BLOG BARU

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA KE BLOG BARU KAMI.
1.KLIK DISINI.


Friday, August 8, 2008

Mahkamah tolak tiga petisyen p'raya BN

08/08/08
Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini menolak petisyen membatalkan keputusan Pilihanraya Umum kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lubuk Merbau, DUN Kuala Sepetang dan DUN Kuala Kurau.
Petisyen tersebut dikemukakan calon-calon Barisan Nasional (BN) yang tewas di ketiga-ketiga kerusi tersebut - kesemuanya di Perak - dengan majoriti tipis.Dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu, DUN Kuala Kurau dan Kuala Sepetang dimenangi oleh calon PKR. Manakala kerusi Lubuk Merbau dimenangi oleh calon PAS.Di Kulau Kurau, calon PKR, Abdul Yunus Jamahari menang dengan majoriti 467 undi. Beliau mendapat 8,224 undi manakala calon BN, Mohd Salleh Mat Disa mendapat 7,757 undi.Di Kuala Sepetang pula, calon PKR, Tai Sing Ng menang dengan majoriti 564 undi. Beliau mendapat 7,285 undi manakala calon BN, See Tean Seng mendapat 6,721 undi.Manakala di Lubuk Merbau pula, calon PAS, Mohd Zainuddin Mohd Yusof menang dengan majoriti 72 undi. Beliau mendapat 4,664 undi manakala calon BN, Datuk Jamal Nasir Radi memperolehi 4,592 undi.

sumber:http://www.malaysiakini.com/bm/

baspas:

0 comments: