BLOG BARU

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA KE BLOG BARU KAMI.
1.KLIK DISINI.


Thursday, January 8, 2009

Pengerusi Yayasan - Yang Kaya Jangan Mohon Dermasiswa.

Ketua Kg Matang Merbau,Encik Nordin Abdul Rahman menerima sumbangan kasut untuk pelajar miskin di kampung beliau.


Changkat Jering- 7 Januari 09

Yayasan Perak diperuntukkan RM 6 juta untuk dermasiswa bagi tahun 2009."Yayasan berharap,anak tuan-tuan dan puan belajar bersungguh-sungguh sehingga mendapat keputusan cemerlang" tegas Hj Roslan Shaharum sewaktu berucap di Majlis Penyampaian Dermasiswa Rakyat di Markaz Pas Negeri Perak.
" Kita membantu semua bangsa yang layak, keluarga berpendapat RM1500.00 "tambah Hj Roslan Shaharum,Pengerusi Yayasan Perak. "Yang kaya,yang senang tidak perlulah memohon" nasihat Hj Roslan Shaharum. "Kita tolong orang miskin" tegas Hj Roslan .
Menurut Pegawai Khas Hj Roslan , Sdr Fadhil Idris sebanyak 11 orang menerima sumbangan dermasiswa rakyat.
Pusat Khidmat Masyarakat Dun Kubu Gajah menerima sumbangan Yayasan Perak RM10,000 untuk pelajar yang terlibat dengan banjir baru-baru ini. "500 pelajar itu ,kita bantu untuk meringgankan beban keluarga yang terlibat dengan banjir"Ujar Hj Roslan sewaktu ditemui.
Pegawai Khas ,Penyelia Dun Kubu Gajah,Encik Razali Ismail menerima sumbangan bagi pihak Penyelia Dun Kubu Gajah,Encik Nazri Din.






0 comments: