BLOG BARU

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA KE BLOG BARU KAMI.
1.KLIK DISINI.


Monday, July 21, 2008

PADA HEMAT ROSLAN SHAHARUM


Apabila menjadi Ahli Parlimen ,kita mesti senantiasa sihat. Sihat fizikal,rohani,mental dan sosial. Melawat kawasan setiap minggu memberi banyak pengajaran dan pengalaman.

17 Julai 2008 berlaku satu tsunami .Tsunami banjir untuk penduduk Bukit Gantang. Lokaliti yang terlibat,Kg Air Kuning,Kg Larut Tin,Kg Benggali, Bt 21/2, Taman Pengkalan Makmur, Kg Jelapang, Tmn Simpang ,Teluk Kertang, Matang, Cgt Ibul,Jelutung dan Kg Senduk.

Roslan merakamkan perasaan simpati dan empati.
Bagi kita PR merupakan Penyelamat Rakyat. Terima kasih petugas-petugas Unit Amal,Nisa', Ketua Kampung,Penghulu,Pasukan Polis,JPA 3, Bomba ,JKM ,individu-individu dan penderma-penderma.

Pengalaman mematangkan kita. Kurang bercakap banyakkan perkhidmatan.
Bagi kita ,bersikap adil untuk semua,tanpa mengira fahaman politik,agama ,bangsa dan jantina.
InsyaAllah kita akan berusaha membantu mereka.

Rakyat keutamaan saya,saya berasal keluarga susah, mempunyai adik-beradik sebelas orang. Harapan saya semua pihak membantu rakyat. Kita dapat membezakan tugas kerajaan negeri dan tanggungjawab kerajaan pusat.

Tsunami politik melanda Bukit Gantang pada 8 Mac 2008, kini tsunami memberi kita keinsafan supaya kita menjadi rakyat yang berkuliti.
edit oleh:baspas:6.50p.m

0 comments: