTANG SUMBANG DUIT RAYA KEPADA GURU PASTI BUKIT GANTANG
Trong- Haji Roslan Shaharum telah menyumbang RM100.00 seorang untuk guru-guru Pasti Kawasan Bukit Gantang.
Majlis penyampaian dilakukan oleh YAB Menteri Besar Perak,Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin kepada Pengarah PASTI Kawasan Bukit Gantang ,Sdr Hassan Halim di Majlis Berbuka Puasa Bersama MB di Masjid Nurul Hidayah Sg Bemban,Trong.
Seramai 35 guru Pasti kawasan layak menerima sumbangan itu. Hj Roslan berharap dengan sumbangan yang kecil itu dapat membantu guru-guru meningkatkan lagi usaha mendidik para pelajar. "Biarlah Allah s.w.t yang membalas jasa dan pengorbanan cikgu" ujar Hj Roslan, sewaktu ditemui selepas program.
Menurut pihak MGP pula ,guru-guru akan menerima sumbangan MB Perak pada 26 September, di Kediaman Menteri Besar.
Posted by parlimen059 at 2:19 PM 0 comments