BLOG BARU

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA KE BLOG BARU KAMI.
1.KLIK DISINI.


Saturday, February 21, 2009

MB DATO' SERI NIZAR LANCAR JENTERA PILIHANRAYA PAKATAN RAKYAT BUKIT GANTANG


Setiausaha Politik Menteri Besar Kerajaan Pakatan Rakyat sedang berucap menerangkan senario Negeri Perak. Dato' Seri Nizar sedang meneliti ucapan Setpol beliau. Turut kelihatan Ustaz Nordin Jaafar YDP Pas Kawasan. Dato Seri Nizar mempunyai dua program di Pulau Pangkor ,bersolat Jumaat,di Masjid Pulau Pangkor dan tiga program di Kawasan Bukit Gantang.Dialog dengan masyarakat Cina Dun Trong dan Majlis Tahlil Untuk Almarhum Hj Roslan Shaharum di Masjid Sg Tinggi. Kemuncaknya ceramah pelancaran Jenterta pilihanraya Pakatan Rakyat Parlimen Bukit Gantang.





Ribuan rakyat mendengar amanat MB Dato' Seri Nizar berkenaan krisis kerajaan Perak

Bukit Cempedak- Dato' Seri Nizar,berharap jentera Pilihanraya Pakatan Rakyat Bukit Gantang bersiap sedia menghadapi jentera BN.Beliau juga berharap pengundi Bukit Gantang mengajar BN dan menolak BN di Parlimen Bukit Gantang. Dianggarkan lima ribu rakyat turut hadir mendengar perkembangan negeri Perak.

Friday, February 20, 2009

JENTERA PEMUDA PAS HADAPI PrK BUKIT GANTANG TELAH SEDIA

Ustaz Fatah mengetuai pemuda Bukit Gantang melafazkan doa wehdah.Turut Kelihatan Ketua Pemuda Hasan Halim dan Setiausaha Kawasan Zulkifli Hashim




PUSAT OPERASI PEMUDA PAS-BT 9 Kepala Bukit.

Sdr Hasan Halim menyatakan Pemuda Pas Bukit Gantang sudah bersedia untuk berhadapan dengan pihak BN dalam menarik minat pengundi muda kepada calon PAS.Pusat operasi Pemuda Pas dirasmikan oleh exco DPPK Ustaz Zawawi .Diaggarkan 700 orang pemuda seluruh Bukit Gantang hadir memberi komitmen untuk meneruskan usaha YB Haji Roslan Shaharum,PAS FOR ALL.

Thursday, February 19, 2009

KAMI SUDAH BERSEDIA

Kami menggunakan hak kami,untuk mengundi CALON PAKATAN RAKYAT

YDP USTAZ NORDIN JAAFAR DAN EJEN PILIHANRAYA ALMARHUM HJ ROSLAN 8 MAC 2008

Petugas Halwa bersedia untuk berjuang


Wednesday, February 18, 2009

YB RAKYAT- PERLU SANTUNI RAKYAT

Almarhum YB Hj Roslan Shaharum menyantuni kanak-kanak.

Almarhum YB Hj Roslan Shaharum mendoakan seorang kanak-kanak ,moga-moga menjadi pejuang Islam

Ringkas- Pilihanraya Kecil Bukit Gantang

Bagi Pas kita tidak mempunyai masalah calon.Calon kita calon rakyat.Sokongan pengundi pelbagai kaum kepada Pas semakin meningkat.Walaupun pada peringkat permulaan agak lambat bergerak,kini jentera Pas bersama Kelab Penyokong sudah bergerak aktif,lagi tersusun rapi.Sementara itu PKR dan DAP sudah mula mengatur langkah membantu Pas menarik sokongan rakyat.
Kami difahamkan Pihak Lawan ,mempunyai masalah pemilihan calon antara kumpulan menyokong Dato' Najib ataupun kumpulan Khairi Jamaludin-Tingkat 4, Putrajaya.
Nama yang menjadi sebutan di pihak BN ,Ismail Sapian.,bukannya Timbalan Ketua Bahagian UMNO Bukit Gantang.

Tuesday, February 17, 2009

KENANGAN -TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PENGUNDI

18 MAC 2008 - Gambar kenangan almarhum Haji Roslan Shaharum menghargai sokongan rakyat.

PIMPINAN PAS BUKIT GANTANG ZIARAH KELUARGA HJ ROSLAN

Naib Presiden Pas Ustaz Ahmad Awang memimpin tahlil untuk Almarhum Hj Roslan.Turut kelihatan Setiusaha Politik bagi MB kerajaan sah,Ustaz MisbahulMunir dan YDP Kawasan Bukit Gantang Ustaz Nordin Jaafar - 15 Februari 2009

Ketua Dewan Muslimat Kawasan Bukit Gantang Pn Zaharah Robi dan Setiausaha DMK CikNorshimah turut hadir dalam majlis tahlil anjuran Dewan Harian Pas Perak.Turut kelihatan balu Hj Roslan ,Hajjah Safiah Harun -15 FEBRUARI 2009
Changkat Jering- Yang Dipertua Pas Kawasan Bukit Gantang mewakili ahli Pas Kawasan Bukit Gantang merakamkan ucapan takziah kepada keluarga almarhum Hj Roslan Shaharum. Di samping itu menghargai pengorbanan isteri Haji Roslan dan kaum keluarga almarhum atas perjuangan Haji Roslan di Parlimen Bukit Gantang. Pihak Pas berharap perjuangan Hj Roslan akan diteruskan oleh anak-anak almarhum.Semoga roh Almarhum ditempatkan bersama roh para shuhadak dan orang-orang solihin . Alfatihah.

Monday, February 16, 2009

UMNO-BN GUNA ISU PERKAUMAN

UMNO kini menggunakan isu perkauman untuk menakutkan rakyat agar jangan mengundi Pakatan Rakyat. Terdapat calon Ketua Pemuda UMNO cuba menjadikan kesilapan lampau mereka dalam peristiwa 13 Mei 1969,untuk memberi gambaran merekalah pejuang rakyat.Padahal terbukti mereka silap dalam membangunkan masyarakat sehingga mereka terpaksa menggubal DEB untuk rakyat Malaysia.

Sunday, February 15, 2009

PENGUNDI PARLIMEN BUKIT GANTANG MATANG

Hasil tinjauan ,kita berpendapat pengundi akan memilih parti yang mewakili rakyat. Masyarakat di sini bersikap terbuka ,mereka boleh memilih pemimpin bukan anak tempatan.
Bagi pengundi parti yang boleh mewakili hasrat rakyat akan dipilih.
Bagi PAS Bukit Gantang,kita menerima apa saja keputusan PAS Pusat.Jentera parti telah bersiap sedia di peringkat DUN dan peti undi.Insyaallah dengan kerja keras dan pertolongan Allah s.w.t. pengundi kita tetap mengundi kita.
Prestasi Almarhum Hj Roslan yang memuaskan ,menyebabkan Parti Pas akan dipilih oleh pengundi. Dengan sokongan 47 Ketua Kampung rakyat akan diberi penerangan tentang kebaikan yang telah dibuat oleh kerajaan pakatan rakyat. Pengundi akan dijelaskan UMNOlah pengkhianat Raja-raja Melayu dan merosakkan jati diri orang Melayu.