BLOG BARU

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA KE BLOG BARU KAMI.
1.KLIK DISINI.


Wednesday, March 25, 2009

HJ NIZAR RASMI TAPAK EXPO DI DATARAN TOK GURU SIMPANG

CHANGKAT JERING-

PAS Kawasan Bukit Gantang melalui Lajnah Ekonomi akan mengadakan expo di Dataran Tuan Guru Hj Nik Aziz mulai 25 Mac 2009 sehingga 8 April 2009.
Expo akan dirasmikan Ir Mohd Nizar Jamaluddin MB Pakatan Rakyat pada 25 Mac 2009 , 9.00 malam.Turut hadir untuk memberi ucapan Dato' Mahfoz Omar Ketua Penerangan Pas Malaysia.Orang ramai dialukan untuk turut hadir pada malam ini.

Tuesday, March 24, 2009

MB CALON KITA- 23 mac 2009

MB SEDANG BERUCAP MENYATAKAN KESYUKURAN ATAS PEMILIHAN SEBAGAI CALON PAKATAN RAKYAT SATU AMANAH

TUAN GURU HJ HADI MENGUMUMKAN HJ NIZAR CALON PAS
HJ NIZAR MEMELUK TUAN GURU HAJI HADI

KEPIMPINAN PAKATAN RAKYAT SATU HATI KITA BERSAUDARA
WARTAWAN DAN BLOGGERS DUDUK DI BARISAN DEPAN PENTAS

Monday, March 23, 2009

Rencah PrK p059

1.
Hari ini 23 Mac 2009,diminta berjumpa Timbalan Ketua Polis LMS,perihal ceramah pengisytiharan Calon Kita Pakatan Rakyat.Antara yang dibincangkan diminta ceramah setakat pukul 11.00 malam.Terdapat dua/tiga trak polis dengan anggota berdekatan tempat ceramah. Minta untuk merakam program malam ini.
Kami hanya menjawab pihak negeri yang akan mengurus semua program itu,saya sekadar wakil kawasan.
2.
Calon, kami tak tahu setakat ini. Banyak sangat yang ingin tahu. Pihak polis,akhbar,profesor ,pihak bebas, Calon kita dapat diterima semua orang. Sesuai Pas For All.

3.
Isu ,UMno -isu perkauman cuba lagakan Melayu dan Bukan Melayu,isu derhaka,sedangkan merekalah derhaka kepada ketuanan rakyat. PPSMI membunuh Melayu. Saya mendengar orang kampung minta penceramah UMno berucap dalam Bahasa Inggeris?

Sunday, March 22, 2009

KEKALKAN KEMENANGAN UNTUK RAKYAT-

Changkat Jering- Pas akan isytihar calon mengikut ketentuan berikut:


Tarikh: 23 MAC 2009
Tempat: Padang Taman Kota Jaya Simpang,Taiping
Agenda: 7.30 malam Solat Magrib & Solat Hajat Perdana
(Bawa Sejadah dan Air Wuduk)
9.00 malam Ceramah Pelancaran Tuan Guru Haji Hadi Awang
(Presiden Pas Malaysia)