BLOG BARU

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA KE BLOG BARU KAMI.
1.KLIK DISINI.


Saturday, June 21, 2008

PEMILIHAN KETUA KAMPUNG

20/06 JUMAAT.AIR KUNING.

Pemilihan ketua kampung berjalan lancar di kaw Bkt Gantang...
Kaw Bkt Gantang akan menyaksikan 14 dari 47 kampung bertanding untuk memilih ketua kampung.33 kampung menang tanpa bertanding yg mana pemangku ketua kampung akan dilantik menjadi ketua kampung..


poster calun KK hebat bagaikan PRU yg lepas.......amalan demokarasi yg sihat selama ini dilindung oleh BN.

Pertanding sengit dijangka berlaku di kg Larut Ulu dan Kg Menteri.

Malam tadi YB dijemput oleh pemangku KK Larut Ulu sdr Osman Jalani untuk memberikan sedikit tazkirah....sdr osman juga selaku imam disurau markaz Pas kg Air Kuning berjanji menjalankan amanah seadil mungkin i`allah kalau beliau dipilih sebagai KK kelak,kata beliau dlm ucapan ringkas.

yb Roslan ........
Dlm ucapan YB beliau menyeru penduduk2 menjalankan tanggung jawab sebagai pengundi pada ahad ini tanpa perasaan takut pada ugutan2 pihak yg tak bertanggunjawab,memilih KK yg mesra, adil dan yg dapat berkhidmat untuk masyarakat ,bukannya calon2 bidan terjun yg muncul bila Pakatan Rakyat menguasai Negeri....mereka mengaku sebagai ahli Pas atau pun Keadilan sedangkan jelas sebelum ini mereka aktivitis BN yg aktif.....
Penulis juga difahamkan calon yg bertanding dgn sdr Jalani adalah seorg aktivis BN yg giat cergas sebelum PRU..........tetiba mengaku dah masuk PAS dan kekadang mengaku ahli Keadilaan.AJK Pas dan juga Keadilan menafikan calon tersebut ahli mereka..
aiiiya ini macam pon adakah bukan elaun sampai rm2000 cuma rm200...minyak motor pon takla cukup maaaa......apalah sangat kuasa....kerana islam bukan dinilai pada kuasa tapi iman ,ketakwaan yg jadi pertaruhan...........sedarle wahai sdr/i............kuasa dtg dan pergi ..iman dan takwa tak ternilaii......
baspas:

Friday, June 20, 2008

Lawatan ke JPS daerah Tpg.........

jumaat 20/06/08.
perjumpaan dgn pegawai2 JPS......dlm taklimat yg diberikan ,JPS menyentuh ttg peruntukkan yg diberikan tidak mencukupi,jauh dari budjet yg diperlukan..
Pegawai JPS turut menyentuh tangan-tangan ajaib yg selalu mengganggu tugas2 mereka tidak berulang lagi diera pemerentahan PAKATAN RAKYAT...

YB DAN AJK SEKETERIAT DLM TAKLIMAT YG DISAMPAIKAN.

Dlm ucapan YB, beliau menyarankan kakitangan k`jaan menjankan tugas mereka secara professional,adil dan saksama tanpa perbezaan fahaman politik..kerana kita semua berkhidmat untuk rakyat bukannya berkhidmat untuk kepentingan individu,dan beliau memberi jaminan memastikan tiada sebarangan tekan politik ,sebagaimana yg berlaku sebelum ini.

kakitangan JPS,ajk PKMAP bergambar kenangan bersama YB....

baspas:

Thursday, June 19, 2008

memerlukan 51 tahun utk mendapatkan TITI

19/06/08.

Susulan aduan penduduk (ulu bendang siam),Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen(KMAP) bersama wakil penduduk sdr Aziz telah mengemukan permohonan membina titi mengantikkan titi kayu yg usang pada 27/05/08.
AJK seketeriat
Alhamdullilah pada 17/06/ titi berkenaan berjaya dibina oleh JPS..wakil penduduk sdr AZIZ mengucapkan ribuan terimakasih pada JPS khasnya pada pihak seketeriat yang mengambil insitiaf segera atas aduan mereka.
Pihak seketeriat juga mengucapkan ribuan terimakasih pada pihak JPS yg berjaya melaksanakan projek berkenaan dgn segera....

titi sepanjang 30 kaki siap dibina..........

baspas:

Wednesday, June 18, 2008

LAWATAN YB ROSLAN Ke Pejabat K`JAAN

18/06/08.Taiping
YB Roslan bersama AJK seketeriat telah mengadakan lawatan kepejabat2 k`jaan sekitar TPG.
Sesi dialog bersama Pegawai2 telah memberikan banyak input ,khasnya AJK beliau,cara dan keperluan pihak AJK dalam memberikan perkhidmatan pada org ramai yg mengunjungi pejabat seketeriat..

YB bersama Pegawai MPT

YB Roslan amat tertarik dgn cadangan MPT untuk mengujudkan Program ZOO kedua di daerah LMS,lebih kearah konsep ZOO Zafari..yg akan merupakan Ketiga terbesar dlm Dunia.
Beliau berjanji akan memberikan kerjasama yg baik dengan harapan Projek tersebut dilaksanakan secepat mungkin...
YB n AJK juga diberikan taklimat mengenai tapak perniagaan,tapak letak kereta dsb.......

Pengurus Wilayah Barat LAP menerangkan tugasan2 LAP...

Rujuk pada soalan yg diajukan AJK seketeriat.....tiada sebarang diskriminasi dlm soal bil LAP yg dikeluarkan 2 bulan sekali kata Pengurus LAP PN Radziah.
bayaran minimum tetap dikira untuk 2 bulan bukannya sebulan.......


Bersama PHD dan Kakitangan..
Pegawai Hutan Daerah dlm taklimat, beliau menasihati agar dipohon Permit untuk sebarang pemindahan kayu,pohon yg ditebang walaupun dgn tujuan untuk pembersihan kawasan rumah....
Pemindahan sebarang kayukayan tanpa permit adalah satu kesalahan tegas beliau.....org ramai dinasihatkan untuk menghubungi Pejabat Hutan dlm menyelesaikan sebarang kemusyklian..........

baspas:

Dari Sisi Bukit- Ketua Kampung Kita

Taiping- Panggilan telefon bertalu-talu untuk mengetahui perkembangan pemilihan Ketua Kampung.Dari Sisi Bukit,kecelaruan berpunca daripada tidak profesionalnya Pegawai Daerah dan juga segelintir Tuan Penghulu.

Y.A.B Menteri Besar Perak tidak mengeluarkan arahan pendaftaran pemilih pengundi Ketua Kampung, Pegawai Daerah keluar arahan.

Kini mereka yang berumur 18 tahun ke atas layak untuk mengundi sama ada mendaftar atau tidak.

Pengundian akan berlangsung pada 22 Jun 08, bermula 8 pagi -4 petang, di Dewan Orang ramai Kampung yang berkenaan.

Ketidakcekapan Penghulu ketara,apabila menerima pencalonan rakan kita yang tidak
boleh membaca Tulisan Jawi dan menulis Jawi,orang Cina di Kg Matang dan Kg Menteri.

Dari Sisi Bukit sepatutnya komuniti Cina dan India menjadi Ketua Kampung di
kawasan majoriti Kaum Cina atau India,tetapi mereka di beri borang untuk bertanding.
Ketua Kampung ,boleh dilantik melalui budi bicara Pegawai Daerah dan Penghulu itu apa yang
difahamkan.

Tuesday, June 17, 2008

Bantuan Yuran IPTA/IPTS

17/06/08.Pej Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Bkt Gantang.















adik Noor Shapina sdg menerima sumbangan dar YDP.

Ahli Parlimen YB Roslan ,telah menyumbangkan bantuan peribadi beliau kepada pelajar-pelajar yg berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA/IPTS.

Bantuan tersebut telah disampaikan oleh YDP PAS Kaw Bkt Gantang dalam satu majlis ringkas yg diadakan di pejabat PKMAP pagi tadi.

Dlm tazkirah ringkas yg disampaikan oleh YDP beliau mengingatkan agar pelajar2 berjaya dlm pelajaran dan khasnya dlm kehidupaan sebagai seorg muslim yg berjaya,amalkan kehidupan sebagai muslim seluruhnya jauhkan dari amalan2 yg negatif lagi memesongkan.

baspas:

Dari Sisi Bukit-Kebajikan Rakyat Keutamaan Kami

Bukit Gantang- Tawaran untuk rakyat Perak bilakah agaknya boleh dilaksanakan?Banyak yang bertanya hadiah RM1,000.00 bagi semua pelajar Negeri Perak yang dapat melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah pertama.

Bilakah hendak aktif kembali pemberian biasiswa Anak Perak kepada pelajar yang layak .

Mungkinkah Pengerusi Yayasan Perak boleh memikir kembali pemberian biasiswa?

Terfikir juga bilakah skim takaful kebajikan bagi kumpulan-kumpulan warga tua lebih 65 tahun dan anak-anak yatim boleh dilaksanakan.?

Penurunan tarif air bagi kegunaan domestik sebanyak 10 peratus. Selangor dah mula memberi
rebet kepada rakyat. Agaknya Perak bila lagi?

SISI BUKIT- sabarlah pakatan rakyat baru perintah 100 hari.



abdul rahman

Monday, June 16, 2008

Roslan Shaharum- DETIK BERSEJARAH PAS BUKIT GANTANG


Janji Hj Roslan Shaharum -AMANAH,ADIL &
BERKEBAJIKAN -Bertempat di Dewan Parlimen.
5 mei 2008

Haji Roslan Shaharum Angkat Sumpah
Sebagai Ahli Parlimen Malaysia pada 5 Mei 2008



Roslan Shaharum -Ikrar Jalankan Tanggungjawab



Roslan Shaharum-Menandatangani Sumpah-Ikrar
sebagai Ahli Parlimen Malaysia...........

Saturday, June 14, 2008

FORUM PERDANA>>MELAYU :KEMANA ARAH TUJU

Simpang 13/06/08 jam 9.30 mlm:

Panelis YB Zainuddin,YB Roslan,YB Khalil Idham dan Pengerusi DR Azhar..

Forum perdana dgn tajuk Melayu :kemana arah tuju mendapat sambutan yg menggalakan dimana panelisnya terdiri dari YB HJ Zainuddin (exco Agama &Belia negeri Perak),YB Roslan shaharum AP Kaw Bkt Gantang dan YB Khalil Idham Lim YB Adun Titi serong.

Ini adalah Program yg pertama seumpama ini di Pekan Simpang yg berjaya diadakan.
Mutu PA system menjadi rungutan para hadirin,dicadangkan agar diberikan perhatian yg sewajarnya dimasa akan dtg, segala hujah dan cadangan penelis yg padat memberikan kepuasan kpd para hadirin keseluruhanya....
.

Diantara kupasan YB Idham ,Perjuangan bangsa tidak kemana-mana berakhir dlm kekecewaan
Berjuanglah sebagai umat Islam kerana baik sesuatu kumpulan bukan kerana bangsa tapi baiknya kerana Agamanya.....jadikan Islam sebagai cara hidup..pemimpin yg dulu atau pun UMNO merosakan minda rakyat, ditanamnya minda seolah2 Islam itu Melayu,Melayu itu Islam sedangkan Islam diturunkan Oleh Allah SWT untuk seluruh umat dimuka bumi ini,dibawanya berbagai-bagai isu dgn kemenangan Pakatan Rakyat seperti isu babi sdngkan babi dibela dimakan dari dulu lagi ....merekecerita isu babi ini bila mana PR mula memerintah....Allah jadikan berbagai bangsa utk kita kenal mengenali.....Kembalilah pada Islam yg sebenarnya ,sesuaikan cara hidup ikut cara hidup Islam bukanya sesuaikan Islam ikut cara hidup bangsa.....

Raja Perlis,Perak dan Terengganu mengunakan kuasa sepenuhnya dlm perlantikkan MB di 3neg dlm PRU yg lepas.Walaupun diperak DAP memenangi lebih kerusi tapi soal perlantikkan MB secaranya totalnya adalah kuasa Raja dimana YAB IR Mohamed Nizar dilantikan MB walaupun PAS hanya memenangi 6 kerusi....ulas YB Zainuddin.

PAS bersama Pakatan Rakyat perlu disokong oleh seluruh rakyat msia kerana tiada pilihan lain kerana BN dan kuncunya membawa fahaman sempit yg pentingkan kebangsaan dimasa yg sama mempergunakan bangsa untuk kepentingan diri,Bahasa 2 dihadkan dlm sek diagungkan bhs asing,agama dipesongkan dgn ujdkan islam hadahari,utamakan rukun2 islam yg membawa kepentingan, keuntungan utk mereka seperi zakat diperbesarkan dlm semua iklan sdngkan solat diabaikan........Kembali lah kepada Islam yg sebenar Islam yg Syumul sebagaimana yg dibawa oleh Nabi Muhammad SAW bukannya islam hadhari yg dibawa oleh puak2 umno..ulas YB Roslan.


hadirin penuhi gerai2 jualan

baspas:

Friday, June 13, 2008

DARI SISI BUKIT- DEMOKRASI

BUKIT GANTANG- Ketua Kampung, terdapat proses pengundian Ketua Kampung. 6 kampung di Mukim Taiping, 6 kampung di Mukim Matang dan 2 kampung di Mukim Bukit Gantang.

Sementara itu tiada pertandingan langsung di Mukim Sg Tinggi dan Mukim Trong.-
Sisi Bukit mengucapkan selamat bertanding,calon-calon hendaklah bertanding secara sihat. Tahniah Kepada Tuk Ketua Rahim Ismail,Ketua Kampung Batu Teguh yang menang tanpa bertanding.

Harapan kami,kerajaan melantik orang India dan Cina sebagai Ketua Kampung.Mereka memahami budaya masing-masing. -
Sisi Bukit cadangkan pemilihan di kalangan mereka,demokrasi katakan.


5o tahun dah merdeka, rupa-rupanya banyak rakyat yang miskin,tiada tapak rumah, jadi peneroka bandar dan tiada bekalan air bersih. 5000 RAKYAT Perak masih miskin tegar.

Sisi Bukit mengucapkan tahniah kepada kerajaan Pakatan Rakyat, yang baru memerintah
telah sedikit sebanyak meringankan masalah rakyat.



sgi 3.25

Thursday, June 12, 2008

Bantuan Gempa Bumi SICHUAN

Kuala Sepetang.09/06/08

AJK skreteriat menyampaikan Sumbangan mewakili YB...



satu program anjuran penduduk K,sepetang untuk Bantuan mangsa gempa SICHUAN di Cina telah diadakan malam tadi.

AJK Seketeriat Parlimen mewakili YB Roslan turut menyampaikan bantuan.
AJK skereteriat diberikan tepukan gemuruh oleh para hadiran majlis kerana kesudian wakil PAS menghadiri majlis itu.........

Kutipan dianggarkan sejumlah +-rm33 ribu kata ketua wakil kaum cina sdr AH SANG...


hadiran majlis sedang melihat cek yg disampaikan AJK PAS.

baspas:

Wednesday, June 11, 2008

Roslan Shaharum- Cinta Perpaduan

Bukit Gantang- Hj Roslan Shaharum berharap perpaduan rakyat semakin mantap.Beliau berharap cinta perpaduan,antara pelbagai bangsa dapat dicapai.

"Bapa saya Melayu dan emak saya orang Cina,melahirkan saya Roslan Shaharum" kata Roslan Shaharum.


Hj Roslan menyatakan setelah 50 tahun kita merdeka,perpaduan ala BN
tidak lagi sesuai.

Justeru beliau mengemukakan cadangan agar kerajaan melantik Penghulu atau ketua kampung dalam kalangan kaum Tionghua atau India.

"Mereka lebih memahami masalah dan keperluan sendiri" tegas Hj Roslan.

"Kami akan menunaikan janji manifesto,namun begitu tuan-puan diharap bersabar"ujar Hj Roslan Shaharum Ahli Parlimen Bukit Gantang.




abdulrahman. sgi