BLOG BARU

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA KE BLOG BARU KAMI.
1.KLIK DISINI.


Friday, February 6, 2009

RAKYAT TUNTUT HAK DEMOKRASI


FRU dan pegawai polis cawangan khas memerhati rakyat.

Gambar pengkhianat Man Katak di banner.

Rakyat mohon Baginda Sultan bubar DUN

Ribuan Rakyat banjiri Masjid Ubudiah minta adakan pilihanraya semula,bukan Kerajaan Haram

Kuala Kangsar 6 Februari 09-

Tiga ribu orang rakyat hadir untuk memohon perkenan Sultan untuk mengembalikan kuasa rakyat melalui pilihanraya umum untuk Negeri Perak.Mereka membanjiri Masjid Ubudiah Kuala Kangsar sejak 11.00 pagi.Rakyat berharap Baginda Sultan menjadi Raja Berpelembagaan.Rata-rata rakyat yang ditemui ,berharap diadakan pilihanraya untuk menentukan Kerajaan Baru.Kebanyakan yang ditemui berharap Baginda Sultan menyerah kuasa kepada rakyat untuk menentusahkan kerajaan. "Kita boleh terima kekalahan melalui pilihanraya,tidakmelalui kerajaan haram dan rasuah" ujar seorang pengundi berketurunan India dari Bidor.

Bagi penulis gambaran media arus perdana agak keterlaluan ,di dalam himpunan aman pada peringkat permulaan sudah disembur gas pemedih mata. Gas dilempar masuk ke perkarangan Masjid Ubudiah dan kediaman masyarakat. Dalam kalangan ahli himpunan terdapat "SB" yang mem"Provokasi",mereka inilah yang tidak bertindak secara profesional.

Kembalikan kuasa rakyat,kerajaan pilihan rakyat bukan kerjaan ADUN lompat.
Sementara itu satu Majlis Khas untuk Osman Jailu pada hari Sabtu 7Februari ,jam 4 pagi,di Masjid Changkat Ibol,berdekatan Changkat Jering.
"Kita akan buat solat hajat kafiat 12 rakaat "kata Idris Zakaria.

Thursday, February 5, 2009

Kita lawan konspirasi Umno

Saya terima SMS dari Setiausaha Akhbar MB, Anuar Hashim sebentar tadi dan dari Cina Islam , maksud yang sama :
Makluman; kita masih kerajaan minoriti di Perak. Pentadbiran berjalan seperti biasa. Dalam keadaan sekarang ada 3 keadaan kerajaan boleh bertkar.1. Sultan bubar DUN untuk pilihan raya negeri.2. MB dengan sukarela mengundur diri.3. Undi tidak percaya dalam sidang DUN akan datangsebarkan maklumat ini untuk umum.Kita tentunya tidak akan mengambil pilihan nombor 2. MB kita bukan jenis pengecut dan mudah menyerah kalah macam pondan!
Pilihan ke-3 , masih lama lagi.DUN hanya akan bersidang bulan April nanti. Yang kita nampak terbaik sekali ialah pilihan angka 1 - Sultan bubar DUN untuk pilihanraya negeri!
Kita berharap benar kebawah Duli Tuanku akan bertindak membubarkan DUN supaya mandat dapat dikembalikan kepada rakyat untuk memilih kerajaan baru.Menang kalah adat pertarungan.Kita tak mahu menyerah begitu sahaja kepada petualang bangsa yang khianat itu.Kalau BN/ Umno mahukan semula kerajaan negeri Perak ini, silakan ambil secara pahlawan dan berjuang digelanggang.Buat apa banyak dalih itu ini?
sumber:http://alhusseyn51.blogspot.com/

DATO' SERI NIZAR-SERAH URUSAN BUBAR DUN KEPADA ALLAH SWT

YAB MB menyerahkan isu pembubaran DUN Perak kepada ALLAH swt.setelah berusaha dengan berbagai cara yang betul mengikut lunas undang-undang dan syarak.Selain itu beliau menyeru seluruh rakyat solat hajat dan berdoa kepada ALLAH swt.memohon supaya kerajaan Pakatan Rakyat Perak diselamatkan.
MB menasihati orangramai supaya bertenang,tidak menimbulkan kekacauan,provokasi dan tidak melanggar batas undang-undang. Serahkan kepada kebijaksanaan kepimpinan negeri mengatasi kemelut ini.
Sementara itu munajat rakyat tetap diteruskan di Kediaman Menteri Besar Perak,Jln Tambun,Ipoh.,pada 5 Februari 2009 (Khamis) bermula 7 malam.Menurut Setiausaha Politik
Menteri Besar Perak, Ustaz Misbahul Munir , dijangka turut hadir Tuan Guru Nik Aziz ,Tuan Guru Hj Hadi dan Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Wednesday, February 4, 2009

Perangkap yang tak dapat di hidu Pakatan Rakyat

Empat Adun Perak kini di pejabat TPM

PUTRAJAYA: Empat Adun Perak kini berada di Pejabat Timbalan Perdana Menteri di sini, dipercayai bagi mengumumkan pendirian mereka menyertai Barisan Nasional (BN). Mereka ialah Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi; Adun Changkat Jering, Mohd Osman Jailu; Adun Bota, Datuk Nasarudin Hashim; dan Adun Jelapang, Hee Yit Foong, dari DAP. Kehadiran mereka ada kaitan dengan sidang khas Datuk Seri Najib Razak pada jam 5 petang ini, dipercayai bagi mengumumkan kedudukan politik semasa di Perak.

Jamaluddin dan Mohd Osman semalam mengumumkan mereka kini wakil rakyat Bebas manakala Nasarudin sebelum ini meninggalkan Umno untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

baspas:sedang menanti pengumuman rasmi............

DUN PERAK AKAN DIBUBAR BILA-BILA MASA DARI SEKARANG..

DUN Perak akan dibubarkan bila-bila masa sahaja daripada sekarang bagi memberi mandat semula kepada rakyat memilih kerajaan Yang baru . Keadaan politik di Perak tidak menentu. Ura-ura ADUN Pakatan Rakyat melompat kepada BN bertiup kencang.

Dari sumber-sumber yang boleh dipercayai, BN akan melakukan apa sahaja cara bagi membolehkan kerajaan Pakatan Rakyat digulingkan(jahanam lah mereka). Bagi menyelamatkan suasana tidak menentu ini, kerajaan memutuskan akan membubarkan sahaja Dewan Undangan Negeri dan serahkan kepada rakyat menentukan siapa yang memerintah. Inilah keputusan yang adil. Kita yakin rakyat sudah bijaksana. Dua pilihanraya kecil membuktikan rakyat menolak BN. YAB MB Perak akan menghadap Tuanku pada jam 5 petang hariini mohon perkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri.

semua ini angkara awal dari si osman dan jamal posmen yang berlagak nak jadi superman,kesudahannya 2 ekor itu kehilangan semua kedudukan.dan juga kawan..Parti mana pula nak beri mereka kerusi untuk bertanding....mai nak tengok..Umno nak pandang mereka sebelah mata pun tak mau.Jamal nak menjawat jawatan posmen kembali..pos malaysia pun tak mau..dulu diakan ada kes buang/curi surAT...
nyah kome...

BARU 10 BULAN DUN PERAK BUBAR?

Pejabat Hj Roslan Shaharum menerima banyak panggilan untuk mengetahui kedudukan Dewan Undangan Negeri Perak. Bagi kita,teruskan bekerja. Biarlah kepimpinan Pakatan Rakyat membuat keputusan. Lupakan perbuatan Osman Jailu.Jangan rosakkan hubungan kita dengan PKR. Osman Jailu biarlah terjun dengan labu-labunya. Kita anggapkan kerja kita bersama Osman dahulu sebagai amal soleh.
Bagi kita di sekretariat parlimen menang kita menang bermaruah.Jikalau PRU Perak berlaku kita kena berlipatganda usaha untuk menarik sokongan pengundi kearah Pakatan Rakyat .Tugas kita solat hajat dan bermunajat kehadrat ALLAH s.w.t. Ayuh jangan lupa munajat rakyat pada 5 Februari 2009 bermula Solat Maghrib di Arena Square ,Kuala Kangsar.
Ayuh kita terus mempertahankan kerajaan yang bermaruah.Ingat kembali kuasa rakyat .
Biralah tsunami politik melanda 3 Dun di Parlimen Bukit Gantang.

Tuesday, February 3, 2009

ALASAN SPR TAK MUNASABAH


mungkin pengerusi SPR takut ini....
February 3, 2009
IPOH: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak perletakan jawatan Adun Behrang dan Adun Changkat Jering dengan menyifatkan surat perletakan jawatan mereka masing-masing hanya diserahkan kepada Speaker Dewan Undangan Negeri Perak
SPR hanya menerima salinan surat atau penduanya sahaja, maka surat perletakan jawatan itu tidak terpakai atau sah.Pada kebiasaannya SPR akan menunggu pakai surat atau pemakluman speaker dewan undangan negeri mengenai perletakan jawatan seseorang Adun.
Sebenarnya teramat nyata lucu untuk SPR berkata demikian. Alasan yang tidak munasabah. Namun oleh kerana itu setakat ini Jamaludin Mohd Radzi dan Kapt (B) Osman Jailu kekal masing-masing sebagai Adun Behrang dan Adun Changkat Jering.
Sesungguhnya menghairankan jika itulah alas an SPR untuk mempertahankan dua adun itu. Secara akliah dan legislatifnya, seseorang Adun akan menghantar surat perletakan jawatannya kepada Speaker Dewan Undangan Negeri, yang merupakan secara legislatifnya adalah seorang ketua.
Berbelit nampaknya alas an kali ini. Sepatutnya selepas seseorang Adun menghantar surat pada speaker , maka baharulah speaker memanjangkan surat perletakan jawatan berkenaan. Umpamanya seseorang jika berlaku kematian pada seseorang Adun, maka menjadi kewajipan speaker negeri berkenaan memaklumkan kepada SPR untuk mengadakan pilihan raya. Tidak pernah kedengaran setakat bini SPR membuat pilihan raya kecil tanpa surat pemakluman speaker negeri berkenaan. Pelik.
baspas:

pemberita harakah.....

03/02/09..hari ini sekitar jam 12 lebih saya menerima satu panggilan dari seorang aktivis pas ust Hamid dari Taman Simpang.Beliau mahukan no tel YDP kawasan sebab ada seorang pemberita yang mengaku dari Harakah ingin berjumpa dengan YDP atau terus kerumah beliau.

Saya dengan tegas ,tidak ,kalau betul orang itu pemberita dari Harakah kenapa beliau tidak berhubung dengan ketua penerangan atau Perhubungan Negeri untuk mengetahui cara kontek dengan YDP.Ini akan merumitkan lagi keadaan.Ust Hamid menyarankan saya hubungi Hj hanif untuk mengetahui lebih lanjut,tetapi saya tetap enggan dan mencadangkan akan berhubung dengan Ketua Penerangan Kawasan untuk urusan selanjutnya.
Hasil dari itu baca seterusnya:dari Harakah daily:

CHANGKAT JERING, 3 Feb (Hrkh) - Kejadian 'dilarikan' atau 'disembunyikan' oleh Umno bukanlah fenomena yang mengejutkan bahkan ianya insiden yang lazim berlaku ketika pra dan pasca sesebuah pilihan raya yang diadakan di negara ini. Inilah antara taktik kotor yang cuba memerangkap parti lawan supaya berpaling tadah.

kejadian ini membuatkan suasana sesebuah tempat menjadi sedikit tegang lantaran ketidak tentuan politik yang berlaku. Akibat daripada itu dan kawalan keselamatan terpaksa diperketatkan seperti di Kediaman Menteri Besar Perak dan juga Pejabat Pas Negeri dan bebarapa Markas PAS kawasan.

Harakahdaily juga mendapat 'tempiasnya' apabila pada mulanya sukar untuk menemubual penduduk dan aktivis PAS kawasan melainkan diperkenalkan dengan kad pas media malah ada antaranya terlebih dahulu mendapat pengesahan (clerance) pihak-pihak yang tertentu dalam parti bahawa Harakahdaily yang mewawancara mereka adalah yang sah dan bukanlah satu bentuk penyamaran.

Ini natijah yang berlaku akibat kedua-dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak, Mohd. Osman Jailu dan Jamaluddin Mohd Radzi dari KeADILan yang dilaporkan meletak jawatan kelmarin, hilang selama enam hari.

Sementara itu seorang pengundi yang ditemui Harakahdaily di Dun Changkat Jering yang tinggal di Taman Simpang, Taiping Haji Hanif Mohammad memberitahu beliau pernah bersembang dengan Osman sebelum ini yang dikaitkan dengan pertuduhan rasuah dimana Osman mendakwa dia diperangkap.

"Secara peribadi saya lihat dia baik dan dia tak sanggup untuk menggadai maruahnya tetapi mungkin akibat desakan tekanan yang begitu tinggi dan ugutan, beliau terpaksa berbuat demikian yang mungundang marah penduduk.
"Ini bukan kejadian pertama. Sejak 8 Mac, dia telah 'dilarikan' oleh pihak tertentu banyak kali dan dia juga ada beritahu khuatir dengan pelbagai ancaman. Dia sendiri pernah jelaskan kepada pengundi di sini di masjid dan di ceramah bahawa beliau tak akan akan melakukan rasuah atau berpaling tadah," katanya.

Ini juga terjadi kepada Pesuruhjaya PAS Perak ustaz Ahmad Awang yang cuba beberapa kali dilarikan dan dikepong oleh pihak tertentu ketika dalam proses menubuhkan kerajaan Pakatan di Perak namun atas kepantasan dan kecekapan Unit Amal PAS, kejadian buruk itu tidak berlaku, katanya merujuk satu insiden di Ipoh dan Changkat Jering tahun lalu.
Hanif tidak menolak kemungkinan usaha menculik dua Adun ini telah dirancang lebih lama dan diperkuatkan lagi dengan lantikan Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak sebagai Pengerusi BN Negeri dengan 'didokong' oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato' Zahid Hamidi.- azm _

baspas:
kepada saudara pemberita,saya cuma berhati-hati dalam bertindak dan tidak mahu sebarang kesulitan .Harap maaf...

Monday, February 2, 2009

Pertahankan Changkat Jering

Pedulikan Kapten(B) Osman Jailu. Apa yang penting Jentera Pilihanraya Pas Kawasan Bukit Gantang bersiap sedia untuk menghadapi pilihanraya bila-bila masa.Jikalau Pilihanraya Kecil,kita telah bersedia,jikalau PRU 13 ,kita semakin bersedia.Bagi kita di Parlimen Bukit Gantang mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat Perak adalah jihad.
Jentera parti diperingkat Majlis Tindakan Dun Changkat Jering perlu bekerja tanpa menunggu PRK,hidupkan MTD ,aktifkan UPU.Kita perlu berdiri dengan kekuatan kita,bukan dengan kelemahan pihak lawan. Soal calon biarlah kepimpinan Pas Pusat yang menentukan,Pakatan Rakyat perlu menang untuk meneruskan kerajaan rakyat untuk rakyat.
Jentera Parlimen Pas Bukit Gantang ,wajar menyemak kembali apa yang dinyatakan dalam dapatan kajian Merdeka Center ,prestasi Hj Roslan sekitar 66 %, manakala 34% pengundi dalam Parlimen Bukit Gantang menyatakan prestasi tidak memuaskan. Kita berharap dengan kerjasama 47 ketua kampung dalam parlimen ini,boleh membantu Hj Roslan untuk terus berkhidmat secara berkesan.
Apa yang dinyatakan oleh Sdr Rahim Ismail Pengarah Mtd Changkat Jering,perlunya badan pemantau untuk melihat prestasi kerja ADUN mesti diambilkira oleh Sekretariat Pakatan Rakyat Negeri.Begitu juga pandangan Ketua Penerangan Pas Kawasan Bukit Gantang yang meminta dipercepatkan proses perlantikan Ketua Kampung untuk kaum bukan Melayu,juga diberi perhatian serius.
Kita mahu kerajaan didokongi oleh semua kaum ,bukan dimonopli oleh kaum tertentu.Namun asas politik MALAYSIA dan Islam menjadi pegangan kita Pakatan Rakyat.
Mungkinkah peristiwa yang berlaku kini sebagai satu ikhtibar untuk menjagakan kita yang tidur dan lesu.Pertahankan Kerajaan Pakatan Rakyat,munajat rakyat perlu diteruskan,




sgi-09

Sunday, February 1, 2009

kenyataan media PKR



sumber:https://mt.m2day.org/2008/content/view/17434/84/