BLOG BARU

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA KE BLOG BARU KAMI.
1.KLIK DISINI.


Thursday, April 2, 2009

Terima Kasih Masih Ada Yang Sudi

1.Timbalan Presiden Pas bertanya kenapa pasukan polis mengawal UMNO memasang bendera.Jikalau polis boleh dibayar untuk mengawal petugas umno ,Berapa pasukan Polis sanggup terima untuk mengawal petugas PAS.? petikan sidang media di Bilik Operasi ,PAS Bukit Gantang.

2.Semasa mendengar Ceramah Penerangan,Ketua Menteri Pulau Pinang,Lim Guan Eng,beliau menyatakan ingin mengikut gaya pemerintahan Khalifah Umar ibn Abdul Aziz. Lim Guan Eng menerangkan UMNO tidak suka. Kini Pulau Pinang bebas kemiskinan tegar mulai 30 Mac 2009.

3.Semasa membeli ikan di pasar Taiping , Penjual Ikan menyatakan Pas akan menang majoriti 5000 ke atas. Saya masih tak setuju,masih ingal lima hari menuju ke 7 April. "Cikgu percayalah cakap gua"? Terfikir semasa PRU 12,penjual ikan yang sama bercakap Hj Roslan akan menang! Lalu saya menyatakan INSYAALLAH.

4. Terima kasih kepada pelayar ke laman kami. Kami berharap kita akan menerima kebenaran dan menolak kebatilan.

5. Jangan lupa ceramah ANWAR IBRAHIM DI PEKAN TRONG DAN SG TINGGI pada 2 April 2009. Jom pukul 9.30 malam ini.Kita mendapat permit ,Ceramah dengan permit. Permit Polis Permit Isteri Permit Suami. Jom kita pi ceramah.

Wednesday, April 1, 2009

OSMAN NAK GUNA PEREMPUAN FITNAH NIZAR

Umno kian terdesak menggunakan perempuan untuk fitnah Hj Nizar.Perempuan itu dari Pokok Assam,dikatakan mengajar di SM Hua Lian Tinggi. Emak kepada perempuan gila kawin ini orang kuat UMNO Taiping.
Difahamkan mendapat rawatan Hospital Taiping. Kerja bukannya ada kualiti,selalu MC.

Dari Hj Nizar menjadi MB ,perempuan ini menyatakan akan berkawin dengan Nizar.MB boleh memberi jawatan guru tetap di mana-mana dia suka. Star ,Seratas atau MRSM boleh mana satu. Punya goreng ,tahu semua program MB tetapi apabila pengundi bertanya kita ,pecah tembelang, sikit punya banyak goreng cikgu perrempuan pokok assam.

Silap-silap kita saman malu kepada perempuan ini. Politik baru politik matang. Ayuh kita pengundi KEKALKAN KEMENANGAN UNTUK RAKYAT

JAGA-JAGA MACAM-MACAM BOLEH BERLAKU



1.  Petugas PR perlu mendekati pengundi.Izin Allah ,kena caranya pengundi Melayu UMNO dan atas pagar akan undi kita.Pengundi bukan Melayu berdasarkan pemerhatian di tempat kerja penulis amat memberansangkan. Mereka menjanjikan undi yang banyak.

2.Raja Ahmad Bola,kempen di Tmn Kuning Sari. Ceramah Syok sendiri. Tak suka peniaga .Tak suka kita wujud expo,sambil menolong orang Melayu

3.Main isu 999 tahun. Tak langsung terfikir kita rakyat Malaysia perlu bersatu padu. Mereka ingat Sultan  untuk orang Melayu,kita orang India dan Cina tak layak dapat naungan Raja Melayu.Jaga-jaga macam-macam boleh berlaku. BN buat hal,nak menang. Kita terus mendekati rakyat.

Tuesday, March 31, 2009

Ringkas PrK p059

1. Wujud tiga kem dalam UMNO kini,setelah terdapat calon bebas bertanding.Nampak mesra tetapi penyokong Dato Rosli Husein ,menyatakan akan mengundi HJ Nizar, kerana tidak mahu
Ismail Sapian menjadi Ketua Bahagian .

2. Dato Jins Shamsudin ,menyatakan jangan jadi macam Singapura,Cina menguasai Singapura.Kalau undi PAS ,rakyat akan menderita, tidakkah mereka ,mengetahui kita ini dijadikan untuk saling kenal-mengenali. Isu Kampung Baru,dijajakan oleh perayu undi UMNO.Jikalau didapati menghasut,diharap para pengundi membuat laporan polis. Kita semua rakyat Malaysia ,yang miskin wajar dibantu. Perak Cement/Perak Hanjoong kepunyaan YTL,dahulu tanah rezeb Melayu sampai sekarang tak berganti.

3. Boikot media arus perdana nasihat Tok Guru Nik Aziz. Teruskan boikot TV3, Utusan dan Berita Harian.

Sayu Tak Dapat Ikut Kempen Hj Nizar


Ir Hj Nizar menyerah borang pencalonan kepada Pengurus Pilihanraya Dato' Mahmod Morsidi.
Turut kelihatan Rahim Ismail dan Hj Hasan Salleh

Tiba-tiba hati menjadi sayu,pertama terkenangkan pilihanraya UMUM 12,mengikuti Hj Roslan kempen dari rumah kerumah.Kini tidak sempat dan terpaksa duduk dalam bilik operasi menyebabkan diri terasa seba tak kena. Jadi apabila Sdr Nizam meminta tolong ,pasti saya akan muncul di Dataran Tok Guru Nik Aziz Simpang.

Namun banyak maklumat yang diperoleh.Baru sebentar tadi sewaktu pergi ke kedai motor di Pekan Taiping, seorang rakan Cina menyatakan Pas menang majoriti 5000.Saya menyatakan sebaliknya Cina mungkin undi BN ." Cikgu percaya sama gua" kata rakan Cina itu.

Seorang pengundi ,wanita di Batu 2 1/2 Jln Simpang menelefon ,beliau begitu terkejut apabila Hj Nizar pergi melawat pasar malam BT 2 1/2, pada 31 Mac.Apa yang beliau terkejut selesai sahaja Hj Nizar bertemu dengan perayu undi Puteri UMNO,mereka melaungkan Hidup BN,Hidup BN.Pengundi itu menambah Hj Nizar membalas Hidup Rakyat! Spontan sahaja pengungjung membalas kembali Hidup Rakyat. Menurut beliau satu pasar malam menyahut Hidup Rakyat dan takbir. Perkara ini disahkan oleh Ketua Kampung Larut Tin. En Bad Ali.

Sementara pengundi Cina menyatakan Program Menteri ,di Pekan Kuala Sapetang tidak mendapat sambutan. Saya menambah ,jangan" over confident"

Monday, March 30, 2009

Tinggal 7 Hari Rakyat Membuat Keputusan

Calon kita HJ Nizar ,calon BN Ismail Sapian dan Calon bebas Kamarul Ramizu 670421085237

CALON KITA IR NIZAR JAMALUDIN SELESAI MENYERAHKAN BORANG PENCALONAN
Pencadang Rahim Ismail,Bendahari Kawasan dan Hj Hasan Saleh,Ketua Kampung Jelutong.




Gambar Rahim Pencadang Pihak HJ Nizar



DILUAR DEWAN MPT HJ ASMUNI AWI MENENANGKAN PENYOKONG





CALON RAKYAT IR NIZAR JAMALUDIN PADA 29 MAC 2009


Umno kini menggunakan jentera kerajaan. Duit pembayar cukai digunakan untuk membantu kempen UMNO. Mengikut Sdr Fadhil Idris Ejen Pilihanraya HJ Nizar, tiga gambar sahaja boleh digunakan Tuan Guru Nik Aziz,Tuan Guru Haji Hadi dan Hj Nizar,sementara UMNO ,Dato Najib ,Muhyiddin dan Ismail Sapian tetapi sebaliknya gambar Zamri yang dipamerkan?



Isu derhaka ,isu tanah ,putar belit maklumat itu yang dimainkan media arus perdana .Contohnya isu kenapa Nizar tidak menulis jawatan MB dalam borang penamaan.Jikalau ditulis mereka akan buat bantahan untuk Pegawai Pengurus Pilihanraya menolak kertas pencalonan Hj Nizar.


Kini mereka terdesak meminta rakyat tidak keluar mengundi ,jikalau tidak keluar mengundi mereka BN akan menang,analoginya DUN Trong peratus keluar undi rendah menyebabkan Rosli Husein menang.

Wednesday, March 25, 2009

HJ NIZAR RASMI TAPAK EXPO DI DATARAN TOK GURU SIMPANG

CHANGKAT JERING-

PAS Kawasan Bukit Gantang melalui Lajnah Ekonomi akan mengadakan expo di Dataran Tuan Guru Hj Nik Aziz mulai 25 Mac 2009 sehingga 8 April 2009.
Expo akan dirasmikan Ir Mohd Nizar Jamaluddin MB Pakatan Rakyat pada 25 Mac 2009 , 9.00 malam.Turut hadir untuk memberi ucapan Dato' Mahfoz Omar Ketua Penerangan Pas Malaysia.Orang ramai dialukan untuk turut hadir pada malam ini.

Tuesday, March 24, 2009

MB CALON KITA- 23 mac 2009

MB SEDANG BERUCAP MENYATAKAN KESYUKURAN ATAS PEMILIHAN SEBAGAI CALON PAKATAN RAKYAT SATU AMANAH

TUAN GURU HJ HADI MENGUMUMKAN HJ NIZAR CALON PAS
HJ NIZAR MEMELUK TUAN GURU HAJI HADI

KEPIMPINAN PAKATAN RAKYAT SATU HATI KITA BERSAUDARA
WARTAWAN DAN BLOGGERS DUDUK DI BARISAN DEPAN PENTAS

Monday, March 23, 2009

Rencah PrK p059

1.
Hari ini 23 Mac 2009,diminta berjumpa Timbalan Ketua Polis LMS,perihal ceramah pengisytiharan Calon Kita Pakatan Rakyat.Antara yang dibincangkan diminta ceramah setakat pukul 11.00 malam.Terdapat dua/tiga trak polis dengan anggota berdekatan tempat ceramah. Minta untuk merakam program malam ini.
Kami hanya menjawab pihak negeri yang akan mengurus semua program itu,saya sekadar wakil kawasan.
2.
Calon, kami tak tahu setakat ini. Banyak sangat yang ingin tahu. Pihak polis,akhbar,profesor ,pihak bebas, Calon kita dapat diterima semua orang. Sesuai Pas For All.

3.
Isu ,UMno -isu perkauman cuba lagakan Melayu dan Bukan Melayu,isu derhaka,sedangkan merekalah derhaka kepada ketuanan rakyat. PPSMI membunuh Melayu. Saya mendengar orang kampung minta penceramah UMno berucap dalam Bahasa Inggeris?

Sunday, March 22, 2009

KEKALKAN KEMENANGAN UNTUK RAKYAT-

Changkat Jering- Pas akan isytihar calon mengikut ketentuan berikut:


Tarikh: 23 MAC 2009
Tempat: Padang Taman Kota Jaya Simpang,Taiping
Agenda: 7.30 malam Solat Magrib & Solat Hajat Perdana
(Bawa Sejadah dan Air Wuduk)
9.00 malam Ceramah Pelancaran Tuan Guru Haji Hadi Awang
(Presiden Pas Malaysia)

Friday, March 20, 2009

UMNO KIAN TERDESAK

UMNO kian terdesak menggunakan isu hina raja.Mereka sebarkan risalah yang tidak tergamak untuk kita paparkan .Contoh digambarkan DYMM Sultan dan Dato' Mufti sebagai an...g.Banyak risalah disebarkan khususnya semasa umat Islam sedang bersolat Jumaat pada 20 Mac.
Banyak risalah disebarkan menyatakan MB Nizar gadai tanah Melayu kepada Cina.DVD disebarkan semasa orang sedang nyenyak tidur ,berkaitan ,betapa kita benci orang Cina dan India.
Banyak lagi....

Thursday, March 19, 2009

CERAMAH ANWAR DAN NIZAR TUKAR KE BUKIT CEMPEDAK

Ceramah Perdana DSAnwar dan MB Hj Nizar ditukarkan ke Bukit Cempedak. Menurut Ustaz Nordin Jaafar ceramah terpaksa diadakan di sana kerana Pihak Polis tidak memberikan permit .Setelah rayuan dan berbincang dengan Raja Musa ,Ketua Polis Daerah Taiping memberi alasan gangguan lalulintas dan mengganggu ketenteraman awam.
Ceramah Dato Seri Anwar dan Dato Seri Nizar akan berlangsung di Pejabat Pas Kawasan Bukit Gantang di Bukit Cempedak,Bukit Gantang.
19 MAC 2009
Bukit Cempedak,Bukit Gantang.
9 .00 Malam

Pihak Urusetia Pakatan Parlimen Bukit Gantang berharap masyarakat bertenang dan tidak mengganggu undang-undang.Pihak Urusetia meminta jentera pilihanraya terus bekerja tanpa rasa takut dan gentar berdasarkan undang-undang.