BLOG BARU

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA KE BLOG BARU KAMI.
1.KLIK DISINI.


Saturday, December 27, 2008

Perasimian Kem Bina Sahsiah Remaja Islam


sedang berucap

26-12-08...jam 9.30 mlm...YB Roslan dalam majlis perasmian Kem Bina Sahsiah di Jebong mlm tadi..hampir 70 peserta..yuran cuma rm10.00.
para peserta......
baspas

Thursday, December 25, 2008

aktiviti YB Roslan



YB Roslan sebagai Ahli Parlimen merangkap Pengerusi Yayasan Perak ,telah menyumbangkan beg,baju,seluar/kain,dan kasut kepada seramai 60 org murid-murid dalam kawasan Parlimen.
Majlis tersebut telah diadakan didewan MPT (Bunga raya) changkat jering, jam 10.00 pagi.



11.30....selepas majlis penyerahan Beg sekolah,beliau telah merasimakan pertandingan Badminton anjuran pemuda kawasan didewan Rukun Tetangga kota jaya Simpang.


menyerahkan cenderahati...sdr efendi mat said...

jam12.30,hadiri kenduri majlis pernikahan adik cegu kahirul di Sg Mati...
selepas itu terus ke KL.....perjumpaan dengan T/presiden Ust Nasharuddin Mat Isa
baspas:

Wednesday, December 24, 2008

Zahar sertai PAS, kempen di KT

kemaskini 2:17pm Bekas ketua bahagian Umno Petaling Jaya Selatan, Datuk Zahar Hashim - yang mendedahkan isu pembelian helikopter Eurocopter - secara rasmi menyertai PAS hari ini.
Beliau telah menyerahkan borang keahliannya kepada Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa (foto, kanan) di satu majlis yang diadakan di sebuah hotel di Ampang pagi ini.Turut hadir pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali.

Zahar digantung jawatan ketua Umno bahagian awal bulan ini kerana mengkritik pemimpin utama Umno, termasuk mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya Datuk Seri Najib Razak menyalahgunakan kuasa dalam satu pertemuan dengan ketua-ketua bahagian di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Dalam ucapannya di majlis tersebut, Zahar berkata, seramai 28 ketua cawangan, dan 13 ahli jawatankuasa bahagian berkenaan juga akan mengikut jejak langkahnya menyertai PAS. Zahar juga menyumbangkan pejabat Umno bahagian - dipercayai milik beliau sendiri - kepada PAS kawasan tersebut.Pejabat itu, yang telah ditutup selama tiga minggu, akan dibuka semula besok dan kakitangan di situ akan turut bekerja bagi pihak parti barunya.

Zahar berkata beliau akan bersama jentera PAS untuk membantu kempen pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu, yang berlangsung antara 6 sehingga 17 Januari ini.Tambahnya, beliau akan mula berkampung di kawasan itu sepanjang kempen mulai 5 Januari, sehari sebelum penamaan calon. Kapten tentera bersara juga menafikan tindakan penggantungan yang diambil oleh Majlis Tertinggi Umno pada 2 Disember lalu sebagai punca yang menyebabkan beliau melompat parti. Sejak keputusan pilihanraya umum 8 Mac lepas yang menyaksikan ketewasan besar BN di beberapa negeri termasuk Selangor, kata Zahar lagi, beliau bersama para penyokongnya sering memikirkan untuk meninggalkan Umno.

sumberhttp://www.malaysiakini.com/news/95366

baspas:

Berakhirnya sudah....urusan Dunia buat saudara ku Abg Arshad



Arshad mat desa ,bekas s/u lujnah kebajikan Kawasan Bkt Gantang..kembali ke Rahmatullah..malam tadi..23/12/08.

"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya.
Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya." ( Surah Ali Imran 185 ).
baspas:

Tuesday, December 23, 2008

ISLAM BERHAJAT KEPADA PEJUANG-PEJUANG YANG MEMBANTUNYA

Sesunggguhnya Islam adalah agama yang agung.Allah telah menganugerahkan agama ini kepada kita,begitu juga Allah telah menganugerahkan dengan nabi yang mulia,kitab yang agung dan sempurna.Allah Taala telah berfirman dengan maksudnya :Dialah yang mengutuskan rasulnya dengan membawa petunjuk dan agama yang hak agar dimenangkan terhadap semua agama.
Sesungguhnya Islam sangat memerlukan pejuang:pejuang yang berjuang untuk kemenangan,berjuang untuk kemuliaan Islam,berjuang untuk menyebarkan Islam.Setiap mereka menjadi model kepada Islam di dunia ini,menjadi pengamal Islam yang setia sehingga apabila manusia melihat mereka,mereka akan menyaksikan itulah Islam.Apabila ada yang melintasi mereka,mereka berkata"kamu lihatlah,inilah contoh Islam,Al quran menerangi dirinya sebagaimana Nabi s.a.w dan para sahabat.
Islam berhajat kepada orang-orang yang berjiwa besar untuk mendokongnya.Sesungguhnya Islam itu ramai. Islam pewarisan.Mereka tidak beramal dengan Islam.Mereka ibarat digambar dalam hadis Nabi.s.a.w "buih seperti buih mengalir".
Kita mahukan sedikit yang beriman tetapi bukan ramai yang tidak berakhlak.Kita mahukan sedikit yang bernilai bukan ramai yang kosong.Kita tidak mahu buih yang banyak.Kita tidak mahukan jenis ini,kita mahukan Muslim,Muslim yang sebenar ,seorang seumpama seribu.
Firman Allah Taala bermaksud: Berapa banyak terjadi golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak dengan izin Allah.
Marilah kita berpakat untuk memenangkan Islam,bersama-sama mendidik diri kita dengan Islam,degan politik Islam. Apabila kita mahukan kemuliaan di dunia maka tidak ada kemuliaan melainkan dengan Islam.

sgi-08

Kita disini kerana kita PAS.

Dulu dan kini masih mengamalkan pengubatan Darul Shifa'.Hj Roslan sedang merawat Tok Wan Cikgu Khairul, di Kg Parit Menter.

Bergambar kenangan bersama Pengantin Baru.Tahniah Cikgu Abdul Samad yang menerima ahli keluarga baru.
Hj Roslan membelai anak kecil. Merekalah pewaris kepimpinan PAS Kawasan
Hj Roslan Memandikan Rakyat.Harapan kita mereka menjadi warganegara berkualiti.

Kepuasan melayani rakyat satu kepuasan. Kita ketua kampung,ahli majlis ,YB ,semua kerana kita orang PAS. Kita kena pisahkan kerja parti dengan kerja kerajaan. Jikalau kita ketua kampung,ditempat kita cawangan pun mati ,apalah gunanya.Kerja kerajaan ikut perintah ,tetapi kerja parti sambil lewa. Rakyat perlu didekati.Parti perlu diperkuatkan.Hidup aktiviti hidup cawangan
Kita masih berfahaman katak di bawah tempurung, tidak mahu mengakui hakikat kita negara pelbagai kaum.Bertemu pelbagai ragam penduduk menguji kesabaran sebagai pemimpin.
sgi-08

permainan yang sangat menarik




ehsan dari sahabat noorhidayat...


menarik..;uji ketangkasan anda..on.... kan speakaer anda..lagi menarik

Sebelum keranda diusung pergi.... hutang jangan diabai


Dilaporkan, lebih 2,000 peminjam pelajaran negeri Perak, yang setengahnya sejak tahun 1973, gagal melunaskan hutang mereka kepada kerajaan negeri Perak dan dipercayai, pinjaman tersebut mencecah hampir RM19juta.Menurut sumber tersebut, usaha-usaha untuk mendapatkan semula pinjaman tersebut telah dibuat, tetapi mereka memilih untuk tidak memperdulikan segala surat peringatan yang dihantar.


Mereka sepatutnya menemui pihak kerajaan negeri jika menghadapi masalah menyelesaikan hutang tersebut, syarat pembayaran semula adalah fleksibel dan tidak dikenakan bayaran faedah.Keengganan mereka membayar semula pinjaman tersebut, telah menyebabkan kerajaan negeri terpaksa menolak 20 permohonan yang ingin mengambil kursus lanjutan (post-graduate) kata sumber itu lagi.Kerajaan negeri telah menghantar surat notis perundangan sejak 2006 kepada 2,372 peminjam pelajaran.Sesetengahnya ada yang telah membayarnya serta merta setelah menerima notis tersebut, tetapi majoritinya tidak.Mereka yang enggan ini antaranya merupakan ahli perniagaan yang telah berjaya atau telah mempunyai kedudukan tinggi disyarikat-syarikat tertentu.


Kerajaan negeri sehingga kini telah mengeluarkan RM54 juta pinjaman kepada 5,243 pelajar anak negeri Perak.Mereka yang sengaja tidak mahu membayar semula pinjaman tersebut sebenarnya adalah orang yang tidak tahu berterima kasih dan tidak tahu membalas jasa baik orang lain kepadanya.Adakah berkat hidup dengan cara demikian? Setelah mendapat pinjaman tanpa dikenakan ‘bayaran faedah’ dan diberikan kelonggaran cara untuk membayarnya, takkanlah mereka yang telah berjaya dan berkemampuan untuk membayar pinjaman tersebut mengabaikan tanggung jawab hingga sedemikian lamanya?


Kegagalan mereka melangsaikan hutang tersebut menyebabkan ramai pelajar-pelajar lain yang berhak tidak dapat menikmati pinjaman seperti mana mereka dahulu kerana kekurangan dana disebabkan sikap peminjam yang sengaja tidak mahu membayar semula pinjaman tersebut.Sebagai tanda kesyukuran kita, bantulah kerajaan kita dalam perkara ini untuk masa depan anak bangsa sendiriSebelum keranda diusung pergi , pewaris keluarga selalu mengingatkan kita persoalan hutang diatas dunia ini supaya memudahkan roh kita di alam barzah nanti.Ingatlah itu.-alhusseyn51.blogspot.com.

Monday, December 22, 2008

ahad..21.....aktiviti yb & seketeriat


ajk seketeriat mewakili YB ....
hadiri mesyuarat JKKK Kg Sg Lidin kali kedua...laaaaa kesiannya...dewan secantik ini...tiada sebuah bangku pun ..kenapa jadi gini...adakah Jkkk yang lepas tiada bangku untuk kegunaan dirumah-rumah mereka...atau memang tiada sebarang kelengkapan dibekalkan ke dewan ini... ...apa ceritanya...????..hubungi Pengerusi Jkkk yang baru Hj Mad Shah....selepas itu nilai sendiri.....para pemimpin Jkkk yang lama...
majlis perkahwinan anak Hj Ismail Yusof...turut kelihatan Pak Hashim. sebelah kanan MB....Pengerusi Jkkp Simpang /Sg Mati...oo ooo saudara Hj Ismail...rupanya...
hadiri kenduri kahwin ....Hj Ismail Yusof..
hadir kenduri kesyukuran UPU Air Kuning..di rumah sdr Jelani...
hadiri kenduri kahwin di Bt 8 rumah sdr Awang...
baspas:

sabtu & 20, dis....aktiviti YB Roslan....


bergambar bersama peserta-peserta dan ketua-ketua Kampung..

Pg 8.30..merasimikan program berkitan anjuran pusat khidmat dun Kuala Sepetang...seramai 20 orang terlibat...


seronak dimandikan YB....


11.00 pagi..merasmikan majlis penutup...Program Intensif Hafazan musim cuti sekolah anjuran Madrasah Tahfiz Ibnu Sina diKamunting...(Kg Kurnia Jaya)..
menyampaikan motivasi/ucapan


hadiri kenduri kahwin di Jln Station Kamunting....

2.00:hadiri kenduri kahwin di Kg Sentosa..


2.30:hadir kenduri kahwin di rumah cegu Samad N.YDP kawasan..


tak sempat merakam....mamai dalam kekenyangan.......


menyampaikan ucapan/motivasi..
6.30....menyampaikan ucapan /motivasi ..kursus Pengurusan Pentadbiran Parti di Markas Negeri Air Kuning...

YB Sedang berucap..
hadiri majlis dipoh lepas isyak.......bersambung esok di Par bkt Gantang..
baspas:

Kenapa orang Perak Patut Bersyukur Kepada Allah??

JAWAPAN ........SILA LIHAT BANNER INI..


Sunday, December 21, 2008

Peristiwa bergambar-HJ ROSLAN DI MAJLIS PERKAHWINAN ANAK HJ ISMAIL.

Dato'Seri Ir Nizar dan isteri turut meraikan pengantin ,kepada Hj Ismail Yusuf ,diucapkan tahniah.

21 Disember 2008. Hj Roslan bersama Pengantin Anak Hj Ismail Yusuf Pengerusi PKR Perak. Turut hadir MB Perak dan isteri.