BLOG BARU

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA KE BLOG BARU KAMI.
1.KLIK DISINI.


Saturday, October 11, 2008

Pada Hemat Hj Roslan Shaharum

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kepada muslimin dan muslimat . Kekangan masa menyebabkan terlalu lewat untuk menulis.
Namun begitu 1 Syawal berada di Masjid Pekan Bukit Gantang berkutbah dan beramah mesra bersama rakyat. Berhari raya bersama rakyat di Parlimen Bukit Gantang mengundang seribu makna . Masih terdapat rakyat yang miskin dan terpinggir,selama lima puluh tahun merdeka.
Bagi kami dapat bertemu rakyat setiap kali Jumaat,sudah membuat kami tersentuh . Pihak sektretariat Parlimen akan menyusun program untuk kami pergi ke setiap masjid sebanyak 28 buah .Dengan kehadiran Roslan Shaharum ,diharap dapat menyejukkan hati rakyat,jikalau boleh dapat memberi buah fikiran menyelesaikan masalah rakyat.
Kita perlu memecahkan minda orang Melayu,Pas juga boleh memerintah.Khurafat hanya UMNO sahaja boleh memerintah perlu dibuang jauh.
Kekuatan PAS bukan sekadar pada dasar perjuangannya yang jelas dan bertepatan dengan perjuangan sirah Nabawi,tetapi kekuatan PAS juga didokongi dengan kekuatan akar umbi yang
sekian lama tertanam dalam masyarakat.Kini kita semakin mendapat sokongan dan ini memperkukuhkan akar umbi yang insyaAllah akan menjadi akar yang lebih teras dan terus menunjangi tanahair kita.
Jadi disarankan Ketua Kampung menjadi agen pembaharuan masyarakat,ke arah pembentukan masyarakat yang amanah,adil dan berkebajikan. Kita bangunkan kembali jiwa merdeka.Maka tangan rakyatlah yang perlu kita gandingkan dengan tangan kita untuk menjunjung perjuangan Islam.

0 comments: