BLOG BARU

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA KE BLOG BARU KAMI.
1.KLIK DISINI.


Tuesday, February 17, 2009

PIMPINAN PAS BUKIT GANTANG ZIARAH KELUARGA HJ ROSLAN

Naib Presiden Pas Ustaz Ahmad Awang memimpin tahlil untuk Almarhum Hj Roslan.Turut kelihatan Setiusaha Politik bagi MB kerajaan sah,Ustaz MisbahulMunir dan YDP Kawasan Bukit Gantang Ustaz Nordin Jaafar - 15 Februari 2009

Ketua Dewan Muslimat Kawasan Bukit Gantang Pn Zaharah Robi dan Setiausaha DMK CikNorshimah turut hadir dalam majlis tahlil anjuran Dewan Harian Pas Perak.Turut kelihatan balu Hj Roslan ,Hajjah Safiah Harun -15 FEBRUARI 2009
Changkat Jering- Yang Dipertua Pas Kawasan Bukit Gantang mewakili ahli Pas Kawasan Bukit Gantang merakamkan ucapan takziah kepada keluarga almarhum Hj Roslan Shaharum. Di samping itu menghargai pengorbanan isteri Haji Roslan dan kaum keluarga almarhum atas perjuangan Haji Roslan di Parlimen Bukit Gantang. Pihak Pas berharap perjuangan Hj Roslan akan diteruskan oleh anak-anak almarhum.Semoga roh Almarhum ditempatkan bersama roh para shuhadak dan orang-orang solihin . Alfatihah.

Monday, February 16, 2009

UMNO-BN GUNA ISU PERKAUMAN

UMNO kini menggunakan isu perkauman untuk menakutkan rakyat agar jangan mengundi Pakatan Rakyat. Terdapat calon Ketua Pemuda UMNO cuba menjadikan kesilapan lampau mereka dalam peristiwa 13 Mei 1969,untuk memberi gambaran merekalah pejuang rakyat.Padahal terbukti mereka silap dalam membangunkan masyarakat sehingga mereka terpaksa menggubal DEB untuk rakyat Malaysia.

Sunday, February 15, 2009

PENGUNDI PARLIMEN BUKIT GANTANG MATANG

Hasil tinjauan ,kita berpendapat pengundi akan memilih parti yang mewakili rakyat. Masyarakat di sini bersikap terbuka ,mereka boleh memilih pemimpin bukan anak tempatan.
Bagi pengundi parti yang boleh mewakili hasrat rakyat akan dipilih.
Bagi PAS Bukit Gantang,kita menerima apa saja keputusan PAS Pusat.Jentera parti telah bersiap sedia di peringkat DUN dan peti undi.Insyaallah dengan kerja keras dan pertolongan Allah s.w.t. pengundi kita tetap mengundi kita.
Prestasi Almarhum Hj Roslan yang memuaskan ,menyebabkan Parti Pas akan dipilih oleh pengundi. Dengan sokongan 47 Ketua Kampung rakyat akan diberi penerangan tentang kebaikan yang telah dibuat oleh kerajaan pakatan rakyat. Pengundi akan dijelaskan UMNOlah pengkhianat Raja-raja Melayu dan merosakkan jati diri orang Melayu.

Saturday, February 14, 2009

HALWA 8 MAC 2008

12 Tgh -8 Mac 2008 Halwa Merayu Undi di SK Pengkalan Aor, Taman Kaya

3 petang ,8 Mac 2008 di Pusat Mengundi SK Sultan Abdullah Cheh




HALWA PERAK -SIAP SEDIA PILIHANRAYA KECIL BUKITGANTANG

Halwa berikrar akan terus berjihad tenaga,wang ringgit dan buah fikiran untuk menjadikan Parlimen Bukit Gantang indikator Kerajaan Rakyat.

Dr Siti Mariah sedang memberi perangsang kepada tenaga HALWA Kawasan Bukit Gantang.



Bukit Cempedak-14 Februari 2009

YB Dr Siti Mariah berharap Muslimat bersiap sedia dengan rapi untuk menghadapi pilihanraya kecil kawasan Bukit Gantang.Beliau berharap kita bersedia dengan tugas masing-masing,supaya kita terus bertenaga sehingga hari mengundi 7 April 2008.Dr Siti Mariah berharap biarlah natijahnya di balas oleh ALLAH s.w.t.
Program Halwa Perak Get Ready to PRK dilancarkan oleh YB Dr Siti Mariah pada 14 Februari pada pukul 4.30 petang di Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan Bukit Gantang. Kehadiran tenaga seramai 500 orang ,membuktikan Muslimat Kawasan Bukit Gantang serius dalam menghadapi PRK Bukit Gantang.
Turut hadir Timbalan YDP Kawasan Bukitr Gantang Ustaz Zulkifli Ahmad dan Pengarah JPK Bukit Gantang Sdr Khairul Anwar Ismail

Friday, February 13, 2009

MAKLUMAT PILIHAN RAYA KECIL PARLIMEN BUKIT GANTANG

Jumlah pemilih: 55,562(pemilih biasa 55426) dan (136 pemilih pos)

Pusat Mengundi :32 (29 sekolah dan 3 dewan dengan 111 saluran dijadikan pusat pengundian)

Tempat penamaan calon dan penjumlahan undi: Dewan MPT Taiping

Pengawai Pengurus Pilihanraya :Datuk Mahmod Morsidi(Pegawai Daerah LMS)

RENUNG KEMBALI- 8 Mac 2008

10 PAGI 8 MAC PUSAT MENGUNDI SMK DATO' WAN RASDI

8 MAC 9 MLM DEWAN MPT CKT JERING MENUNGU KEPUTUSAN
Hajah Safiah Harun dan Almarhum Hj Roslan
11.45 MLM .8 Mac Pengarah MTD Changkat Jering Rahim bersama Almarhum HJ Roslan Shaharum

LIMA CALON PILIHAN RAKYAT BUKIT GANTANG

Changkat Jering-

Lima disebut-sebut sebagai calon PR di Bukit Gantang. Senarai nama itu menjadi pilihan pengundi di Parlimen Bukit Gantang.Antaranya :
-Ustaz Idris Hj Ahmad-AJK Pas Pusat
-Ustaz Nordin Jaafar- YDP Kawasan Bukit Gantang
-Ustaz Ahmad Awang-Naib Presiden Pas
-Tn Hj Mohd Sabu- Naib Presiden Pas
- Dato' Seri Hj Nizar MB Pakatan Rakyat.

Dalam pada itu jentera pilihanraya PAS Bukit Gantang telah mula menyiapkan jentera pilihanraya.Semua bilik gerakan DUN telah mula beroperasi mulai 13 Februari.Untuk peringkat peti undi semuanya telah beroperasi.


kp.4.30 pm

Thursday, February 12, 2009

GERAKKAN JENTERA -TINGKATKAN KUALITI PARLIMEN BUKIT GANTANG MILIK KITA

Blogger Pas For All,akan terus berfungsi untuk mengenang jasa Almarhum Hj Roslan Shaharum.
Pilihanraya Kecil Parlimen Bukit Gantang,menjadi medan untuk kami ketengahkan perjuangan Ahli Parlimen Bukit Gantang dalam tempoh 11 bulan lalu.
Insyaallah kita akan cuba paparkan apa yang telah disumbangkan oleh Almarhum Hj Roslan Shaharum dalam program Jasamu Dikenang.
"Tuan-tuan dan puan-puan bukan berjuang kerana saya,tetapi Pas itu sendiri"itulah ungkapan Almarhum Hj Roslan dahulu."Saya ingin saudara keluar dari menerima zakat ,menjadi sebagai pengeluar zakat" itulah dinyatakan sewaktu menyampaikan sumbangan Baitulmal Perak,dalam program Kembara Zakat.
Jadi marilah kita terus bekerja untuk memenangkan PAS ,menurut Almarhum PAS For All.



KP .6.05PM

Wednesday, February 11, 2009

KEMBALINYA SEORANG PEJUANG -ROSLAN SHAHARUM

Dato'Seri Hj Nizar menatap wajah Hj Roslan dengan penuh sebak.Kini kehilangan sahabat.

MB Dato' Seri Nizar turut hadir ziarah jenazah Hj Roslan Shaharum
YDP Pas Bukit Gantang Ustaz Nordin Jaafar turut menolong mengurus jenazah Hj Roslan Shaharum

Ustaz Mujahid mengimamkam solat jenazah .Turut kelihatan YB Salehudin Ayub dan YB Dr Hatta Ramli


Rakyat berebut untuk bersolat jenazah.Solat jenazah berlangsung dua kali di Masjid Ckt Larang.Solat jenazah hingga ke tepi jalan.


Ribuan rakyat tanpa mengira keturunan memberi penghormatan terakhir untuk seorang pejuang rakyat
Puan Amizan Baharudin memberi sokongan agar Hajah Safiah tabah



















PERGINYA SEORANG PEJUANG RAKYAT

Terasa sebak untuk menulis,menggingatkan almarhum Hj Roslan.Sepanjang lebih kurang 11 bulan berkhidmat sebagai Setiausaha Sekretariat Parlimen dan juga Pegawai Khas Hj Roslan .Tempat yang menjadi permintaan ramai,sehingga Hj Roslan menasihat supaya terus berkhidmat.Jikalau buat kerja orang kata,tak buat pun orang kata. Jadi teruskan perkhidmatan.
Penulis selalu mewakili Hj Roslan dalam perjumpaan dengan agensi kerajaan.Apabila mewakili Hj Roslan ,menggambarkan kita membawa imej PAS.Namun begitu banyak yang tidak begitu suka dengan cara penulis,mendahului kawasan itu yang sering dicakapkan.
Banyak kenangan bersama Almarhum Hj Roslan,apabila banjir kilat melanda hampir 10 kampung di Parlimen Bukit Gantang,almarhum sanggup balik menjenguk rakyat .Sedangkan pada masa itu baru selesai persidangan parlimen 11.00 malam.Pukul 1 pagi sudah bersedia bertemu rakyat bertanya khabar.
Hj Roslan bukan kedekut,amat pemurah.Kami amat memahami ,jikalau tak menolong Hj Roslan berasa amat sedih,kerana Hj Roslan tahu tentang kesusahan .Almarhum daripada keluarga miskin. Hj Roslan pernah menyatakan kita akan ditanya di akhirat nanti jikalau perkhidmatan kita tidak memuaskan.
Penulis sempat bercakap dengan almarhum pada 8.30 pagi 9 Februari,penulis menyatakan program tetap berjalan iaitu Munajat dan Ceramah bersama Ust Misbahul Munir Masduki,di Surau Bt 6,Ckt Jering.
Harapan beliau ingin mendirikan Maahad Tahfiz Sains di bawah Yayasan Perak.Penulis mencadangkan di Changkat Jering.Mungkinkah boleh dilaksanakan oleh Pengerusi Yayasan Perak yang baru.
Alfatihah

Tuesday, February 10, 2009

MOHON MAAF KEPADA SEMUA

Kami sekretariat Parlimen Bukit Gantang memohon maaf bagi pihak keluarga Hj Roslan Shaharum sepanjang beliau menjadi wakil rakyat kawasan Bukit Gantang.
Segala kesilapan dan kesalahan almarhum Hj Roslan ,kami memohon semua rakyat memaafkannya.Bagi kita di Parlimen Bukit Gantang mempunyai 47 Ketua Kampung.Pihak Sekretariat berharap Ketua Kampung meneruskan aktiviti Hj Roslan ,"dialog rakyat".
Al fatihah.