BLOG BARU

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA KE BLOG BARU KAMI.
1.KLIK DISINI.


Friday, August 1, 2008

Perak Buat Perubahan- Misbah

31/07/08 Mesjid Changkat Ibol,Bukit Gantang
Kerajaan Perak telah melaksanakan beberapa pembaharuan dalam tempoh 5 bulan pemerintahan negeri. "Dalam tempoh 50 tahun BN tak buat,kita buat" ujar: Misbahul Munir Setiausaha Politik Menteri Besar Perak.

Antara perubahan itu pemilihan Ketua Kampung,melalui pemilihan rakyat di kampung-kampung. Ketua-ketua kampung akan diberi taklimat dan kursus berkaitan dasar atau polisi kerajaan negeri. " 7 Ogos 2008 ini akan diadakan kursus sehari suntuk untuk ketua kampung"tegas Misbah.

Sementara itu bagi ahli Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) satu pertiga daripada kalangan NGO dan profesional. "Dua pertiga sahaja dari kalangan parti Pakatan Rakyat" kata Misbah lagi.

Untuk meningkatkan hasil negeri ,tender terbuka untuk balak hutan simpan akan dibuat.Menurut Misbah untuk 7000 hakter satu tahun negeri hanya menerima hasil RM30 juta,jikalau tender terbuka mungkin boleh bertambah sehingga 300 juta ringgit.

Premis kerajaan boleh digunakan oleh semua pihak termasuk parti politik .Beliau menjelaskan
Pakatan Rakyat apabila mereka menggunakan Stadium Perak,berbayar bukannya percuma.

Bagi hak milik tanah, kerajaan memberi hak milik berdasarkan pajakan 30 tahun ,60 tahun,99 tahun dan pegangan bebas. " Bagi mereka yang mampu boleh meminta pajakan lebih lama,namun perlu bayar premium lebih tinggi" tegas Misbah.

Misbah menjelaskan lagi kampung tersusun akan bertambah sementara kampung baru tetap tidak berubah. Dahulu kita tidak mendapat hasil melalui cukai tanah ke atas kampung baru,tetapi dengan pemberian hak milik ,kerajaan negeri akan berjaya mendapat hasil.

Kerajaan Perak telah menyalurkan 1.3 juta ringgit kepada 10 buah sekolah agama rakyat. Untuk guru Kafa ,gaji mereka telah dinaikkan RM 75.00

Dalam pada itu beliau berharap agensi kerajaan dan swasta dapat memberi perkhimatan terbaik kepada rakyat tanpa perlu menerima tekanan wakil rakyat.Di samping, mengharapkan rakyat memahami tugas wakil rakyat sebagai pembuat dasar.

"Tidak ada perjanjian Pangkor 2,3,4 atau perjanjian Changkat Jering,itu semua tohmahan dan fitnah BN dan UMNO" jelas Ustaz Misbahul Munir dalam satu program Munajat Rakyat ,anjuran Pas Kawasan Bukit Gantang.



abdulrahman.a.k.

0 comments: