BLOG BARU

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA KE BLOG BARU KAMI.
1.KLIK DISINI.


Saturday, May 24, 2008

TITAH SULTAN- BELANJA KESIHATAN UNTUK ORANG MISKIN


TAIPING-24 Mei 2008- DYMM SERI PADUKA BAGINDA SULTAN PERAK bertitah,agar perbelanjaan kesihatan untuk rakyat perlu diutamakan.

Dalam titah DYMM Sultan Perak , perkhidmatan kesihatan mesti berbudaya cemerlang dan mesra rakyat.

Baginda bertitah lagi agar kakitangan cekap dan mesra rakyat ,lebih utama daripada ubat.Ubat membantu untuk menyembuhkan pesakit. Rakyat Malaysia mesti mengamal gaya hidup sihat, tidak merokok,tidak minum minuman keras dan istirahat yang cukup.

Kakitangan mesti memberi perkhidmatan terbaik,kerja sebagai amal soleh dan satu ibadah. Berkhidmat penuh ikhlas dan cemerlang.Baginda bertitah semasa merasmikan
Pusat Kesihatan Taiping,sempena keputeraan baginda yang ke 80 tahun.

Turut hadir Menteri Besar Perak dan barisan Exco Kerajaan Pakatan Rakyat .



abdulrahman sgi

Dialog penduduk dan penubuhan Kelab Penyokong Pas Cina



Trong,24/05/08 jam 3.30 ptg

Satu majlis dialog dan penyerahan borang ahli kelab penyokong Pas (cina) telah diadakan di pejabat Penghulu(Lama) di pekan trong.
.
YB Roslan sedang menerima borang keahlian Kelab dari Pengerusi Penaja Wai Chee Seng.
Dalam ucapan YB ,beliau akan menubuhkan One Stop Centre dimana akan dijemput semua Pegawai-Pegawai K`jaan setempat untuk membincangkan masaalah rakyat dan cara-cara penyelesaiaan.Ini akan memudahkan semua,katanya.
Beliau turut menyentuh masalah berkenaan Tanah yg sedang dihadapi oleh penduduk kaw Bkt Gantang,dimana beliau difahamkan oleh wakil K`jaan negeri, akan dapat diselesaikan dalam masa 2 tahun In`allah.
Berkenaan peruntukkan parlimen ,difahamkan bahawa akan disalurkan melalui JPPP,beliau ingatkan penduduk supaya tuntut sebarang peruntukkan yg beri melalui JPPP kerana ,kita sebagai rakyat M`sia berhak diatas peruntukkan yg beri oleh K`jaan tanpa mengira fahaman politik.
Seterusnya jika ada sebarang masaalah boleh berhubung dgn seketerit parlimen yg akan berpejabat disitu mulai26/05/08 hari isnin....jumaat depan.9pg.....5ptg.
baspas:

Perasiman Kelinik Kesihatan TPG.


24/05/08.Majlis perasmian KK Tpg berlangsung pagi tadi jam 10.00 pagi.
Dirasmikan oleh DYMM Sultan Azlan Shah,turut serta Menteri Kesihatan,YAB Menteri Besar Perak dan Ahli-ahli YB Perak.
Gambar-gambar sekitar majlis.




Thursday, May 22, 2008

Kem ISA wajar dipindahkan dari Perak

Menteri Besar Perak, Dato' Seri Nizar Jamaluddin ketika mengadakan kunjungan rasmi kepada Perdana Menteri membangkitkan tapak khemah tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Kamunting, sedang parti yang memerintah negeri Perak sekarang adalah menentang ISA. -->-->
Tidak pasti apa perincinya yang mereka bincang, tetapi yang jelas ketiga parti yang membentuk kerajaan campuran di Perak iaitu PAS, DAP dan KeADILan adalah menentang ISA dan mahu ISA dimansuhkan.
Kerajaan Perak tiada kuasa untuk memansuhkan ISA kerana ia adalah dalam bidang kuasa Kerajaan Pusat. Tetapi tentulah kerajaan Perak merasa tidak senang sesuatu yang dibenci dan dikutuknya berkhemah dalam wilayahnya.
Maka secara terhormat adalah munasabah kalau Perak minta Kerajaan Persekutuan memindahkan khemah tahanan ISA itu dari Kamunting ke negeri yang lain.
Adalah dipercayai empat lagi negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat iaitu Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor tidak sedia menimbangkan wilayah mereka untuk dijadikan tapak baru khemah undang-undang yang mereka sifatkan zalim itu.
Setakat ini Pahang dan Johor yang masih dikira kubu kuat BN yang tidak lagi tergugat tentu bersedia memberikan tanahnya untuk akta yang terkutuk itu. Kedua-dua negeri itu masih punya banyak kawasan yang belum diteroka, maka boleh dijadikan tapak khemah ISA yang baru.
Bukan suatu yang mudah bagi kerajaan Perak untuk mengusirkan khemah itu keluar dari Kamunting. Tentu ada perjanjian antara kedua kerajaan tentang tanah yang dijadikan khemah tahanan itu. Apa jua yang hendak dilakukan atas perkara itu terpaksa merujuk kepada persetujuan pemberian kawasan itu dulu.
Dulu tiada kerajaan yang menentang ISA. Tetapi sekarang mulai banyak kerajaan negeri yang menentang ISA. Kesemua parti pembangkang yang menguasai lima buah negeri sepanjang masa menjadikan ISA sebagai agenda yang perlu dimansuhkan.
Janji itu dibuat dalam setiap pilihan raya, baik pilihan raya umum mahu pun pilihan raya kecil. Ia adalah janji yang ditawarkan oleh mereka kepada rakyat.
Dalam pilihan raya pada 8 Mac lalu, majoriti pengundi di lima negeri itu mengundi mereka. Antara yang mereka setuju itu adalah untuk memansuhkan ISA.
Yang masih berdegil untuk mengekalkan ISA ialah BN. Maka secara sukarela wajarlah Kerajaan Pusat menimbangkan untuk keluar dari Kamunting jika diminta oleh kerajaan negeri itu.
Kawasan yang dijadikan khemah tahanan itu agak luas. Dalam rangka pelaksanaan program pembangunan koridor utara yang sudah dilancarkan itu, ia adalah sesuai untuk dibangunkan bagi satu-satu projek yang menjana kemajuan negeri Perak.
Mungkin ia boleh dijadikan kampus pengajian tinggi yang baru. Perak yang ramai penduduknya tentu memerlukan sebuah universiti. Jika nama ISA itu hendak dikekalkan tiada masalah, asal jangan untuk menahan rakyat tanpa bicara.
Jika kerajaan Perak hendak menjadikannya tapak kampus yang memakai nama ISA, maka boleh dinamakan Institut Sains Awam singkatnya ISA atau Institut Sultan Azlan juga singkatnya ISA.
Apa isi kampus itu boleh ditentukan oleh penduduk Perak, tetapi yang penting nama ISA boleh dipakai untuk tujuan yang baik, bukan untuk menindas seperti yang digunakan oleh BN selama lebilh 50 tahun lalu.
Adalah jauh lebih bermakna bagi ISA sama ada Institut Sains Awam atau Institut Sultan Azlan dijadikan tapak bagi membina modal insan yang seramai-ramainya yang diperlukan oleh masyarakat dan negara ssekarang, bukan dijadikan kawasan membunuh jiwa insan seperti yang berlaku selama ini.
Dato' Seri Nizar membangkitkan isu itu untuk difikirkan oleh Perdana Menteri bagaimana suatu yang tidak disukai oleh kerajaan Perak sekarang dibiarkan terus berada di dalam wilayahnya.
Tentunya kerajaan Perak tidak mahu menjadikan perkara itu sebagai suatu yang boleh menghalang kerjasama dan hubungan baik antara Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri.
Belum pada peringkat ini kerajaan Perak hendak memberi kata dua kepada Kerajaan Pusat, tetapi yang diperlukan ialah bagaimana kerajaan menggunakan kebijaksanaannya menghormati keputusan pengundi di negeri itu.
Tentulah Menteri Besar Perak itu tidak bertujuan untuk menambah beban dan tekanan yang sedang dihadapi oleh Perdana Menteri gara-gara prestasi menjunamnya dalam pilihan raya lalu.
Perdana Menteri perlu dibantu oleh Menteri Dalam Negeri yang baru, Dato Syed Hamid Albar menimbang secara berhemat dan tidak menegangkan isu itu hingga menggawatkan lagi beban yang dihadapi Umno sekarang.
Kerajaan Persekutuan tidak wajar menganggap keputusan pengundi Perak itu sebagai satu perkembangan sementara. Ia jangan menjadikan perkembangan di Terengganu dulu akan berlaku pula di negeri-negeri yang ia kalah sekarang.
Dulu BN dilihat elok dan Perdana Menterinya juga dilihat elok. Tetapi sekarang Umno sendiri pun mula melihat semuanya sudah tidak elok. Maka adalah baik bagi Kerajaan Pusat mencari kawasan khemah baru di negeri yang ia tidak dilihat hodoh.
Jangan gunakan kuasa bagi menyelesaikan isu yang sangat ringan ini. Ia mesti berfikir bukan lagi mudah untuk mendapatkan kembali kuasa yang sudah terlucut. Yang terjadi di Terengganu itu adalah satu nasib baik. Tetapi nasib baik tidak semesti berlaku di semua tempat.
Perak tidak berkuasa untuk memansuhkan ISA dengan kuasa yang ada padanya, tetapi ia tidak mahu Kamunting terus menyakitkan mata kerajaan negeri.-
sumber:http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=14664&Itemid=28
baspas:

Persiapan memilih Ketua Kampung

A RM200 monthly allowance may be a paltry sum for handling the welfare of over 5,000 families.
But pensioner Abu Bakar Abdullah does not see it that way.
“Money is not everything as I enjoy helping people,” said Abu Bakar.
Abu Bakar, 69, was among those who turned up at the village community hall on Tuesday to witness villagers registering as voters to enable aspirants like him to become village chiefs under a new move initiated by the Pakatan Rakyat-led Perak Government.
Abu Bakar was recently appointed acting Kampung Dato’ Haji Hashim village chief by local representatives of the new government, occupying one of 98 vacant village chief posts up for grabs in the Larut Matang district.
Larut Matang and Selama district officer Datuk Mahmod Morsidi, who is also the returning officer, said voting day would be determined later.
Mahmod said the voter registration exercise which began on Tuesday would be carried out in stages.
“Those who cannot make it can still register at the respective penghulu’s office before voting day which will be decided later,” said Mahmod.
Mahmod said villagers who failed to register could still exercise their voting rights on voting day itself.
He said those interested in being elected as village chiefs could get the nomination forms from his office.
Mahmod said those aged between 35 and 70 years were eligible to vie for the posts.
Villager Ng Hai Huy, 50, said she welcomed the new move to elect a village chiefs.
“Anyone can become a village chief now unlike in the past when a person whom we hardly knew was appointed to become our village chief,” said the mother of six grown-ups.
Ng, who has been living in Kampung Dato’ Haji Hashim formerly known as Kampung Batu 2 1/2 for the past 20 years, claimed she did not know who or where to find the previous village chief.
Another villager, Cik Siah Daud, 70, hoped with the election of the new village chiefs, the problem over the management of the village community hall could be sorted out.
Kampung Kota Barat MIC branch chairman T. Rajoo, 66, claimed that a kindergarten class convened at the village community hall had to move elsewhere due to uncertainty over the community hall’s management after the fall of the Barisan Nasional-led Perak Government following the March 8 elections.
However, former village develop-ment and security committee member Mohd Tahir Mat Yusof said the kindergarten class organised by Rajoo was not a government-organised activity.
“It is a privately-organised kindergarten and no one seems to want to bear the responsibility of settling the electricity bills of the community hall,” said Mohd Tahir.
sumber:http://thestar.com.my/metro/story.asp?file=/2008/5/22/north/21312410&sec=North
baspas:

Wednesday, May 21, 2008

DARI SISI BUKIT

I.S.A - Harapan rakyat Perak agar kerajan Pakatan Rakyat berbincang dengan Kerajaan Pusat untuk memindahkan KemTahanan Kamunting,ke negeri muzeum UMNO,JOHOR. Kami penduduk Larut Matang & Selama berharap Kerajaan Perak menyemak kembali pemberian tanah atas kem itu.


Pegawai Khas - Pegawai Khas untuk wanita perlu.Harapan wanita ,MB fikir sama untuk melantik pegawai khas wanita.


Penghulu Tanpa Mukim- Penghulu /Ketua kampung tanpa mukim ,Perak cubalah ikut Kelantan.Idea yang baik perlu dikut.


Sayang pemimpin- Pemimpin di Perak,teruslah berjuang,usahlah fikir tentang kekayaan negeri.Jikalau ada rezki adalah. Tahniah buat ADUN Kelantan yang berjaya mempertahankan
Kelantan 2004-2008. Iman tuan-tuan memang terbukti.



abdulrahman -dari sisibukit

Monday, May 19, 2008

Majlis Perasmian PERDASAMA di Bkt Merah



19/05/2008 Bukit Merah Lake town Resort.

Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia(PERDASAMA).

Majlis perasmian oleh Y.A.B.DATO SERI IR HJ MOHAMMAD NIZAR BIN JAMLUDDIN S.P.M.P yang diwakili oleh YB TN HJ ROSLAN SHAHARUM(Ahli Parlimen Malaysia Kaw Bkt Gantang)
Dalam perutusan YAB yg disampaikan oleh wakil beliau YB TN HJ Roslan:
K`jaan negeri akan sentiasa memberi sokongan pada seluruh pedagang dan pengusaha Melayu utk mencapai kedudukan yg lebih terjamin,stabil dan kuat dari segi ekonominya.
Kami yakin PERDASAMA akan terus memainkan peranan dgn berusaha menganjurkan program-program yg dapat memperkayakan dan memantapkan para pengusaha Melayu.
K`jaan Negeri akan berusaha dan sentiasa bertindak utk melakukan yg terbaik utk rakyat berbekalkan amanah dan harapan yg telah rakyat terjemahkan dan mandatkan.
Selain itu k`jaan negeri akan meneruskan mana-mana dasar yg tidak bercanggah dan akan melaksanakan program-program utk menarik minat para pelabur asing kenegeri ini.
Akhir kata ,beliau mengucapkan Selamt bersidang dan mendoakan semuga majujaya pada seluruh warga PERDASAMA,agar usaha yg dilakukan akan sentiasa diberkati Allah.
baspas:

Saturday, May 17, 2008

Perjumpaan penduduk Matang Gelugor bersama YB


Dewan org ramai Matang Gelugor.

Penduduk sedang mendengar ucapan ..

Penduduk mengutarakan pandangan dan soal jawab...


17/05/08 jam 10.00pagi.Matang Gelugor.

satu perjumpaan diantara penduduk Matang Gelugor bersama pemimpin telah diadakan di Dewan org ramai Matang Gelugor.

Majlis dihadiri YB Roslan ,YB Tai dan Penghulu Mukim Matang.

Dlm ucapan Penghulu, beliau mengatakan terdapat 13 buah kampung dlm Mukim Matang.

Telah adanya calon Pemangku Ketua Kampung dan juga beliau mengingatkan bahawa akan diadakan Pendaftaran Pengundi pada 27/05 didewan org ramai,menasihati penduduk mendaftar sebagai pengundi untuk memudahkan proses pengundian Ketua Kampung.


YB Roslan menyentuh ttg kenaikkan harga brg khasnya beras.Beliau juga menyentuh K`jaan Pusat menetapkan pendapatan rm450 sebagai penduduk miskin,tapi lain pula bagi K`jaan Pakatan Rakyat iaitu RM1200 masih lagi digolong dlm kemiskinan.


Beliau juga meminta supaya dapat Penghulu menyenaraikan keperluaan setempat agar dapat beliau mengutarakan kepada pihak-pihak yg berkenaan.

Turut disentuh oleh beliau berkenaan Bantuan Pakatan Rakyat (PERAK) yang bernilai satu juta yg akan disalurkan melalui W/Rakyaat atau pun pegawai yg berkenaan.Bantuan termasuk beras 30kilo,minyak,gula dan tunai sebanyak RM100.00.


Dalam ucapan YB TAI beliau turut menyentuh ttg projek-projek yang dapat memajukkan penduduk kampung,beliau turut meminta penduduk menubuhkan Koperasi agar mudah menyalurkan sebarang bantuan/projek..yg kelak menguntungkan penduduk setempat.

Friday, May 16, 2008

Gambar :Taklimat di Rumah MB Perak.

15/05/08.7.00mlm.

PENANTIAN ZABIDAH SELAMA 7 TAHUN>>>>


Pihak Kontraktor sedang menjalankan kerja



PN zabidah dgn senyum membuka Paip Air

LARUT TIN :16/05/08




Penantian selama 7 tahun seorang penduduk Zabidah dari Kampung tersusun Larut tin sambungan,untuk mendapatkan bekalan Air , akhirnya berakhir hari ini bila pihak seketeriat Parlimen Bkt Gantang dengan kerjasama Pejabat Daerah,LAP dan Pihak Kontraktor berjaya memasang bekalan Air pada pagi ini +- jam 11.00 pagi.





Pn zabidah,kakak,SU Rukun tetanga, Ajk seketeriat.






PN Zabidah menunjukan tangki utk menakung air hujan


Kami selama ini bergantung pada air hujan untuk keperluan seperti mandi dan sbgnya ,dan mengambil air dari rumah ibu dilorong sebelah ...bila ditanya oleh ajk seketeriat bagaimana beliau uruskan diri dan keluarga selama ini.

Mohd Noor selaku Setiausaha RT turut mengucapkan ribuan terimakasih pada pihak -pihak yg telah memberikan kerjasama sehingga berjaya dimasukkan bekalan Air.

AJK seketeriat mengucapkan ribuaan terimakasih pada Pejabat Daerah dan LAP yg telah memberikan kerjasama yg cukup baik dan turut mengucapkan terimakasih Pada pihak Kontrakter yg telah memberikan kerjasama yg cukup baik dan memberikan Potongan Istimewa untuk kerja-kerja yg dilakukan.

baspas:

JAWATAN KOSONG

PEMBANTU PENYELIA KESELAMATAN/KONSTABLE POLISBANTUAN TM (GREDSK) KELAYAKAN SPM SILA DAPATKAN MAKLUMAT LANJUT
:http://www.tmcareer.com.my/
baspas:

Thursday, May 15, 2008

5 MB Pakatan Rakyat ajak rakyat boikot akhbar Utusan

Salmiyah Harun Thu May 15, 08 3:45:01 pm MYT
KUALA LUMPUR, 15 Mei (Hrkh) - Majlis Menteri-menteri Besar lima buah negeri yang ditadbir di bawah Pakatan Rakyat, menyeru rakyat supaya memboikot akhbar Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia. -->-->
Salah seorang ahli majlis, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berpendapat akhbar itu bersikap keterlaluan dan tidak profesional serta tidak adil, kerana terus memburuk-burukkan serta memutar-belit berita tentang pentadbiran negeri dan juga gabungan Pakatan Rakyat.
Khalid juga menegaskan akhbar terbabit membesar-besarkan isu untuk menimbulkan kemarahan rakyat terhadap pentabiran serta parti dan juga membakar api perkauman yang sempit.
Katanya, semua ahli majlis ini meminta semua jabatan dan institusi kerajaan di lima negeri di bawah pentadbiran Pakatan berhenti membeli akhbar tersebut dan juga berhenti memberikan iklan kepada mereka.
Justeru, ahli majlis ingin menyeru supaya semua pembaca Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia berhenti membeli akhbar tersebut serta-merta.
Sehubungan itu, katanya, para pemimpin parti-parti dalam Pakatan Rakyat kesal dan bimbang kerana kontroversi mengenai kuasa serta kedudukan
Raja-Raja dipolitikkan secara besar-besaran dan tidak bermaruah, terutama oleh media milik parti-parti dalam kerajaan BN Pusat dan sesetengah pemimpin Umno.
"Kami berpendirian tegas mendukung kedudukan Raja-Raja sebagai Raja ber-Perlembagaan, sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya dalam satu kenyataan.
Katanya, semua pihak harus menerima bahawa seseorang Menteri Besar mempunyai bidang kuasa untuk memindahkan mana-mana pegawai eksekutif di negerinya.
Namun, katanya, bagi jawatan yang berkaitan dengan Majlis Agama Negeri, Sultan sebagai Ketua Agama Negeri seharusnya dirujuk terlebih dahulu.
Justeru, Ahli Majlis Menteri-menteri Besar menegaskan pendirian yang dikemukakan oleh Pengerusi DAP Yb Karpal Singh adalah pandangan beliau dari perspektif undang-undang.
"Kami menerima penjelasan YB Karpal Singh bahawa beliau tidak bertujuan untuk menghina Sultan. Kami berharap semua pihak akan menerimanya juga dan berhenti segera dari menggembar-gemburkan isu ini sehingga boleh menimbulkan ketidakstabilan dan ketegangan kaum," kata Khalid. - mr
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=14484&Itemid=85
baspas: