BLOG BARU

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA KE BLOG BARU KAMI.
1.KLIK DISINI.


Saturday, October 18, 2008

Misbah nafi Salahguna Kuasa

Kenyataan akhbar Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Perak, Ustaz Misbahul Munir Bin Masduki16HB OKT 2008Dukacita saya melihat dakwaan atau tuduhan yang sebgaja dibuat-buat dan dilemparkan oleh UMNO iaitu oleh YB terhadap saya pada hari ini dengan melaporkan pada Badan Pencegah Rasuah kononnya saya telah menyalahgunakan kuasa. Lihat siniSayugia diingatkan bahawa tindakan itu hanya sekadar satu gimik politik murahan Umno, khususnya untuk mencari apa jua kesilapan (jika ada) dilakukan Pakatan Rakyat hatta sebesar zarah sekalipun, jika boleh dimanipulasikan untuk kepentingan diri.Ia dibuat sekadar untuk menunjukkan beliau tidak berdiam diri (tetapi bekerja) dan sebagai manipulasi untuk menonjolkan diri semasa persidangan pemilihan Umno yang sedang berlaku sekarang.Sesungguhnya dalam kes surat saya kepada Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri, saya sesekali tidak pernah mengarahkan diserahkan kerja-kerja selenggaraan parit kepada JKKK yang baru.Dukacita saya dapati YB begitu lemah penguasaan dan pemahaman Bahasa Malaysianya sehingga tiidak dapat membedakan antara perkataan ‘arah’ dan ‘dipohon’. Secara lateralnya, jika ‘arah’ berert ia mesti diikuti, manakala dipohon bermakna merayu jika tidak menjadi halangan. Jadi ia terpulang kepada kebijaksanaan dan budi bicara Pengarah berkenaan untuk membuat keputusan.Jika didapati ia salah dan bertentangan dengan etika, maka ia tidak harus dilaksanakan oleh pengarah berkenaan.Saya juga hairan mengapakah ahli JKKK lama masih ingin mempertahankan kedudukan dan harta atau perkakasan atau tugasan yang bukan menjadi milik mereka tetapi milik kerajaan negeri.Yang terbukti salahguna kuasa ialah Umno, dengan menggunakan kedudukan sebagai Exco meminta JPN negeri menukarkan 4 orang guru keluar daripada Daerah Perak Tengah hanya kerana mereka dianggap menentang kuat parti Umno.
sumber:http://misabah.blogspot.com/

baspas:

LAGI-LAGI CERITA KOSONG....FITNAH

IPOH: kadangkala timbul rasa hairan dengan sikap manusia yang sengaja cuba sensasikan sesuatu isu dengan menyorokkan beberapa fakta benar bagi mengelirukan dan mempengaruhi pembaca agar mempercayai apa yang dipaparkan.
Semuga Allah memberi petunjuk pada manusia seumpama ini agar sempat bertaubat.
Kerja-kerja seumpama ini adalah kerja wartawan akhbar cetak mahupun elektronik. Bagaimanpun mereka ini dengan selama berkata bahawa slanting of stories or planting adalah kerja editor mereka. Walhal mereka juga turut terbabit.
Saya tertarik dengan kisah terbaru kes kononnya tiba-tiba cukai pintu di Bandar Baru Sri Klebang meningkat sebanyak 500 peratus bermula November ini. Lucu dan cerita yang tidak berasas ini direka sedemikian rupa bagi mengambarkan kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak tidak bertanggungjawab dan berbuat sesuka hati.
Menurut laporan Utusan Malaysia semalam, Lot 186990 hanya dikenakan cukai tahunan sebanyak RM108.80 sebelum ini tetapi pemiliknya tiba-tiba menerima kenaikan cukai tanah 500 peratus.
Kalau tak reti dan faham atau buat-buat tak reti untuk menulis dengan adil dan memuatkan segala asas penulisan berita, maka eloklah bertaubat dan berundur daripada menjadi wartawan. Orang kampung gelak membaca cerita-cerita kartun oleh wartawan picisan seumpama ini. Picisan kerana tidak bertanggungjawab dan tak ada nilai dan ethics of journalism.
Untuk pengetahuan umum, dulu tanah tapak lot itu kosong semasa ia dinilai pada 2005. Jadi padanlah dikenakan sebanyak itu berasaskan kiraaan yang ditetapkan MBI. Tetapi kini ada banglo atas tanah itu.
Banglo yob… banglo. Banglo diklasifikasikan sebagai rumah sebiji rumah. Bukan rumah teres atau bersambung. Besor yob 278 meter per segi. BANGLO…
Kalau dah sebosar itu, maka nilai tahunan cukainya ialah berjumlah RM4,320. Tak tau lah pulak kalu mahu dikurangkan bior sama dengan nilai rumah kampung atau teres je..
Menurut kenyataan MBI, nilai tahunan yang dikenakan atas hartanah di kawasan itu masih rendah berbanding dengan nilai semasa. Untuk makluman, kadar sewa semasa di kawasan tersebut untuk harta jenis banglo ialah RM800 hingga RM1,500 sebulan, tetapi MBI masih mengekalkan anggaran pada kadar sewa 1982 iaitu $360 sebulan untuk ukuran penilaian hartanahnya.
”Sepatutnya nilai tahunan berdasarkan sewa semasa itu ialah antara RM9,600 hingga RM18,000 tetapi nilai tahunan yang dikenakan oleh MBI ke atas harta ini cuma RM4,320 sahaja.” END/ANR.
http://perakdaily.com/?p=461

aktiviti-aktivi YB //Jumaat.

Jumaat 17/10/08




  • Jumaat 17/08/08...Tazkirah dan seterusnya Khatib di masjid Sg Tinggi.

  • Jamuan makan t/hari di rumah Hj Mansor (ketua kampung Sg Tinggi).
  • 3.30 ptg program perubatan syifaq` di DOR Sg Tinggi.
  • 5.00 ptg.penyampain bantuan kepada mangsa ribut sekitar Kg Permatang Raja,sebanyak 18 buah keluarga .

menyampaikan bantuan,bersama sedikit kata-kata perangsang



  • mahgrib di Surau Taman Mewah,dan kuliah bulan YB Roslan.Kuliah berkenaan ,Manusia dan penyakit dalam konteks Islam dan atur-cara merawat secara Islam.

  • hadiri jamuan makan malam ,undangan bekas YDP PAS kaw Bkt Gantang Ust Ghazali di sg petai......

baspas:

Thursday, October 16, 2008

ribut ....18 buah rumah rosak

Permatang Raja.15 rabu,jam 3ptg.


Hujan lebat serta angin ribut bagai puting beliung merosakkan 18 buah rumah di kampung Matang Raja dan kampung Matang Kamunting dalam DUN Trong petang tadi.

kilang proses sotong musnah teruk

sebuah kilang memproses sotong turut mengalami kerosakkan teruk.Pemilik kilang yang ditemui En Zainal abidin bersyukur pada tuhan kerana tiada sebarang kemalangan jiwa.Anggaran kerosakan lebih dari rm18 ribu,seramai 20 org pekerja bercuti tambah beliau.



Ketua kampung Matang Raja SDR Abdul Halim:
jumlah rumah yang terlibat dengan kejadian, 18 buah.Semua pemilik yang terbabit telah buat laporan polis dibalai yang berdekatan,Pegawai JKM telah mengadakan lawatan ,tetapi kita mengharapkan Bantuan Bencana Kecemasaan dari pihak yang terbabit untuk membantu mangsa-mangsa yang terlibat.
YDP Pas kawasan bersama ajk sekretariat telah melawat mangsa-mangsa dan berusaha untuk mendapatkan Bantuan Kecemasaan.


bumbung yang diterbangkan

baspas: