BLOG BARU

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA KE BLOG BARU KAMI.
1.KLIK DISINI.


Saturday, May 9, 2009

TERIMA KASIH RAKYAT MALAYSIA DI U.K.



Fadhil Idris sedang mengemaskini fail-fail dalam komputer sumbangan rakyat Malaysia dari U.K

Terima kasih atas sumbangan sahabat kita dari United Kingdom.Dua Komputer ,Satu Laptop dan Satu Printer Pelbagai Guna telah disumbangkan oleh Rakyat Malaysia.
Terima kasih juga kepada Ku Is yang membantu Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Gantang. Terima kasih daun keladi,jika ada tolong lagi.
Pihak Sekretariat Parlimen mengalu-alukan sumbangan rakyat Malaysia untuk membantu Pusat Khidmat.

Wednesday, May 6, 2009

Selamatkan Perak

Changkat Jering-

Pas Bukit Gantang akan mengadakan satu Majlis Munajat Rakyat pada 6 Mei 2009.Program bermula dengan Solat Maghrib Berjamaah,Solat Hajat,Bacaan Yasin,Zikir dan Solat Isyak.
.YDP Kawasan Ustaz Nordin Jaafar berharap semua penduduk Bukit Gantang dapat hadir ke Markaz Negeri ,Air Kuning untuk Program Selamatkan Perak.

Tuesday, May 5, 2009

JOM PI SOLAT HAJAT

MUNAJAT RAKYAT

Hari: Selasa dan Rabu
Tarikh: 5 MEI dan 6 MEI
Tempat: Markaz Pas Negeri,Air Kuning Taiping
Masa: Solat Isyak Berjamaah(8.30 pm)
Anjuran: Pengurusan Markaz Negeri/Pas Bukit Gantang
Objektif: SELAMATKAN PERAK

Monday, May 4, 2009

Dari Sisi Bukit- Fikir-fikirkan

Catatan 1.
Menurut pandangan Ustaz Ahmad Awang- Mengikut Usul Fiqh,setiap perkara yang ditelingkahkan kembali kepada asal.Justeru itu MB Haji Nizar tetap MB yang sah.

Catatan 2.
YB Salehuddin Ayob menyatakan dalam PAS ada tiga kumpulan, kumpulan Ulamak,Profesional dan Aktivis. Beliau mengharapkan kumpulan aktivis yang ikhlas tidak dipinggirkan,mereka berjuang tanpa mengharapkan balasan.

Catatatan 3.
Perlukah Hj Nizar bertanding jawatan tertinggi parti.Pandangan saya biarlah difikir masak-masak.,minta pandangan sahabat.Bagi saya jikalau ditakdirkan Allah s.w.t untuk menjadi pemimpin,kita akan diberi ruang secukupnya oleh ahli PAS.

Catatan 4.
Pemilihan PAS Kawasan Bukit Gantang masih dingin.Pencalonan untuk Pimpinan Kawasaan masih tidak sampai kepada Jawatankuasa Pemilihan (Pas Taiping).Cawangan perlu menghantar pencalonan sebelum 10 Mei 2009