BLOG BARU

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA KE BLOG BARU KAMI.
1.KLIK DISINI.


Monday, July 7, 2008

Perak bekal air paip percuma


Jul 7, 08 4:57pm
Selepas Selangor memberikan 20 meter padu air percuma, kini Perak - sebuah lagi kerajaan Pakatan Rakyat - turut memperkenalkan langkah serupa untuk mereka berpendapatan rendah.

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata penduduk berpendapatan kurang daripada RM750 sebulan akan mendapat kemudahan itu bermula Ogos ini.

Selangor, yang menunaikan janji dalam manifesto PAS dan PKR, mula melaksanakan kemudahan itu bulan lalu seluruh negeri kepada pemilik meter air individu.

Menteri besar Perak menambah, 15,000 penduduk miskin di negeri ini dikenal pasti bakal menerima manfaat itu dengan anggaran kos perbelanjaan yang ditanggung Lembaga Air Perak (LAP) sebanyak RM2 juta sebulan.

"Pemberian air percuma itu adalah sebahagian daripada sumbangan kerajaan negeri kepada penduduk miskin di Perak bagi meringankan beban mereka berikutan harga barang yang semakin meningkat," katanya hari ini, lapor Bernama. sumber:malaysiakini



baspas:

2 comments:

Unknown said...

Alhamdulillah..
syabas kpd kepimpinan pakatan rakyat di negeri tercinta kita ini.
ayuh rakyat perak,kita bantu & sokong kepimppinan MB kita.
Beliau memerlukan kekuatan kita semua.
Siapa kata pakatan rakyat tak mampu penuhi manifestonya? puak2 umno yg buta!

ashrafkhidzar.blogspot.com

Anonymous said...

tapi kenapa tidak diberikan kepada seluruh rakyat N.Perak.kenapa hanya pada yg pendapatan rm750..banyak kerumitaan dlm soal pengesahan pendapatan

cj