BLOG BARU

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA KE BLOG BARU KAMI.
1.KLIK DISINI.


Thursday, January 29, 2009

Umno semakin 3/4....buat demo di tol


PETALING JAYA 26 Jan. - Ramai yang mengakui lebuh raya merupakan antara kemudahan infrastruktur yang semakin penting sekarang ini terutama di Lembah Klang.
Selain boleh mengatasi masalah kesesakan dan sebagai laluan alternatif kepada jalan-jalan Persekutuan, negeri dan bandaran, lebuh raya juga merupakan penjimat masa perjalanan dan kos minyak.


Sebab itu jumlah lebuh raya di negara ini terutama di Lembah Klang telah bertambah secara mendadak sejak kebelakangan ini.
Namun, perlu juga diakui bahawa tidak ada mana-mana kemudahan yang disediakan sama ada oleh kerajaan mahupun swasta disambut baik oleh semua pihak terutama jika ia melibatkan bayaran.


Lebuh raya juga sering menjadi 'mangsa kebencian' sesetengah pihak terutama apabila ia merentasi kawasan penempatan penduduk dan mereka perlu membayar tol untuk menggunakannya.


Tetapi menyalahkan penduduk sepenuhnya kerana tidak berterima kasih atas pembangunan yang dilaksanakan itu juga tidak wajar kerana penduduk juga ada sebab untuk membantah.
Inilah yang berlaku di Lebuh Raya Pantai Baru (NPE) apabila penduduk Kampung Medan membantah diwujudkan plaza tol berhampiran kawasan penempatan mereka.


"Mansuhkan tol. Fahami masalah kami". Itulah antara ayat-ayat yang tertulis di atas sepanduk penduduk Kampung Medan yang mahukan kutipan tol dimansuhkan atau setidak-tidaknya kadarnya diturunkan ke paras seminimum mungkin dari RM1.60 yang dikenakan sekarang.
Bantahan secara aman yang diadakan berhampiran Plaza Tol Petaling Jaya Selatan 2 (PJS2) itu juga bertujuan mendesak pihak kerajaan dan pemegang konsesi NPE mencari jalan penyelesaian kepada beberapa isu yang timbul sejak lebuh raya tersebut dibina kira-kira dua tahun lalu.
Ini termasuk dari segi keselamatan, kerosakan dan kesesakan jalan di kawasan perumahan dan sekolah berhampiran yang terpaksa dihadapi penduduk apabila banyak pemandu menggunakan laluan kampung mereka bagi mengelak tol.


Jika penduduk Taman Medan, Kampung Datuk Harun dan kampung sekitarnya mahu mengelak kesesakan, mereka terpaksa membayar tol di Plaza Tol PJS2 yang terletak 300 meter dari persimpangan jalan keluar-masuk ke penempatan mereka.


Bantahan yang bermula kira-kira pukul 9.30 pagi dan berakhir dua jam kemudian itu dianjurkan UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan yang ahli-ahlinya merupakan sebahagian besar penduduk Kampung Medan.


Bagaimanapun, bantahan yang disertai kira-kira 200 orang penduduk termasuk kaum wanita itu berjalan dalam suasana aman dan tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku sepanjang perhimpunan.


Diketuai Yahya Mokthar, 60, yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian, beliau merayu agar kerajaan terutama Kementerian Kerja Raya dan pihak konsesi mempertimbangkan semula desakan penduduk untuk segera memansuhkan tol di kawasan mereka.


Menurutnya, langkah menurun atau memansuhkan terus kadar tol bagi pengguna lebuh raya itu juga sebagai usaha mengurangkan beban yang selama ini terpaksa ditanggung penduduk sekitar yang rata-rata berpendapatan di bawah RM1,500.


"Kebanyakan penduduk hanya bekerja sebagai buruh dan pekerja kilang yang sudah tentu berasa amat terbeban kerana terpaksa membayar tol setiap hari untuk ke tempat kerja atau mempunyai sebarang urusan lain,'' ujarnya ketika ditemui semasa berhimpun bersama penduduk bagi menyatakan rasa tidak puas hati mereka.


Beliau menegaskan, sejak tol tersebut dibuka, penduduk terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi bagi perjalanan yang singkat. Kadar tol yang dikenakan iaitu RM1.60 bagi setiap kali keluar dan masuk sama ada untuk ke arah Subang atau ke Petaling Jaya.
Menurut Yahya, sebelum ini mereka pernah menghantar bantahan secara bertulis kepada kerajaan, kementerian dan pihak konsesi tetapi tidak mendapat sebarang maklum balas sehingga memaksa mereka untuk mengadakan bantahan secara aman.
baspas:

0 comments: