BLOG BARU

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA KE BLOG BARU KAMI.
1.KLIK DISINI.


Saturday, December 13, 2008

NISA` EXLPORACE....


baspas:

Friday, December 12, 2008

Sdr Ramli di tanduk lembu....Qurban


bertanya khabar......wad 18

11/12.Hospital Taiping.

saudara Ramli dari kg Simpang dalam dun changkat jering di tanduk lembu dimajlis qurban di masjid simpang pada 8hb lepas mengakibatkan patah 2 tulang rusuk...Ydp Kawasan bersama seketeriat telah mengadakan lawatan ke hospital daerah di wad 18 ptg tadi....
YDP menghulurkan sumbangan..
baspas:

Thursday, December 11, 2008

PJ-USTAZ AHMAD AWANG JAWAB TUDUHAN

Ustaz Ahmad Awang menyanyi Lagu Pas






Turut Hadir Setiausaha Perhubungan Pas Perak Hj Abd Rahim..
Taiping- Pesuruhjaya Pas Perak menjelaskan ,beliau menggunakan kereta baru Mercedes atas sumbangan individu. Terdapat dua orang individu ,yang mahu membantu membelikan beliau kereta baru. Penderma itu berasa simpati setelah mendapati kereta beliau rosak teruk setelah berlaku kemalangan jalanraya.
Menjawab soalan Ustaz Zakaria Ahmad, yang menyatakan soalan ini agak sensitif.Bagi beliau,
sebagai ahli Pas ,kita perlu berbaik sangka."Saya tidak diberi kereta oleh taukeh balak atau yang ada kepentingan di negeri Perak" tegas Ustaz Ahmad Awang semasa menjawab soalan Uztaz Zakaria Ahmad.Ustaz Ahmad Awang menyatakan ,isu itu tidak sepatutnya timbul daripada kalangan ahli PAS. Jikalau isu itu timbul melalui orang UMNO beliau tidak kisah semasa menjelaskan isu kereta di Program Liqa al Fikri pada 6 Disember 2008 ,baru-baru ini.
sgi-08

Awak Sudi Jadi Isteri Kedua Saya ?


"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tegas dan yakin.Tiba-tiba mata Fatimah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.

"Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fatimah dengan suara tersekat-sekat. Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fatimah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fatimah langsung tidak selari dengan penampilannya."Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya Fatimah mula sebak."Tak. Maksud saya""Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Fatimah dengan kasar."Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?" suaraFatimah semakin tinggi, setinggi egonya.


Fikri diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fatimah' di sebalik Fatimah yang dia kenal selama ini.Fatimah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu.Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya."Ada hikmah," bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannya terhadap Fatimah.


Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Fikri sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya.. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yangmembawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak.Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam jemaahnya. Malah, Fikri dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agamayang dianutinya sejak sekian lama.


Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fatimah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Fikri. Bagi Fatimah, Fikri seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua.Fikri masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fatimah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik denganFatimah, namun sikap Fatimah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Fatimah, Fikri tak ubah sepertilelaki lain.


Gerak kerja dakwah Fikri berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu kehilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnyasibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Fikri semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya. Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah.


Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri , sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri. Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikri dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Fikri sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiriperjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Fikri menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fatimah atau tidak?Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak.


Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut. Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Fikri berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya. Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fatimah."Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tanpa segan silu."Sudi," jawab Nusaibah ringkas."Er, betul ke ni?" tergagap Fikri menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Fikri."Kenapa saya?" tanya Fikri ingin tahu."Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu."Baiklah," jawab Fikri tersenyum.Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini.


Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Fikri semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Fikri membawaNusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya.Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Fikri. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah.


Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya."Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah."Ye sayang?" jawab Fikri sambil memandu."Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang,"luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya."Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Fikri menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum."Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Nusaibah riang.Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Fikri dalam gerak kerja dakwah.


Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri keranausahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Fikri yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Fikri aktif dalam dakwah sebelum ini."Kita dah sampai," Fikri membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail di tangannya. Fikri berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta."Itu isteri pertama abang," Fikri menuding jari ke arah khemah tersebut."Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Fikri."Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya."Siapa nama isteri pertama abang?" Nusaibah sangat berdebar.Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang."Perjuangan, " jawab Fikri.


SEDARLAH SEMUA KALIAN AKAN DIMADUKAN!JIKA DIRIMU BAKAL SEORANG ISTER TERIMALAH KENYATAAN BAHAWA ANDA AKAN DIMADUKAN, BAHKAN ANDA BUKAN ISTERI PERTAMA YANG BAKAL DIKAHWINI TETAPI ANDA ADALAH BAKAL ISTERI KEDUA!!! KERANA ISTERI PERTAMA BAGI SUAMIMU IALAH PERJUANGAN ISLAM!!!PERKAHWINAN INI TELAH LAMA DILANGSUNGKAN KEHADIRAN DIRIMU ADALAH UNTUK BERSAMA BERGANDING BAHU MEMPERJUANG KAN ISLAM BUKAN MENJADI BATU PENGHALANG PERJUANGAN SUAMIMU JANGANLAH JADIKAN DIRIMU SEBAGAI PUNCA SERTA MERENDAHKAN HARGA DIRI MU DENGAN TERJADINYA PERCERAIAN SUAMIMU DENGAN ISTERINYA YANG PERTAMA IAITU PERJUANGAN ISLAM!JIKA DIRIMU BAKAL SEORANG SUAMI TERIMALAH BAHAWA ANDA BUKANLAH SUAMI YANG PERTAMA YANG BAKAL DINIKAHINYA ATAU INSAN YANG PERTAMA YANG DICINTAI DAN DISAYANGI OLEH BAKAL ISTERIMU!!! BAHKAN DIRIMU ADALAH INSAN YANG KEDUA YANG DICINTAINYA. KERANA SUAMI YANG PERTAMA BAGINYA IALAH PERJUANGAN ISLAM DAN MEMARTABATKANNYA DIA MENCINTAIMU KERANA DIRIMU MENCINTAI ISLAM DAN MEMPERJUANGKAN ISLAM. JIKA DIRIMU TIDAK SEDEMIKIAN SEKELUMIT CINTA PUN TIDAK AKAN LAHIR DALAM SANUBARI ISTERIMU BANTULAH ISTERIMU DAN KUATKANLAH DIA UNTUK TERUSKAN PERJUANGAN.

sumber:email.


baspas:

Wednesday, December 10, 2008

Uztaz Taib Azamuddin-Mengubati Penyakit Dendam

Taiping- Ustaz Taib Azamuddin menerangkan terdapat beberapa langkah mengubati penyakit dendam.
1. Yakin sepenuhnya bahawa Allah s.w.t. maha mengetahui dan maha bijaksana memberi nikmat kepada hamba-hambanya mengikut ilmunya terlebih dahulu,serta mengetahui rahsia dan hikmahnya apa kebaikan terhadap hambanya.

2.Mengambilberat tentang dasar keadilan dalam pengagian ,memberi haksama rata semasa bermuamalah.

3.Memberi hal dan ruang untuk orang lain meluahkan isi hatinya.

4.Memelihara hak 'hak -hak keislaman'

5. Bersihkan diri daripada penyakit kagum dengan diri sendiri.

6.Jangan memperalatkan orang lain dalam apa jua bentuk sekalipun.

7.Berusaha menyelesaikan masalah keluarga,berlaku adil
apabila berpoligami dan memelihara anak-anak yatim .

8. Pastikan betul-betul setiap apa yang kita lihat dan apa yang kita dengar.

9.Tanamkan sifat tolong menolong,mengutamakan orang lain lebih daripada diri sendiri.

10. Sentiasa menghayati kitab Allah AlQuran dan Sunnah Rasulullah.


sgi-08

Tuesday, December 9, 2008

Majlis QURBAN di sekitar Kaw Parlimen Bukit Gantang






bakal pemimpin sdng dlm aksi




ust idris menyampaikan tazkirah ... surau jebong


pengarah MTD C,Jering

baspas:

Sunday, December 7, 2008

Debat...Melayu ke mana ,,Hala tuju.

06/12/08

Debat Perdana secara tertutup yang diadakan di Parit Buntar anjuran Pejabat Agama Daerah Parit Buntar dan Persatuan Pegawai Ugama Perak telah berjalan dengan lancar dengan dihadiri oleh hampir 2000 orang penduduk sekitar dan 3 buah bas penyokong dari Panel Debat Ahli Parlimen Pasir Salak, Dato' Tajuddin Abdul Rahman.

Panel lain ialah Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr. Mujahid Yusof dan Naib Presiden Teras, Hafiz Mustafa Lubis.Debat dengan tajuk "Melayu , Kemana hala tuju" tersebut telah dirasmikan oleh Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perak, Drs. Khalil Idham Lim yang mewakili YAB Menteri Besar Perak yang berhalangan untuk hadir.


Beberapa orang yang hadir mengatakan Perasmi yang merasmikan program sangat sesuai kerana berketurunan cina sedang tajuk yang diperdebatkan adalah isu Melayu.
Berikut adalah ucapan perasmian Drs. Khalil Idham Lim:-
Kita bersyukur ke Hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya memberikan kekuatan kepada kita untuk berada di dalam majlis yang amat besar maknanya pada malam ini. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada penganjur iaitu Pejabat Agama Daerah Parit Buntar dan Persatuan Pegawai-Pegawai Ugama Negeri Perak yang sudi memberi ruang waktu untuk saya berucap sepatah dua seterusnya merasmikan program ini pada malam ini.Juga terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak terutamanya Pejabat Daerah dan Majlis Daerah Kerian serta semua agensi yang terlibat membantu dalam memastikan kejayaan program ini.
Sekalung tahniah kepada semua Ahli Panel yang sudi menyahut jemputan dari pengajur dalam program yang julung-julung kali diadakan di Perak dan Parit Buntar iniAllah swt menyatakan dalam Al-Quran :
ادْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنْ ضَلَّ عَنْ سَبِيلِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ
Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang baik dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.


Inilah 3 kaedah dakwah yang diajarkan sendiri oleh Allah swt agar Umat Islam sentiasa menggunakannya dari masa ke semasa. Sebahagian manusia memerlukan nasihat yang baik untuk mengingatkan mereka mengenai kesilapan yang mereka lakukan. Sebahagian yang lain memerlukan kaedah yang berbagai samada lembut atau keras berasaskan hikmah dan kebijaksanaan. Namun ada insan-insan yang mempunyai keistimewaan dengan di anugerahkan akal pemikiran yang tajam serta lidah yang fasih untuk berbahas. Namun perbahasan yang dilakukan hendaklah dengan cara yang baik dan beradab sopan.


Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali dalam Kitabnya Ayyuhal Walad, menasihatkan :
Seboleh-bolehnya tinggalkanlah perdebatan kerana ianya boleh membawa kepada riya’, hasad, takabbur, ujub dan sebagainya. Namun jika kamu terjerumus ke kancah perdebatan maka hendaklah ikhlaskan niat di hati bagi menzohirkan kebenaran. Niat yang ikhlas ini boleh dikesan melalui 2 tanda iaitu pertamanya ; kamu tidak membezakan samada kebenaran itu nanti akan tersingkap melalui lidah kamu ataupun lidah lawan debatmu. Keduanya; Kamu lebih menyukai jika debat itu diadakan dalam tempat yang tertutup tanpa dilihat oleh orang yang begitu ramai.


Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pernah melafazkan kata-kata :
...negara ini ialah sebuah negara Melayu, tetapi terpulanglah kepada orang Melayu sendiri memainkan peranan yang cergas untuk merebut peluang pada masa hadapan. Sambil itu mereka mestilah sentiasa ingat bahawa Perlembagaanlah yang dapat menjamin keselamatan dan kemajuan kita semua."Walaupun ungkapan ini tidak bermaksud menafikan hak kaum lain sebagai rakyat di Negara ini, namun ianya memberikan gambaran betapa besarnya peranan orang Melayu dalam Negara yang dulunya disebut sebagai Tanah Melayu. Jaminan keselamatan dan kemajuan Negara seluruhnya sentiasa dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. Namun kehebatan dan kegagahan sesuatu kaum itu, amat bergantung kepada bagaimana cergasnya mereka dalam merebut peluang yang ada dari masa ke semasa.Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan memberikan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong menjaga hak keistimewaan orang Melayu dan peribumi Malaysia, secara kumpulannya dirujuk sebagai Bumiputra.

Artikel memperuntukkan bagaimana kerajaan pusat harus melindungi kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia juga biasanya dianggap sebagai sebahagian daripada sosial kontrak, dan biasanya dikatakan sebagai pertahanan legal bagi ketuanan Melayu.


Walaupun dari sudut perundangan, kedudukan orang Melayu tidak boleh dipertikaikan, namun masa depan orang Melayu sebenarnya lebih banyak bergantung kepada daya tahan mereka dalam persaingan semasa. Sikap permusuhan dan pertelagahan sesama bangsa tidak akan membantu usaha meninggikan martabat orang Melayu. Usaha menyatupadukan bangsa Melayu hendaklah diteruskan dari masa ke semasa bagi mencari titik temu melalui persamaan yang ada dalam masa yang sama mengurangkan perbezaan sedia ada.


Perlembagaan Malaysia telah memberikan takrif yang jelas terhadap makna Orang Melayu. Perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan telah menakrifkan orang Melayu sebagai;
1. Seseorang yang menganuti agama Islam 2. Lazimnya bercakap Bahasa Melayu 3. Menurut adat istiadat Melayu 4. Lahir sebelum Hari Merdeka sama ada di Persekutuan atau di Singapura atau ibu dan bapanya telah lahir di Persekutuan atau di Singapura, atau pada hari Merdeka itu, ia adalah berdomisil di Persekutuan atau di Singapura; atau 5. ia adalah berketurunan seseorang yang tersebut.Tidak ada jaminan dari Allah untuk menjamin mana-mana bangsa untuk kekal selama-lamanya. Sejarah dunia memperlihatkan Kaum Ad, Kaum Tsamud dan sebagainya yang jauh lebih gagah dan hebat daripada bangsa-bangsa yang ada hari ini, telah lenyap dari peta dunia seluruhnya. Kita hanya ada Al-Quran dan ajarannya yang dijamin kekal oleh Allah. Maka akan pasti kekallah mereka yang berpegang teguh dengannya. Firman Allah dalam Surah Al-Hijr ayat 9 :
إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ
Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Al Qur'an, dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya.


Jika Melayu berpegang teguh dengan ajaran Al-Quran, maka yakinlah Allah akan mengekalkan ketuanan Melayu sebagaimana kekalnya Al-Quran dan ajarannya.
Semuga debat yang diadakan ini menjadi medan untuk mencari titik temu dan suatu kesinambungan untuk menyelamat suatu bangsa yang kita kasihi ini.

sumber:http://idhamlim.

baspas":memandangkan debat itu adalah majlis tertutup.tiada sebarang komen yang boleh dicoret disini,hanya sekadar markah... /10.

Dr Mujahid ...... 7/10(hebat penuh dgn fakta dan ulasan, idea yang bernas)

Hafiz Mustafa Lubis.... 2/10(hebat juga tapi tanpa pegangan).

dato` Tajuddin Abdul Rahman.... 1/10(hebat penuh dengan pembohongan dan penipuan fakta tanpa bersandarkan relaiti).

HJ NIZAR- Bantulah Kerajaan.

Dato' Seri Ir Hj Nizar memberi motivasi kepada kepimpinan kawasan agar membantu kerajaan.

Hj Nizar tidak keberatan untuk diambil gambar berdekatan gambar Hj Roslan
Ketua Peneragan Pas Bukit Gantang,Cikgu Din bersama Menteri Besar.

Taiping- 6 Dis 08- Menteri Besar Perak,Dato' Seri Ir Haji Mohd Nizar berharap semua ahli dari peringkat cawangan sehinggalah PAS kawasan meneruskan aktiviti parti seperti usrah,program
berkebajikan .Beliau berharap ahli Pas terus dengan aktiviti ,tidak mengharapkan program kerajaan negeri .Apabila Pas Cawangan atau kawasan membuat aktiviti,ini akan menguatkan kerajaan.Begitu juga Dewan-dewan dalam Pas perlu bekerja agar ini dapat membantu kerajaan Perak.
Dalam ucapan MB ,pada program Liqa al Fikri Pas Perak,beliau menyarankan meneruskan aktiviti sumbangan atau derma.Beliau berasa kesal kerana derma jihad seolah ditinggalkan. MB menyatakan lagi, terdapat ahli kita yang mengharap sumbangan kerajaan untuk
menjayakan aktiviti masyarakat. Pada hal aktiviti itu boleh dibiayai oleh ahli Pas melalui kutipan derma.
Sementara itu beliau berasa sedih dan kesal,terdapat guru agama yang ahli Pas, sewaktu mengajar di masjid-masjid tidak membantu kerajaan negeri. "Terdapat mereka yang mengkritik kerajaan tanpa kajian ."ujar beliau. "Malah mereka cuba menjauhkan kita daripada
Pakatan Rakyat." tambah Hj Nizar sewaktu ditemui.
"Tuan-tuan -dan puan-puan perlu bekerja keras di peringkat-masing-masing,ini membantu
kerajaan negeri" tegas Hj Nizar lagi
sgi-08