BLOG BARU

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA KE BLOG BARU KAMI.
1.KLIK DISINI.


Friday, November 7, 2008

APA YANG KITA SOMBONGKAN - SATU PENCERMINAN DIRI

Seorang lelaki yang bertamu ke rumah seorang guru terpegun kehairanan ketika melihat Guru tersebut sedang sibuk bekerja; ia mengangkut air dengan timba dan membersih lantai rumahnya dengan bersungguh-sunguh. Peluhnya bercucuran. Menyaksikan keganjilan itu lelaki berkenaan bertanya, apa yang sedang Anda lakukan ?. Si Guru menjawab, tadi saya didatangi serombongan tetamu yang meminta nasihat. Saya memberikan banyak nasihat yang bermanfaat bagi mereka. Mereka pun nampaknya berpuas hati. Namun, setelah mereka pulang tiba-tiba saya merasa menjadi orang yang hebat. Kesombongan mula muncul dalam diri saya. Kerana itu, saya melakukan ini untuk membunuh perasaan sombong saya.

Sombong adalah penyakit yang sering menghinggapi kita semua, yang benih-benihnya terlalu kerap muncul tanpa kita sedari.Ia penyakit yang diwarisi dari Iblis dan disebarkan oleh tenteranya Syaitan dan ia kekal sehingga kita menemui ajal.

Di peringkat terbawah, sombong disebabkan oleh faktor material. Kita merasa lebih kaya, lebih rupawan, dan lebih terhormat daripada orang lain.

Di tingkat kedua, sombong disebabkan oleh faktor kecerdasan. Kita merasa lebih pintar, lebih kompeten, dan lebih berwawasan dibandingkan orang lain.

Di tingkat ketiga, sombong disebabkan oleh faktor kebaikan. Kita sering menganggap diri kita lebih bermoral, lebih pemurah, dan lebih tulus dibandingkan dengan orang lain.

Kita lupa bahawa sombong adalah hak ALLAH, kerana ALLAH MAHA SEGALANYA.Yang menarik, semakin tinggi tingkat kesombongan, semakin sukar pula kita mengesannya. Sombong kerana material sangat mudah terlihat, namun sombong kerana pengetahuan, apalagi sombong kerana kebaikan, amat sukar dikesan kerana ia seringkali hanya berbentuk benih-benih halus di dalam batin atau naluri kita.

Akar dari kesombongan ini adalah ego yang berlebihan. Pada tahap yang lumrah, ego menampilkan dirinya dalam bentuk harga diri (self-esteem) dan kepercayaan diri (self-confidence). Akan tetapi, apabila kedua hal ini berubah menjadi kebanggaan (pride), Anda sudah berada sangat dekat dengan kesombongan. Batas antara bangga dan sombong tidaklah terlalu jelas.

Kita sebenarnya terdiri dari dua kutub, iaitu ego di satu kutub dan kesedaran sejati di kutub lain. Pada masa kita dilahirkan ke dunia, kita dalam keadaan telanjang dan tak punya apa-apa. Akan tetapi seiring dengan pembesaran dan waktu, kita mulai memupuk berbagai keinginan, lebih dari sekadar yang kita perlukan dalam hidup. Keenam-enam indra kita selalu mengatakan bahawa kita memerlukan lebih banyak lagi.

Perjalanan hidup manusia cenderung menggiringi kita menuju ke kutub ego. Ilusi ego inilah yang memperkenalkan kita kepada dualisme, ketamakan dan kebencian . Inilah akar dari segala permasalahan. Perjuangan melawan kesombongan merupakan perjuangan menuju kesedaran sejati. Untuk dapat melawan kesombongan dengan segala bentuknya, ada dua perubahan paradigma yang perlu kita lakukan.

Pertama, kita perlu sedar bahawa pada hakikatnya kita bukanlah makhluk fizik, tetapi makhluk spiritual. Kesejatian kita adalah spirituality, sementara tubuh fizikal hanyalah sarana untuk hidup di dunia. Kita lahir dengan tangan kosong, dan (ingat!) kita pun akan mati dengan tangan kosong. Kita yang mencorakkan fizikal.Justeru itulah adanya istilah patung bernyawa bagi mereka yang rosak spiritualnya.

Pandangan seperti ini akan membuatkan kita melihat semua makhluk dalam kesetaraan universal. Kita tidak akan lagi terkelabui oleh penampilan, label, dan segala sifat luaran lainnya. Yang kini kita lihat adalah kesan dalaman. Pandangan seperti ini akan membantu menjauhkan kita dari berbagai kesombongan atau ilusi ego.

Kedua, kita perlu menyedari bahawa apa pun perbuatan baik yang kita lakukan, semuanya itu semata-mata adalah juga demi diri kita sendiri. Kita memberikan sesuatu kepada orang lain juga demi kita sendiri. Dalam hidup ini berlaku hukum tenaga kekal . Energi yang kita berikan kepada dunia tak akan pernah habis. Energi itu akan kembali kepada kita dalam bentuk yang lain. Kebaikan yang kita lakukan pasti akan kembali kepada kita dalam bentuk persahabatan, cinta kasih, makna hidup, maupun kepuasan batin yang mendalam. Jadi, setiap perbuatan baik kepada pihak lain, kita sebenarnya sedang berbuat baik kepada diri kita sendiri.

Kalau begitu, apa yang boleh kita sombongkan ?..

PERINGATAN DARI AL QURAN

Dan orang-orang berada di atas tembok itu Al-A'raaf menyeru beberapa orang (Ketua kaum kafir) yang mereka kenal dengan tandanya; dengan berkata: "Nampaknya kumpulan kamu yang ramai (atau kekayaan kamu yang besar) dan juga segala apa yang kamu sombongkan dahulu - tidak dapat menolong kamu".



baspas

Monday, November 3, 2008

MP PAS Bukit Gantang: Ingin tahu asas kenaikan pangkat Guru?




Tuan Roslan bin Shaharum [Bukit Gantang] minta Menteri Pelajaran menyatakan, sejauh manakah asas keadilan yang dipatuhi oleh pihak kementerian dalam merangka proses sistem kenaikan pangkat melalui Time Based kepada guru siswazah dan bukan siswazah yang telah lama berkhidmat dengan guru-guru yang telah memenuhi syarat minimum.


Timbalan Menteri Pelajaran II [Dato' Razali bin Ismail]:Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa berusaha memberikan keadilan dan sifat ihsannya kepada semua guru-guru kita terutamanya dalam konteks naik pangkat ini. Untuk makluman Yang Berhormat, kita ada tiga cara naik pangkat bagai pegawai-pegawai Kementerian Pelajaran Malaysia, iaitu:(i) melalui time based promotion dan ini adalah merupakan satu-satu kaedah yang terdapat di kementerian-kementerian yang ada yakni Kementerian Pelajaran Malaysia sahaja yang ada time based promotion;(ii) melalui naik pangkat secara guru cemerlang, pengetua cemerlang, guru besar cemerlang; dan(ii) naik pangkat secara hakiki.


Proses kenaikan pangkat pegawai-pegawai Perkhidmatan Pelajaran termasuk melalui kaedah time based promotion ini yang dilaksanakan menerusi maklumat-maklumat berikut yang perlu dilengkapkan:(i) maklumat perkhidmatan seperti tarikh lahir, tarikh lantikan, tarikh sah dalam jawatan;(ii) tarikh lulus peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan, PTK minimum Tahap 3;(iii) markah Laporan Prestasi selama 3 tahun berturut-turut yakni dengan average purata markahnya 78%;(iv) laporan bebas tindakan tatatertib;(v) laporan kelulusan pengisytiharan harta;(vi) laporan bebas dari senarai pinjaman tegar institusi pendidikan; dan(vii) laporan kelulusan tapisan Badan Pencegah Rasuah (BPR).Untuk makluman Yang Berhormat, segala urusan proses kenaikan pangkat ini kebiasaannya mengambil masa antara 3 sehingga 6 bulan.
Bagaimanapun Kementerian Pelajaran sentiasa berusaha untuk mengambil inisiatif langkah-langkah penambahbaikan dengan mempercepatkan lagi proses urusan naik pangkat ini dengan:(i) mempercepatkan permulaan proses bagi urusan kenaikan pangkat secara time based setahun lebih awal; dan(ii) menambah kakitangan sokongan untuk memproses urusan naik pangkat.


Tuan Haji Roslan Shaharum [Bukit Gantang]: Tuan Yang di-Pertua dan timbalan menteri, soalan tambahan saya apakah Kementerian Pelajaran menyedari bahawa prinsip time based yang diguna pakai sebenarnya telah menimbulkan ketidakpuasan hati di kalangan guruguru yang telah lama berkhidmat berbanding dengan guru-guru yang junior. Didapati gaji di antara mereka sama walaupun berbeza dari sudut pengalaman dan personaliti mereka.


Contoh kita boleh lihat kenaikan time based DGA 32, gaji yang diterima oleh guru yang telah mengajar 18 tahun adalah sama yang diterima dengan guru yang baru mengajar 10 tahun atas asas kenaikan pangkat bermula tahun 2005 yang lalu. Ini menimbulkan masalah kepada guru-guru iaitu rasa tak puas hati dan sebagainya. Terima kasih.


Dato’ Razali bin Ismail: Terima kasih Yang Berhormat. Saya kira itu perlu dilihat secara case by case, lihat apa sebenarnya masalah itu. Sebenarnya ini adalah merupakan satu kaedah yang harus diberi ucapan terima kasih oleh guru-guru kita.


Jumlah guru seluruh negara kira-kira 360,000 orang semuanya dan kaedah kenaikan time based adalah satu kaedah yang diperkenalkan di Kementerian Pelajaran. Tadi telah disebut tentang lama tempoh itu, barangkali ada beberapa perkara yang perlu saya jelaskan di sini.
Syarat untuk kenaikan time based ini adalah sepuluh tahun daripada katakan DG 41 kepada DG 44, sepuluh tahun. Mungkin berlaku kelewatan, saya tak dapat nafikan kerana keluarga Kementerian Pelajaran terlalu ramai. Proses birokrasi daripada peringkat sekolah, guru besar ataupun pengetua, PPD dan seterusnya sampai kepada JPA.


Satu keistimewaan juga telah diberi iaitu insentif kepada guru-guru daripada DG 32 yang mereka belajar di universiti untuk mendapatkan sarjana muda, mereka telah diberi insentif. Tiga tahun pengalaman mereka sebagai guru bukan siswazah disamakan dengan satu tahun gred siswazah. Ini adalah di antara proses dan penambahbaikan yang dilakukan kepada program-program naik pangkat Kementerian Pelajaran.




baspas:

Sunday, November 2, 2008

MB DAN ISTERI TAK MOHON TUNAIKAN IBADAT HAJI


IPOH: “Saya tidak memohon menunai ibadat haji tahun ini, begitu juga isteri saya,” kata Menteri Besar Dato Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin.Sambil menafikan laporan akhbar (Utusan Malaysia) bahawa beliau dan isteri akan ke tanah suci tahun ini, beliau meminta wartawan yang hadhir bertanyakan hal itu pada Utusan Malaysia.” Saya dah tunaikan ibadat haji. Jadi saya cuma menyokong permohonan mereka yang mahu menunaikan ibadat haji tahun ini,” kata beliau.Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, beliau meluluskan 22 permohonan rombongan mengerjakan haji dari Nizar, termasuk Nizar dan isteri.Zahid juga berkata, ” haji bukan agenda politik. Saya mahu masyarakat tahu walaupun dari parti politik berbeza, saya mengambil pertimbangan agama.Nizar, bagaimanapun mengucapkan terima kasih pada Zahid kerana memberi kesempatan dan menerima baik permohonan 22 anggota rombongan dari pejabatnya dan berharap Zahid mengotakan kata-kata bahawa beliau (Zahid) akan sentiasa mengambil kira pertimbangan agama dalam membuat keputusan yang berkaitan dengan agama.“Saya dan isteri sudahpun menunaikan ibadat haji. Yang memohon itu juga bukannya semua ahli Pas, ada dari Keadilan dan guru-guru pencen,” kata beliau sambil menegaskan bahawa permohonan itu dikemukakan kerana difahamkan Menteri Besar diberi peruntukan kuota khusus atau kemudahan tertentu untuk menghantar bakal haji atau menunaikan haji.Sehubungan laporan akhbar hari ini, pejabat Menteri Besar menerima beberapa panggilan dari orang perseorangan yang bertanyakan kedudukan temujanji masing-masing yang telah ditetapkan sepanjang Disember 2008. END .



baspas: