BLOG BARU

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA KE BLOG BARU KAMI.
1.KLIK DISINI.


Tuesday, March 17, 2009

Pengundi Bukit Gantang telah buat keputusan undi PAS

Almarhum Hj Roslan sering dipanggil ke hospital oleh keluarga pesakit untuk membantu mereka.Almarhum sedang membantu seorang pesakit di Hospital Taiping.

Hj Roslan sewaktu hayatnya tidak pernah menolak membantu mereka yang memerlukan rawatan Shifak tanpa mengira kaum



Bukit Gantang kini banyak dikunjungi orang. Sebagai petugas UMNO /PAS ,tidak kurang juga pihak SB.Bagi mereka yang biasa dengan kita, mereka juga melaporkan banyak perkara dan memberi banyak cadangan.


Sebentar tadi seorang guru ahli UMNO meminta calon Pas lebih baik daripada Ismail Sapian. Beliau berjanji mereka sekeluarga akan mengundi PAS.Namun begitu jikalau Ustaz Idris Hj Ahmad,biarlah beliau mesra pengundi,banyakkan senyum dan ramahkan diri. "Mengapakah Nizar sering turun Bukit Gantang? kata cikgu A. "Mungkinkah Nizar calon PAS ?" tambah Cikgu A. Saya hanya tersenyum.


Seorang kenalan bertugas "SB" memberitahu PAS kini sedang mendahului.Pengundi bukan Melayu sudah menetapkan untuk undi PAS.Beliau menyatakan hanya pengundi Melayu agak sukar.Kenalan itu menyatakan bagi DUN Trong, Permatang Raja dan Sg Tinggi agak sukar ,kerana di situ terdapat Pekida. Untuk Changkat Jering, Peti undi Larit Tin dan Air Kuning perlu digempur.Itu kawasan putih untuk UMNO.


SB yang mesra tapi tak rapat itu menyatakan imej Hj Roslan Shaharum perlu diketengahkan.Calon BN Ismail Sapian bukan calon popular..Beliau akan kehilangan pekerjaan., undi tak dapat YB dalam khayalan. Itu kata SB bukan kata saya.

0 comments: