BLOG BARU

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA KE BLOG BARU KAMI.
1.KLIK DISINI.


Wednesday, June 11, 2008

KETUA KAMPUNG PENEMPATAN PENDUDUK CINA

Pokok Assam 11/06/08.jam10.30 pg

Satu Penyataan Akhbar telah dikeluarkan oleh YB Roslan Shaharum pagi tadi berkenaan perlunya Ketua Kampung dari kalangan org-org Tianguha untk kaw-kaw majoriti penduduk cina.

YB ROSLAN bersama2 pemberita akhbar.

Penyataan Penuh Beliau:

Saya Hj. Roslan b. Shaharum, Ahli Parlimen Bukit Gantang amat bersetuju dengan saranan daripada penduduk-penduduk Parlimen Bukit Gantang kaum Tioghua yang berhasrat untuk mendapatkan seorang Ketua Kampung daripada kaum Tionghua di petempatan penduduk Cina yang padat seperti Kuala Sapetang dan Kg. Telok Kertang. Saya berjanji akan memperjuangkan hasrat ini kerana pelantikan Ketua Kampung daripada kaum Tionghua yang mewakili masyarakat Tionghua kerana banyak memberi manfaat iaitu :
1. Membolehkan segala nikmat pembangunan dan kemajuan yang dilaksanakan oleh pihak Kerajaan Perak yang diterajui oleh Pakatan Rakyat dapat disalurkan kepada semua rakyat yang memerlukan tanpa mengira perbezaan kaum.
2. Memudahkan hubungan antara pihak pentadbiran kerajaan terutama kerajaan negeri dengan penduduk kaum Tionghua.
3. Sebagai ejen tempat masyarakat setempat menyampaikan aduan dan mendapatkan perkhidmatan.
4. Memudahkan komunikasi kerana selama ini banyak kekeliruan dan prasangka berlaku akibat daripada salah faham disebabkan masalah komunikasi.
5. Memenuhi janji Pakatan Rakyat yang akan memberi perkhidmatan terbaik kepada semua rakyat tanpa ada unsur diskriminasi disebabkan perbezaan kaum.

Saya juga berasa amat yakin dan percaya dengan corak pemerintahan yang ditunjukkan oleh YAB Dato’ Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin akan merealisasikan hasrat ini kerana tidak ada sebarang kekurangan atau kerugian yang akan diperoleh dengan pelantikan Ketua Kampung Kaum Tionghua bagi mewakili kelompok kaum Tionghua. Perkara ini bukan suatu yang baru kerana Kerajaan Pimpinan YAB Tuan Guru Dato’Hj Nik Abul Aziz Nik Mat telah lama melaksanakan program ini.

Kuala sepetang mempunyai +-10,000ribu penduduk cina hampir 95% dari jumlah penduduk dan telok kertang +-4000 85% dari jumlah penduduk kata beliau respon pada soalan yg diajukan pemberita..

Kita turut cadangkan utk kaw2 yg majoriti penduduk india seperti diTrong dsb kata beliau bila ditanya bagaimana dgn kaw majoriti India..

YB bersama AJK skereteriat PAS dan DAP.

baspas:

0 comments: