Wednesday, March 18, 2009
Kekalkan Kemenangan Untuk Rakyat
Posted by
parlimen059
at
11:18 AM
2
comments
Tuesday, March 17, 2009
23 MAC 2009 Jangka Umum Calon Pas Bukit Gantang
Changkat Jering- Pas Pusat diangka mengumumkan calon pilihanraya PRK 059,pada 23 Mac di Dataran Pakatan Rakyat Simpang(tepi Stesen Petronas) Jalan Changkat Jering-Simpang.Menurut sumber yang boleh dipercayai pengisytiharan dijangka akan diumumkan oleh Presiden Pas Tuan Hj Abdul Hadi Awang.
Lima nama menjadi pilihan akhir Pas Kawasan Bukit Gantang.Antaranya Ustaz Idris Ahmad,Ustaz Ahmad Awang,Hj Mohd Sabu,Ustaz Nordin Jaafar dan Hj Asmuni Awi.
Posted by
parlimen059
at
5:36 PM
0
comments
Pengundi Bukit Gantang telah buat keputusan undi PAS
Almarhum Hj Roslan sering dipanggil ke hospital oleh keluarga pesakit untuk membantu mereka.Almarhum sedang membantu seorang pesakit di Hospital Taiping.
Posted by
parlimen059
at
12:07 PM
0
comments
Sehari bersama MB Hj Nizar Di DUN Changkat Jering.
MB sedang berucap di hadapan Ketua Kampung dan JKKK Parlimen Bukit Gantang di Dewan Orangramai Air Kuning
Posted by
parlimen059
at
11:33 AM
0
comments
Saturday, March 14, 2009
TERIMA KASIH PENGUNDI- ALMARHUM HJ ROSLAN SHAHARUM
Almarhum Hj Roslan tidak melupakan ucapan terima kasih kepada rakyat setelah dipilih sebagai wakil rakyat kawasan Parlimen Bukit Gantang. 8 Mac 2008
Posted by
parlimen059
at
2:17 PM
0
comments
NAJIB UMUM ISMAILSAPIAN CALON BN
Perang sudah bermula Ismail Sapian menjadi calon BN di Parlimen Bukit Gantang.Ismail Sapian menjadi calon BN dengan jaminan tidak melawan Cikgu Rosli Husein sebagai Ketua Bahagian Bukit Gantang. Kita difahamkan penyokong-penyokong Timbalan Ketua Bahagian Bukit Gantang ,Kamarulail tidak bersetuju Ismail Sapian menjadi calon. Pengundi kini berubah untuk bersama rakyat mengundi calon kita PAS. Pas Bukit Gantang menuju kecemerlangan.
Posted by
parlimen059
at
12:26 PM
0
comments
Friday, March 13, 2009
PRINSIP KITA
Menarik mendengar ucapan YB Osman Jailu di Kampung Air Kuning pada 12 Mac 2009.Walaupun bebas menyokong BN.
Kami antara mereka yang membantu Osman Jailu kempen dari rumah ke rumah.Mana taman yang tidak kami pergi bersama Almarhum Hj Roslan Shaharum.Mendengar kandungan ucapannya,seolah-olah ada penulis skrip untuk beliau. Osman bukanlah seorang pemidato yang baik.Bukan juga seorang yang boleh menarik pengundi berdasarkan ucapan .Apabila disuruh berucap akan mengelak.Hj Roslan yang banyak membantu.
Semasa dinamakan sebagai calon ,kami mengingatkan calon mestilah bermoral dan berakhlak.Calon bukan kaki judi bukan juga kaki karoeke.Namun itulah realitinya.Menurut satu sumber .Beliau menjadi Pengerusi Syarikat Pelancongan Kerajaan Perak,sementara isteri muda pula menjadi pengurus syarikat.Bukankah ini bukti sememangnya beliau tidak boleh bekerja.Dakwa pemberi sumber lagi ,masa mesyuarat exco ,tidak bersedia. dan kini mencari salah Ir Nizar.
Posted by
parlimen059
at
8:41 PM
0
comments
BERITA BERGAMBAR -PRK 059 BUKIT GANTANG
9 MAC ,BUKIT CEMPEDAK,BUKIT GANTANG TUAN GURU HJ NIK AZIZ BERDOA UNTUK KEMENANGAN ISLAM DI MALAYSIA KHUSUSNYA PARLIMEN BUKIT GANTANG
Posted by
parlimen059
at
11:10 AM
1 comments
Thursday, March 12, 2009
SATU UNDI UNTUK PAKATAN RAKYAT
Banyak kes disiplin berlaku di seluruh sekolah menengah LMS.Namun ,secara tiba-tiba apabila berlaku masalah disiplin berlaku di sekolah di daerah LMS, pemimpin UMNO mengambil berat.Contohnya Kes Di SMK Dato' Wan Rashdi ,Bt 8,Jln Trong. Kes murid maki hamun cikgu tidak dipedulikan,tetapi murid yang kena tampar pula dibela.Hanya arahan YB ,Pegawai PPD LMS , terus meminta laporan.Cikgu juga dipersalahkan.Mungkinkah kerana kecewa Dato' Hishamudin Husein ,tak dapat datang ke SMK Dato'Wan Rashdi, Sekolah itu dimangsakan.
Ingat cikgu ramai jadi pengundi.Undi cikgu boleh berubah .Jom cikgu ,di Parlimen Bukit Gantang,satu undi untuk Pakatan Rakyat.
Posted by
parlimen059
at
5:44 PM
0
comments
Saturday, March 7, 2009
CATATAN 3.
CATATAN 1. Tukang kempen UMNO kini semakin suka pergaduhan kaum berlaku.Kumpulan perayu undi UMNO memainkan isu 13 Mei 1969.Memainkan isu tanah kita banyak dibolot Cina DAP.Kemajuan hanya untuk bandar Taiping. Tahukah mereka YB Rosli Husein ,Adun Trong pun gagal bangunkan pekan Trong. Sekolah menengah pun tiada di pekan Trong,Bank Komersial pun takut tubuh cawangan di sana. UMNO Bukit Gantang pun harta tiada, Bilik Gerakan menumpang premis kerajaan.
CATATAN 2.Osman Jailu ,dianggap wira,selamatkan kerajaan Melayu -UMNO.Tahukah mereka apa Osman buat semasa dalam PR. Mesyuarat Tanah dan Mesyuarat Tindakan Daerah pun jarang hadir.Banyak geran tanah tertunggak.Banyak janji tak ditunaikan.Tanyalah pada Ketua Kampung ,mana masjid yang beliau solat Jumaat dalam DUN Changkat Jering.?
CATATAN 3. Biarlah UMNO dapat rezki secupak,sedangkan kita rezki segantang. Bukit Gantang menjadi milik kita . Milik rakyat.
sisibukit.
Posted by
parlimen059
at
1:24 PM
0
comments
Thursday, March 5, 2009
KEMPEN UMNO UMNO DERHAKA
UMNO terlupa kisah derhaka?Bagaimana mereka menjadikan Ghazali Jawi sebagai Menteri Besar Perak,walaupun Sultan tidak bersetuju.Atas desakan UMNO Gazali Jawi menjadi Menteri Besar Perak dalam tempoh dua tahun selepas piliharaya umum Ogos 1974.
Setelah berlalu tempoh dua tahun ,Ghazali Jawi tidak mahu berundur dari jawatan Menteri Besar.Sultan telah membangkitkan janji Perdana Menteri(melalui Ishak Tadin) mengenai tempoh dua tahun sahaja sepatutnya Ghazali Jawi menjadi MB.
Ghazali Jawi dan pemimpin UMNO Perak telah menyanggah titah Sultan Idris Shah dengan berkata"Tidak ada dalam perlembagaan Negeri Perak bahawa Sultan Perak melantik seorang Ahli Dewan Undangan Negeri sebagai Menteri Besar Perak selama dua tahun sahaja"
Sejarah tidak pernah melupakan bagaimana Sultan telah bernazar selagi Ghazali Jawi tidak meletakkan jawatan ,Baginda akan menyimpan janggut,jambang dan misai serta tidak akan menandatangani surat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.Sejarah tidak melupakan Sultan Idris Shah tidak bekerjasama dengan Menteri Besar dan Exco Kerajaan selama dua tahun.Ghazali Jawi hanya melepaskan jawatan pada tahun 1977 atas kehendak Tun Husein Onn.
Mungkinkah Tajol Rosli pada masa itu masih kanak-kanak?Atau ijazahnya bukan pengajian sejarah?
Bukankah pada ,masa itu Pergerakan Pemuda UMNO bertegas "Hak untuk memecat atau memerintah seseorang berhenti dari Menteri Besar,adalah hak Presisen UMNO"
Posted by
parlimen059
at
8:24 PM
0
comments

