Friday, January 30, 2009
PERISYTIHARAN CUTI UMUM NEGERI
Posted by
parlimen059
at
7:19 PM
0
comments
Labels: perak
Kemalangan Maut......TRP Trong
29/01/2009.......kemalangan melibatkan seorang budak sekolah,sekolah Tamil TRP trong t/hari jam +- 1.30 dengan sebuah kereta yang dipandu guru berakhir dengan kematian .Pachiayee a/p Khatamuthu pelajar tahun 4 di sekolah Rendah tamil TRP Trong, mati ditempat kejadian .
Ajk Jkkk Puan Pathama menceritakan sewaktu kejadian dia berada ditepi jalan raya menanti anak beliau pulang dari sekolah,tiba -tiba kedengeraan satu dentuman yang kuat,beliau alih dan lihat Pachiaye telah dilanggar sebuah kereta yang datang dari arah Padang Gajah menuju ke Pekan Trong.
Beliau bersama orang ramai yang berada disitu lari mendapatkan anak itu untuk memberi pertolongan,budak itu mati di tempat kejadian. Kecederaan teruk dileher dan di kepala.
tempat kejadian ...kemalangan maut
Rombongan Pas Kawasan,Pusat Khidmat trong,Seketeriat Parlimen dan Pengerusi Lajnah Perpaduan hadir kerumah mangsa untuk ucapan Takziah dan hulurkan sumbangan.
Keluarga si mangsa yang dalam kesedihan diberi kata-kata semangat dan diberi jaminan bantuan seterusnya oleh Rombongan Pas.
bapa...Khatamuthu..diam membisu..mengenangkan anak beliau.
selokoh tajam yang memerlukan perhatian dari pihak berwajib...garisan kuning atau apa saja yang dapat membantu kurangkan kelajuan kenderaan(kawasan penempatan)
para pembaca yang budiman:
sebarang sumbangan /bantuan untuk keluarga si mangsa boleh disalurkan terus ke PAS MALAYSIA KAWASAN BUKIT GANTANG (BANK ISLAM 08040010013314)atau di hantar terus ke Pusat Khidmat Ahli Parlimen Air Kuning....TOLONG SMS MAKLUMAT SUMBANGAN ANDA kepada pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional di talian :0134586242
baspas:
Posted by
parlimen059
at
11:59 AM
0
comments
Labels: Dun Trong
Thursday, January 29, 2009
Umno semakin 3/4....buat demo di tol
Selain boleh mengatasi masalah kesesakan dan sebagai laluan alternatif kepada jalan-jalan Persekutuan, negeri dan bandaran, lebuh raya juga merupakan penjimat masa perjalanan dan kos minyak.
Sebab itu jumlah lebuh raya di negara ini terutama di Lembah Klang telah bertambah secara mendadak sejak kebelakangan ini.
Namun, perlu juga diakui bahawa tidak ada mana-mana kemudahan yang disediakan sama ada oleh kerajaan mahupun swasta disambut baik oleh semua pihak terutama jika ia melibatkan bayaran.
Lebuh raya juga sering menjadi 'mangsa kebencian' sesetengah pihak terutama apabila ia merentasi kawasan penempatan penduduk dan mereka perlu membayar tol untuk menggunakannya.
Tetapi menyalahkan penduduk sepenuhnya kerana tidak berterima kasih atas pembangunan yang dilaksanakan itu juga tidak wajar kerana penduduk juga ada sebab untuk membantah.
Inilah yang berlaku di Lebuh Raya Pantai Baru (NPE) apabila penduduk Kampung Medan membantah diwujudkan plaza tol berhampiran kawasan penempatan mereka.
"Mansuhkan tol. Fahami masalah kami". Itulah antara ayat-ayat yang tertulis di atas sepanduk penduduk Kampung Medan yang mahukan kutipan tol dimansuhkan atau setidak-tidaknya kadarnya diturunkan ke paras seminimum mungkin dari RM1.60 yang dikenakan sekarang.
Bantahan secara aman yang diadakan berhampiran Plaza Tol Petaling Jaya Selatan 2 (PJS2) itu juga bertujuan mendesak pihak kerajaan dan pemegang konsesi NPE mencari jalan penyelesaian kepada beberapa isu yang timbul sejak lebuh raya tersebut dibina kira-kira dua tahun lalu.
Ini termasuk dari segi keselamatan, kerosakan dan kesesakan jalan di kawasan perumahan dan sekolah berhampiran yang terpaksa dihadapi penduduk apabila banyak pemandu menggunakan laluan kampung mereka bagi mengelak tol.
Jika penduduk Taman Medan, Kampung Datuk Harun dan kampung sekitarnya mahu mengelak kesesakan, mereka terpaksa membayar tol di Plaza Tol PJS2 yang terletak 300 meter dari persimpangan jalan keluar-masuk ke penempatan mereka.
Bantahan yang bermula kira-kira pukul 9.30 pagi dan berakhir dua jam kemudian itu dianjurkan UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan yang ahli-ahlinya merupakan sebahagian besar penduduk Kampung Medan.
Bagaimanapun, bantahan yang disertai kira-kira 200 orang penduduk termasuk kaum wanita itu berjalan dalam suasana aman dan tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku sepanjang perhimpunan.
Diketuai Yahya Mokthar, 60, yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian, beliau merayu agar kerajaan terutama Kementerian Kerja Raya dan pihak konsesi mempertimbangkan semula desakan penduduk untuk segera memansuhkan tol di kawasan mereka.
Menurutnya, langkah menurun atau memansuhkan terus kadar tol bagi pengguna lebuh raya itu juga sebagai usaha mengurangkan beban yang selama ini terpaksa ditanggung penduduk sekitar yang rata-rata berpendapatan di bawah RM1,500.
"Kebanyakan penduduk hanya bekerja sebagai buruh dan pekerja kilang yang sudah tentu berasa amat terbeban kerana terpaksa membayar tol setiap hari untuk ke tempat kerja atau mempunyai sebarang urusan lain,'' ujarnya ketika ditemui semasa berhimpun bersama penduduk bagi menyatakan rasa tidak puas hati mereka.
Beliau menegaskan, sejak tol tersebut dibuka, penduduk terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi bagi perjalanan yang singkat. Kadar tol yang dikenakan iaitu RM1.60 bagi setiap kali keluar dan masuk sama ada untuk ke arah Subang atau ke Petaling Jaya.
Menurut Yahya, sebelum ini mereka pernah menghantar bantahan secara bertulis kepada kerajaan, kementerian dan pihak konsesi tetapi tidak mendapat sebarang maklum balas sehingga memaksa mereka untuk mengadakan bantahan secara aman.
Posted by
parlimen059
at
6:45 PM
0
comments
UMNO Perak bakal mendapat Pengerusi pembohong?
Pengerusi Umno Perak Tajol Rosli menyerahkan surat perletakkan jawatan pada Timbalan Presiden Umno isnin lepas?.Bermula isnin hingga kini dan seterusnya jawatan Pengerusi disandang oleh Najib?....Akan berlaku perubahan dlm Umno Perak ,,,bila?
kemungkinan zahidi hamidi akan jadi pengerusi???
nasib lah kau ahli-ahli umno perak yang berketuakan orang seperti zahid hamidi !
balik mekah banyak kenyataan dia merapu semacam aje...layak kah dia menjadi ketua kamu semua wahai ahli-ahli umno ...nilai sendiri.....atau pun memang dia yang paling layak untuk mengetuai kamu semua.. fikir-fikirkan.......???
baspas:
Posted by
parlimen059
at
1:45 PM
0
comments
Labels: perak
Wednesday, January 28, 2009
Lagi Adun Perak pasang niat keluar BN
Posted by
parlimen059
at
1:30 PM
0
comments
Labels: perak
Isteri YB Roslan -Ambil semangat 10 Muharram
Dato Jins Samsudin bertemu Petugas NISSA'
Isteri YB Hj Roslan Shaharum ,Hajah Safiah Harun mengharapkan petugas Pakatan Rakyat,khususnya umat Islam mengambil roh 10 Muharram.Beliau menyatakan mengacau bubur Assyura satu aktiviti berfaedah ,jadi semangat "Asyura" untuk menjadi duta masyarakat dan para petugas sepatutnya mesti lebih gigih berdakwah dan mendekati masyarakat.
Beliau ditemui sewaktu mengedar Bubur Asyura di pekan pasar minggu Changkat Jering anjuran Dewan Pemuda Kawasan,Pas Kawasan Bukit Gantang dan Sekretariat Parlimen pada 24 Januari 2009 bertempat di Dataran Changkat Jering.
Posted by
parlimen059
at
10:57 AM
0
comments
Tuesday, January 27, 2009
MB Perak Dakwa Lagi Adun BN Mahu Keluar Parti
Posted by
parlimen059
at
10:03 AM
0
comments
Labels: perak
ADUN Lintang sahkan ada perbincangan.
IPOH, 26 Jan.: - Salah seorang yang disebut akan meninggalkan UMNO iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri Lintang, Datuk Ahamad Pakeh Adam mengesahkan menerima tawaran untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).Beliau yang tewas dalam pemilihan Ketua UMNO Bahagian Sungai Siput baru-baru ini bagaimanapun belum memutuskan untuk menerima tawaran tersebut atau tidak."Memang saya ada terima tawaran semalam dan diajak bertemu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi takkan hendak terus pergi sahaja, kita tunggu dan lihat selepas pertemuan dengan Datuk Seri Najib Tun Razak di Kuala Lumpur petang ini."Dah orang anggap ketua UMNO bahagian lebih penting daripada wakil rakyat, jadi tengoklah macam mana nanti," katanya.Kenyataan beliau menjawab dakwaan masih ada kemungkinan ada ADUN UMNO akan meninggalkan partinya.
sumber:http://idhamlim.
baspas:bukan yang ini satu aje...ada lagi....3...cepat umno dah nak karam dah..kita tinggalkan umno kepada karam singh walia aje...
Posted by
parlimen059
at
9:54 AM
0
comments
Labels: perak
Monday, January 26, 2009
Jangan jadi spesis terakhir....
Jangan jadi spesis terakhir...ayooh sahabat-sahabat..khasnya YB rosli adun Trong...
kami bersama anda.....
Posted by
parlimen059
at
12:26 PM
0
comments
Labels: perak
24/01/2009.
Pas Kawasan Bukit Gantang bersama YB Tn Hj Roslan Shaharum telah memasak dan mengagihkan Bubur Asyura dalam satu Program `PEMIMPIN BERSAMA RAKYAT`di dataran Changkat Jering,pada hari sabtu lepas.Program mendapat sambutan yang menggalakan dari pengunjung-pengunjung Pasar Sabtu Changkat Jering.
Program bermula jam 2.30 ptg, sebanyak 1000 bungkusan bubur diagighkan dikalangan pengunjung Pasar Sabtu,program tamat jam 6.30 ptg.
Posted by
parlimen059
at
11:42 AM
0
comments
Labels: bukit gantang
Sunday, January 25, 2009
ADUN BOTA UMNO MASUK PKR
YB Dato' Nasarudin Hashim Adun Bota,Perak telah menyertai Parti Keadilan Rakyat hari ini.
Menurut Hj Ismail Yusof,Pengarah Pilihanraya PKR Perak, YB Dato'Nasarudin Hashim itu menyertai PKR sebentar tadi.Beliau mengumum kemasukannya ke dalam PKR di Petaling Jaya. Nasarudin difahamkan mengambil tindakan dengan menyertai PKR setelah mempertimbangkan kepentingan rakyat khususnya kehendak pengundi di DUN Bota.
YB Nasarudin berumur 58 tahun ,pernah menjadi Pengerusi Felcra Berhad pada tahun 2006.
Beliau mengalahkan Kapten Usaili Alias dengan majoriti 2068 undi, dalam PRU ke 12.
Kini Pakatan Rakyat menguasai 32 kerusi DUN dan BN tinggal 27.
Malam ini YB Nasarudin Hashim dijangka berceramah di Dewan Sivik ,Petaling Jaya bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim
Pas Kawasan Bukit Gantang mengalu-alukan penyertaan beliau dalam PKR. Sokongan rakyat akan terus bertambah .Kita berharap YB Dato' Rosli Husin ,Adun Trong akan bersama dengan kita pada suatu hari nanti.
Posted by
parlimen059
at
3:56 PM
0
comments
ceramah Ust Nazaruddin.....
23/01/2009
ust Nasa sedang berucap
sedang mengira wang sumbangan dana palestin.
baspas:
Posted by
parlimen059
at
11:54 AM
0
comments
Labels: ceramah





