BLOG BARU

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA KE BLOG BARU KAMI.
1.KLIK DISINI.


Monday, July 14, 2008

HADIAH GALAKAN-BIASISWA RM 1000.00.JANJI MANIFESTO


Taiping-Kerajaan negeri Pakatan Rakyat-Perak menyatakan janji-janji dalam
manifesto akan ditunaikan secara berperingkat.

Justeru itu ,hadiah galakan RM 1000.00 kepada anak negeri Perak yang berjaya
melanjutkan pelajaran ke IPTA ,ijazah pertama pada sesi tahun 2008 akan dilaksanakan.

Haji Roslan Shaharum ,sebagai Pengerusi Yayasan Perak ,menyatakan anak Perak yang
mempunyai keluarga berpendapatan RM1500.00 layak untuk memohon.

Biasiswa rakyat ini akan disalurkan melalui Yayasan Perak.Borang-borang permohonan
boleh didapati di Pejabat Yayasan Perak dan Pusat Khidmat Wakil Rakyat Pakatan Rakyat.

Roslan Shaharum menyatakan borang permohonan akan diproses secepat mungkin.Harapan
Roslan Shaharum cek dapat dikeluarkan dalam tempoh tiga hari.

Jikalau borang permohonan belum didapati di daerah,diharap bersabar Yayasan Perak dalam proses menghantar borang ke Pusat Khidmat Masyarakat Pakatan Rakyat.

Biasiswa Rakyat ini terbuka untuk semua kaum yang layak.

Sementara itu mereka yang berpendapatan lebih RM1500.00 boleh dipertimbangkan.
Namun mempunyai kriteria tertentu seperti anak yang ramai serta bersekolah,
mempunyai keluarga OKU.

Roslan Shaharum menyatakan tiada terhad peruntukan,ini berdasarkan jumlah anak Perak
yang berjaya ke IPTA.

Harapan kami rakyat tidak terpengaruh dengan propaganda yang menyatakan Kerajaan Perak
memungkiri janji. Janji tetap ditunai berdasarkan peruntukan undang-undang.

Bersabarlah kita baru memerintah .




abdulrahman 11.49 am.

1 comments:

eLmA fArEEzA said...

assalamualaikum...nak tanya, boleh ke kalau masuk maktab perguruan dapat bantuan RM1000 dari yayasan perak?