BLOG BARU

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA KE BLOG BARU KAMI.
1.KLIK DISINI.


Saturday, March 7, 2009

CATATAN 3.

CATATAN 1. Tukang kempen UMNO kini semakin suka pergaduhan kaum berlaku.Kumpulan perayu undi UMNO memainkan isu 13 Mei 1969.Memainkan isu tanah kita banyak dibolot Cina DAP.Kemajuan hanya untuk bandar Taiping. Tahukah mereka YB Rosli Husein ,Adun Trong pun gagal bangunkan pekan Trong. Sekolah menengah pun tiada di pekan Trong,Bank Komersial pun takut tubuh cawangan di sana. UMNO Bukit Gantang pun harta tiada, Bilik Gerakan menumpang premis kerajaan.

CATATAN 2.Osman Jailu ,dianggap wira,selamatkan kerajaan Melayu -UMNO.Tahukah mereka apa Osman buat semasa dalam PR. Mesyuarat Tanah dan Mesyuarat Tindakan Daerah pun jarang hadir.Banyak geran tanah tertunggak.Banyak janji tak ditunaikan.Tanyalah pada Ketua Kampung ,mana masjid yang beliau solat Jumaat dalam DUN Changkat Jering.?

CATATAN 3. Biarlah UMNO dapat rezki secupak,sedangkan kita rezki segantang. Bukit Gantang menjadi milik kita . Milik rakyat.

sisibukit.

Thursday, March 5, 2009

KEMPEN UMNO UMNO DERHAKA

UMNO terlupa kisah derhaka?Bagaimana mereka menjadikan Ghazali Jawi sebagai Menteri Besar Perak,walaupun Sultan tidak bersetuju.Atas desakan UMNO Gazali Jawi menjadi Menteri Besar Perak dalam tempoh dua tahun selepas piliharaya umum Ogos 1974.
Setelah berlalu tempoh dua tahun ,Ghazali Jawi tidak mahu berundur dari jawatan Menteri Besar.Sultan telah membangkitkan janji Perdana Menteri(melalui Ishak Tadin) mengenai tempoh dua tahun sahaja sepatutnya Ghazali Jawi menjadi MB.

Ghazali Jawi dan pemimpin UMNO Perak telah menyanggah titah Sultan Idris Shah dengan berkata"Tidak ada dalam perlembagaan Negeri Perak bahawa Sultan Perak melantik seorang Ahli Dewan Undangan Negeri sebagai Menteri Besar Perak selama dua tahun sahaja"
Sejarah tidak pernah melupakan bagaimana Sultan telah bernazar selagi Ghazali Jawi tidak meletakkan jawatan ,Baginda akan menyimpan janggut,jambang dan misai serta tidak akan menandatangani surat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.Sejarah tidak melupakan Sultan Idris Shah tidak bekerjasama dengan Menteri Besar dan Exco Kerajaan selama dua tahun.Ghazali Jawi hanya melepaskan jawatan pada tahun 1977 atas kehendak Tun Husein Onn.

Mungkinkah Tajol Rosli pada masa itu masih kanak-kanak?Atau ijazahnya bukan pengajian sejarah?
Bukankah pada ,masa itu Pergerakan Pemuda UMNO bertegas "Hak untuk memecat atau memerintah seseorang berhenti dari Menteri Besar,adalah hak Presisen UMNO"