BLOG BARU

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA KE BLOG BARU KAMI.
1.KLIK DISINI.


Friday, April 10, 2009

SABAR- MAJLIS KESYUKURAN TETAP DIBUAT

Changkat Jering- 10 April.

Majlis kesyukuran untuk semua akan dibuat. Pas Kawasan akan bermesyuarat untuk menyusun jadual majlis kesyukuran bersama Hj Nizar.
Peringkat Unit Peti Undi atau melalui Ketua Kampung terus berjalan.Majlis kesyukuran telah brlangsung.
"Jumaat tadi Hj Nizar menjadi Imam Solat Jumaat,di Masjid Simpang"kata Ketua Penerangan Kawasan Bukit Gantang.

KASIHAN SAMA MEREKA

1. Seorang bekas murid,bertemu dengan penulis.Beliau menyatakan T.Murugiah beri RM 250.00.Pengundi juga diberi RM 300.00 untuk keluar mengundi.Ini berlaku di Larut Tin.Anak murid itu menyatakan janji undi BN.Anak murid itu menyatakan lagi lagi besar orang itu,lagi banyak duit masuk.Sebab itu calon bebas setakat dapat 63 undi. Anak murid itu menyatakan Ketua Kampung pun dapat,mereka senyap saja bila dapat."Cikgu tengok di mana ada perjanjian dua pihak,UMNO ATAU PAS , PAS akan kalah".

2. Pengundi bandar lebih terbuka dan matang.Mereka dapat sumber terus.Justeru itu pengundi Melayu ,di daerah mengundi Larut Tin,JKR Bt 2 1/2,Pengkalan Aor,Jln Simpang. tetap terus undi PAS.

3.Kasihan mereka,duit belum dapat lagi.Kalah pula,ketua sudah masuk banyak ,rakyat kampung tertanya-tanya. Di manakah bahagian kami? Ini bukan penulis kata.Ini anak murid penyokong BN yang cakap. .

4. Cikgu ,masih bertugas sama ,YB Hj Nizar ? Soalan yang sering ditanya."Bukan saya ,lagi? jawab penulis. "Dulu sama YB Hj Roslan,ya!"

TERIMA KASIH PENGUNDI DAN PETUGAS

Alhamdulillah,kita berjaya. Dalam tempoh begitu singkat kita berjaya meminta pengundi untuk keluar mengundi. Pada 7 April. pukul 3 petang kita masih ketinggalan 400 undi. Di DUN Trong peratus pengundi BN begitu banyak keluar mengundi,sedangkan kita pada masa itu,masih bekerja.
Kita terpaksa SMS ,kita kalah untuk U.P.U. semua daerah mengundi ,.memberi tekanan kepada pengundi . Pada masa itu pukul 3 petang peratus keluar mengundi setakat 38 %.Kerisauan semakin ketara apabila kesesakan jalanraya."Jalan jem" kata Ketua Unit Peti Undi.Pengkalan Aor.
Jentera BN pada masa itu yakin telah menang.Kita berjaya memperlahankan jentera UMNO/BN. Jam 6 petang ,kita yakin kita telah mendahului. Gerak saraf kita berjaya.
Terima kasih pengundi .Kita diterima semua kaum. Pas For All.

Tuesday, April 7, 2009

KITA KETINGGALAN 400 UNDI

Pecutan akhir perlu untuk PR menang di Parlimen Bukit Gantang. Setakat pukul 4 ptg kita masih ketinggalan 400 undi .
Kita berharap dengan kerja buat kita dan doa kita bersama , Pas boleh mendahului BN, pada pukul 5 ptg.
Setakat pukul 4.30 ptg tadi 58 % baru keluar mengundi. Pengundi kita masih terus mengundi selepas selesai bekerja,kerana mereka tidak diberi pelepasan oleh majikan,

PERATUS PENGUNDI MASIH RENDAH

Isteri penulis, Wan Nor Ashikin Bt Wan Abdullah sedang menunggu giliran untuk mengundi.

Sentuhan akhir Perayu Muslimat .Undilah Hj Nizar!

Pondok Panas UPU Simpang Lama Simpang Baru.


Setakat pukul 1 tgh ,peratus keluar mengundi masih rendah sekitar 45 %. Kesesakan kereta menghalang pengundi keluar mengundi. Petugas -petugas luar diminta memberi kerjasama supaya tidak keluar ke pusat mengundi.
Petugas-petugas kita diminta mengangkut pengundi dengan motosikal .Pastikan semua pengundi PR turun mengundi.

UNDI LANCAR-

1.Sebentar tadi penulis pergi mengundi bersama isteri dan ayah. Di pusat pengundian amat meriah.Banyak pengundi yang sempat ditemui memberi isyarat undi BULAN.
Penulis yang pernah bekerja dengan Allahyarhan Hj Roslan Shaharum ,disapa mesra. Mereka tersenyum dan memberi isyarat bagus.
Penulis kini mengundi di SK Changkat Jering,sempat bertanya khabar kepada Jins Shamsudin.yang dulunya penulis amat minat dengan lakonan beliau.Apabila ditanya tahun ini jangan lupa undi PAS. "Undi rahsia" jawab Dato' Jins.Isteri penulis ketawa ,kerana orang sudah kenal Jins ahli UMNO ,yang anaknya semuanya di namakan dengan Hang...Jins tahu siapa yang derhaka.
2.Kenalan di Balai Polis Simpang menelefon,Sri Kandi cuba dilondehkan seluar mereka oleh ahli tua Umno. Kenalan itu menyatakan Sri Kandi itu dikepung di rumah kedai dan cuba ditakutkan. AMK sempat menyelamatkan keadaan.
3.Seorang petugas Pas Kuala Neros,ditumbuk oleh ketua cawangan Umno di UPU Air Kuning.Banyak saksi melihat.Petugas itu sabar orangnya,tidak mahu melaporkan kepada polis.Kalau Pak Ngah tahu ,sudah lama ketua itu meringkok dalam lokap.
4.Pengundi hantu kini sudah banyak yang tiba.Mereka berminat untuk jadi kuda UMNO.Ada kes seorang peniaga ditahan kerana menjual topeng Altantuya.. Jangan lupa mayat alTantuya sedang diarak oleh pengundi hantu.

5. Peratus keluar mengundi di saluran satu dan dua tinggi,Saluran tiga dan empat agak perlahan.Minta-minta dapat pelepasan keluar mengundi.Undi itu hak.

Monday, April 6, 2009

GAMBAR MEMBAWA MAKNA

Ustaz Idris Ahmad ,menerangkan siapa derhaka kepada Raja Melayu kepada TVPas



Inilah UMNO dulu,kini dan selamanya


Sunday, April 5, 2009

DARI SISI BUKIT- UMNO OH UMNO

1UMNO guna polis untuk gagal program.Terdapat anggota polis datang berjumpa petugas sedang memasang khemah di Dewan Orangramai Kg Air Kuning. Program Anwar ada permit ke?Sedangkan program esoknya(5 April).Tanyalah orang yang berkenaan!

2. SB berjumpa sebentar tadi ,menyatakan PAS kena kerja keras. DUN Trong Pas kalah.Majoriti 3000. Bagi Kuala Sapetang dan Ckt Jering, keadaan memihak PAS. Beliau juga menyatakan rasuah politik semakin ketara. Awas, dan terus bekerja.Terima Kasih SB ..

3. Anwar ada aura,Pengerusi Masjid ahli UMNO boleh hadir dalam dialog bersama Anwar Ibrahim.,di Kg Air Kuning.Seterusnya ahli pekat UMNO ,pun turut hadir dalam dewan.Peluang Pas semakin kuat untuk menang. Ada masa untuk tambah majoriti.

UMNO DERHAKA DAHULU,KINI DAN SELAMANYA

1.Pengasas UMNO Dato'Onn Jaafar telah mengecam Sultan Johor secara terbuka,akibatnya dia dibuang ke Singapura.
2. UMNO secara terbuka menghina Sultan Kedah(Tunku Badlishah) dalam isu Malayan Union 1948.
3. Lebih dasyat lagi penderhakaan UMNO apabila Presiden UMNO menuduh Sultan Kedah lupakan kulit.
4.Pada tahun 1983 dan 1993 UMNO meminda perlembagaan yang membuang kuasa dan kekebalan raja-raja.
5.Tan Sri Muhd Taib MB Selangor berkahwin dengan anak Sultan Selangor di Siam,Selatan Thailand
6.Kepimpinan UMNO yang diketuai Pak Lah menolak Ahmad Said sebagai MB Terenganu.Penyokong UMNO mengadakan demontrasi .Satu banner "Kami nak Idris,natang" yang ditujukan kepada Sultan Mizan
7.Januari 2009, Pemuda UMNO Kedah membuat fitnah jahat kononnya ada Exco Kedah menghina Sultan