BLOG BARU

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA KE BLOG BARU KAMI.
1.KLIK DISINI.


Saturday, May 3, 2008

Titah Sultan Perak Bukan Isu Menang-Kalah Di dalam Kemelut Pengarah JAIP

Oleh Greenboc
Seperti biasa setiap isu yang memperlihatkan akan mempunyai nilai untuk menyerang Menteri Besar dari mana-mana negeri Pakatan Rakyat akan mendapat lputan meluas di media arus perdana.Begitulah yang berlaku di dalam isu Sultan Perak mengarahkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin menarik balik arahan pertukaran serta-merta Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Datuk Jamry Sury.
TV3 sebentar tadi misalnya menggunakan isu berkenaan hampir 10 minit di permulaan Buletin Utamanya malam ini sedangkan stesyen tv yang sama hanya menyiarkan tak sampai 2 minit sewaktu titah ucapan Raja Muda Perak semasa keputeraan Sultan Perak beberapa minggu lalu, malah liputan itu hanya terselit di tengah timbunan isu-isu lain dan berita mengenai pengurniaan Datuk Seri kepada Menteri Besar Perak itu lansung tidak mendapat liputan.Demkian TV3!Berbalik kepada isu arahan Sultan Perak berkenaan. Apa yang dikesalkan bahawa yang digembar-gemburkan hanyalah "arahan penarikan balik penukaran Pengarah JAIP berkenaan", sedangkan perkara mengenai Kerajaan negeri Perak diminta mempersembahkan secara rasmi kepada Sultan sekiranya terdapat sebarang pelanggaran peraturan dan kesalahan oleh Jamry terhadap pentadbiran kerajaan negeri untuk Baginda menitahkan proses undang-undang selanjutnya tidak lansung diberikan perhatian oleh media arus perdana.Sebenarnya isu ini adalah isu yang bersifat lokal yang tidak perlu perdebatan panjang. Menteri Besar Perak berpeluang untuk menghadap Sultan Perak dan mempersembahkan aduannya terhadap perilaku Pengarah berkenaan yang didakwa tidak bekerjasama dengan kerajaan negeri.Sekalipun hal ehwal agama Islam adalah tertakluk di bidang kuasa ke bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan sebagai Ketua Agama Islam dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak selaku Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak, namun dari segi perlaksanaannya amatlah janggal untuk sebuah majlis yang tidak memberikan kerjasama kepada sebuah kerajaan negeri yang dipilih oleh rakyat.Apakah salah dan dosa Pakatan Rakyat dan Menteri Besarnya, YAB Datuk Seri Ir. Mohd Nizar Jamaladdin kepada hal-ehwal agama Islam negeri Perak selama ini yang menyebabkan beliau tidak mendapat kerjasama sewajarnya dari sebuah majlis yang berada di bawah pentadbiran kerajaan pimpinannya sendiri?Apa hal di majlis sambutan maulud nabi yang lalu, Jabatan Agama Islam Perak menafikan hak Menteri Besar untuk membuat ucapan selaku seorang Menteri Besar? Mengapa di dalam hal-hal sedemikian, Jabatan Agama Islam masih lagi bertaut di dalam kemelut politik balas dendam hanya semata-mata UMNO telah tewas di dalam pilihanraya yang lalu?Saya amat yakin bahawa Sultan Perak dan baginda Raja Muda Perak juga bukanlah terdiri dari kelompok monarki yang menidakkan hak dan kedaulatan rakyat. Malah di dalam banyak segi rakyat Perak khususnya dan negara amnya telah terhutang budi dengan sikap dan pandangan Sultan Perak dan Raja Muda selama ini yang menyimpang dari sikap dan pandangan kebanyakan raja-raja dan raja muda Melayu.Dan arahan yang dikeluarkan oleh baginda itu sebenarnya ingin menjelaskan dengan lebih adil sebarang tindakan MB Perak selepas ini mengenai hal-ehwal agama Islam negeri Perak dirujukkan terlebih dahulu kepada baginda supaya restu baginda tidak dikesampingkan di dalam apa jua tindakan MB Perak sebagai Ketua Kerajaan dalam melaksanakan sesuatu tindakan hendaklah memperlihatkan berlakunya keadilan dengan mematuhi prosedur dan tata cara pentadbiran berlandaskan peraturan dan undang-undang yang ada.Dan arahan itu tidak boleh dilihat sebagai kemenangan Datuk Jamry Sury atau kekalahan MB Perak seperti yang cuba ditonjolkan media arus perdana di negara ini. Kerana, siapa tahu selepas Menteri Besar Perak menghadap Sultan, YAB Datuk Seri dapat meyakinkan baginda bahawa kerajaan negeri di bawah pimpinannya yang telah terlebih disisihkan oleh Jabatan Agama Islam Perak yang dinaungi baginda. Dimana UMNO dan media arus perdana nak letak muka ketika itu?
sumber:http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=9613&mode=thread&order=0&thold=0

baspas.

0 comments: