BLOG BARU

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA KE BLOG BARU KAMI.
1.KLIK DISINI.


Thursday, October 30, 2008

Kotak Ikan Berinsulasi

30/10/08.KualaSepetang.

LKIM akan mewajibkan pengunaan Kotak Ikan Berinsulasi LKIM ,kepada semua pengimport,pengeksport,pemborong,peniaga,syarikat pengangkutan ikan dan juga semua nelayan kawasan bermula 1hb dis 2008.


kotak Ikan Berinsulasi LKIM



Penerangan disampaikan oleh Pegawai LKIM di satu majlis penerangan di dewan Pusat Sumber Kuala Sepetang jam10 pagi tadi.



Pegawai LKIM dan KF marketing berikan penerangan

KF Marketing merupakan pengedar tunggal untuk membekalkan Kotak itu yang bernilai RM250 untuk 200 litre,RM 150 untuk 100 litre manakala untuk 60 litre bernilai RM120 setiap satu.


Denda sebanyak rm15 ribu atau penjara 2 tahun atau kedua-duanya sekali kepada yang engkar,budibicara pegawai LKIM akan diambil kira dalam urusan pemindahan ikan-ikan tempatan (untuk satu tempoh yang akan dimaklumkan) manakala pengimport,pengeksport diwajibkan tanpa sebarang alasan bermula 1 dis 2008.


Kotak tersebut turut di pasang dengan Micro Chip untuk kemudahan pemereksaan LKIM dalam mencegah penyeludupan dan sebagainya.



baspas:

Wednesday, October 29, 2008

Bakal -bakal Haji Kawasan Bukit Gantang diraikan

28/10/08.Seramai 60 orang bakal-bakal haji dalam kawasan Bukit Gantang diraikan dalam satu majlis di masjid Kg Air Kuning.


Majlis dimulakan oleh dengan bacaan Yasin dan seterusnya doa selamat pergi dan balik
Majlis dihadiri oleh YB Roslan,YDP Kawasan Ust Nordin Jaafar dan ketua ursan Ulamak Kawasan Ust Basiron Lat.



YB Roslan ,memberikan motivasi perangsang kepada bakal-bakal haji.


S/u Seketeriat En sharuddin, ini adalah majlis yang pertama dianjurkan seumpama ini dalam kawasan Bkt Gantang,kehadiran seramai 60 Bakal haji dari 93 yang dijemput amat membanggakan .
cenderahati disampaikan YB Roslan
baspas:

Banjir.....Penternak2 ikan kerugian........



tebing sungai yang pecah


susulan Banjir minggu lepas..pada 21/10/...YB bersama rombongan melawat Pekan Temerlok,untuk meninjau kawasan penternakan ikan keli yang mengalami kerosakan teruk.

YB menaiki motor untuk meninjau kawasan terlibat


kami dibawah menaiki motosikal untuk melihat tebing sungai yang pecah,limpahan air memenuhi kolam ternakan ikan keli,mengakibatkan kerugian yang besar..ikan lari/dihanyutkan air banjir..Penternak2 dinasihatkan untuk membuat laporan Polis


kolam2 ikan dipenuhi air limpahan sungai,




baspas

Sunday, October 26, 2008

Dakwa saya jika benar saya bersalah


Sila dakwa saya di mahkamah jika benar saya telah menyalahgunakan kuasa! Saya sedang berbincang dengan peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap tuduhan liar yang di lontarkanke atas sya Dua orang pegawai BPR telah berkunjung ke pejabat saya baru-baru ini pada Rabu, 22 Oktober lalu, jam lebih kurang 10.00 pagi.Dua orang pegawai BPR telah berkunjung ke pejabat saya baru-baru ini pada Rabu, 22 Oktober lalu, jam lebih kurang 10.00 pagi.Kehadiran mereka ekoran laporan yang telah dibuat oleh Zainol Padzi yang juga Ketua Pemuda Umno Perak terhadap saya yang kononnya saya telah menyalah gunakan kuasa mengarahkan Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menyerahkan kerja menyenggara sungai, parit dan tali air kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) secara runding terus.Saya sedia untuk disiasat dan sedia untuk menghadapi dakwaan di mahkamah jika benar terbukti saya melakukan salahguna kuasa saya.


baspas:

Bantuan Kaum India


Isteri YB Roslan menyampaikan bantuan

25/10/08.Pihak Seketeriat dengan kerjasama Kelab penyokongan Pas telah menyampaikan bantuan untuk kaum india sempena Deepavali.


Pusat khidmat Trong

sebanyak 52 orang termasuk ibu tunggal dan anak yatim telah diberikan bantuan beras dsbnya ..
majlis untuk dun C,jering dan dun K,sepetang telah diadakan di DOR spg halt.



manakala untuk Dun trong pula majlis diadakan pada sebelah petang jam 4.30,di pusat khidmat masyarakat Trong.seramai 41 buah keluarga diberikan sumbangan.
Sumbangan disampaikan oleh YB Roslan dan Isteri Beliau.
baspas:

MATANG/K,SEPETANG DESA PELANCUNGAN

24/10/08 JUMAAT.

9.00 PAGI:Pembentangan projek (persekutuan) untuk memajukan kawasan Matang dan Kuala Sepetang dibawah RKK (rancangan kawasan khas) telah diadakan didewan Pejabat Penghulu matang pagi tadi.

Pihak seketeriat dan ketua-ketua kampung sekitar dijemput untuk mengadakan perbincangan dan dialog mengenai projek itu.Kajian perancangan yang menelan kos sebanyak rm700 ribu dibentengkan oleh wakil pembangunan dari putrajaya.

seluas 1158.14 hektar kawasan meliputi Matang dan Kuala Sepetang,yang mana anggaran kos melibatkan sebanyak rm182 juta.Sebuah jambatan yang akan menghubungkan kg seberang dan K sepetang dan juga akan didirikan stesyen Bas dan teksi,rumah2 tumpangan dan berbagai lagi kemudahan yang diharap akan meningkatkan sosio ekonomi penduduk setempat.

Kami dari pihak seketeriat yang mewakili YB Roslan,tiada sebarang halangan untuk memajukan kawasan itu dengan syarat tiada sebarangan penindasan atau pun sebarangan kepentingan penduduk setempat dipinggirkan.

Seterusnya wakil YB turut mencadangkan untuk memajukan Balai Polis supaya dapat menampung peningkatan anggota untuk tujuan keselamatan dimasa hadapan.Rumah2 ibadat khasnya masjid turut dicadangankan dalam projek tersebut.


sebelah petang jam 4.30 projek tersebut dibentengkan di kg seberang bersama penduduk setempat.pada dasarnya tiada sebarangan bantahan kecuali penduduk mencadangankan penempatan semula diberi perhatian yang sewajarnya,mereka mohon diberikan rumah teres dan bukannya rumah flat seperti dalam perancangan.

baspas:

Kg Teratai


23/10..pihak seketeriat telah mengadakan lawatan ke Kg Teratai, susulan aduan dari penduduk setempat mengenai rumah-rumah mereka(6buah) yang dirobohkan pihak berkuasa.
rumah2 yang diroboh
Daripada siasatan, kami dapati semua rumah2 yang dirobohkan adalah rumah-rumah baru yang tidak dibanci,pihak seketeriat meluangkan masa menunjuk ajar cara menyelesaikan isu tersebut,mereka diminta buat permohonan baru terus ke pejabat PTD ,walau pun pengerusi bertindak En kadir melahirkan kekesalan beliau kerana permohonan sebelum PRU telah dikemukakan kepada pihak-pihak yang mengaku org kuat BN ,tapi tiada sebarang rekod permohonan di kesan di pejabat PTD.Dengan nada kesal beliau mengakui kesilapan beliau dan akan kemukan permohonan baru dengan bantuan pihak seketeriat kata beliau.
dalam kesibukan, sempat merakamkan gambar sepasang merbok.(kg Jaha)
menanti penuh debaran walau pun didekati hampir 5 kaki.
"mungkin berfikiran selamat dibawah PAKATAN RAKYAT..."
baspas:

Wednesday, October 22, 2008

BANJIR kilat D Padang Gajah......

21/10/08.hujan lebat petang tadi mengakibatkan banjir kilat sekitar pekan Padang Gajah.Pusat pemindahan dibuka oleh JKM di surau Kg Jawa...seramai 8 buah keluarga ditempatkan sekira jam12.00 t/malam 22/08.Mungkin ada lagi mangsa-mangsa banjir yang akan ditempatkan disitu.


bergambar kenangan bersama mangsa ,YDP, Ketua MTD dan Su kaw turut bersama.


siap sedia melakasanakan amal kebajikan dengan prinsip:Beramal Kerana Allah
balasan dan upah bukan dicari..keredahan Allah yang dinanti.

Unit Amal bertungkus lumus memberi bantuan kecemasan kepada mangsa-mangsa banjir.3 buah rumah berhadapan tmn takbeng dinaiki air setinggi 3 kaki,sampan terpaksa digunakan untuk memindahkan kanak-kanak dan warga kurang upaya.

sampan digunakan


mangsa banjir

YDP bersama Ketua MTD abang Din


Ydp Pas Kawasan turut turun padang untuk meninjau dan memberi bantuan kecemasan.

Masalah perparitan adalah punca banjir dikawasan ini ,kata salah seorang mangsa HJ Mat Rawo Ismail,yang telah menetap disini selama 82 tahun sejak dilahirkan.
Ini bukan kali pertama ,sudah beberapa kali banjir disini,pada 10/07/2007 lapuran telah diajukan pada ketua kampung ,lawatan oleh penghulu dan JPS telah beberapa kali diadakan,pelbagai cara dibuat, tiada penyelesaian banjir sehingga hari ini tambah Hj Mat..
Perlunya jabatan-jabatan yang terlibat mengadakan dialog bersama penduduk untuk mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi banjir disini,kami lebih mengetahui selok belok dan punca banjir disini tambah beliau yang dilahirkan pada tahun 1926.

baspas:

Monday, October 20, 2008

SLIDE 2

Sunday, October 19, 2008

Misbahul Munir AKAN SAMAN Zainol Padzi


Ipoh , 18 Okt : Dalam satu kenyataan yang dibuat lewat petang ini, Ustaz Misbahul Munir menyatakan kesalnya terhadap satu ‘Aduan BPR’ yang dilakukan oleh Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Manik Zainol Padzi Paharuddin dan Pengerusi Lembaga Pengarah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sungai Manik dan Labu Kubong, Suib Sulaiman.Dalam satu sidang akhbar yang dibuat sebelum ini, Misbah menganggap tindakan mereka yang membuat laporan kepada BPR itu hanyalah satu gimik politik murahan Umno, khususnya untuk mencari apa jua kesilapan (jika ada) dilakukan Pakatan Rakyat.Sila lihat kenyataan resmi beliau di sini “Mereka semata-mata bertujuann jahat untuk mencemar kerajaan Pakatan Rakyat disamping bertujuan mencari pablisiti peribadi murahan menjelang demam pemilihan Umno sekarang ini,” jelas Misbah.“Saya akan mengkaji untuk mengambil tindakan undang-undang bagi menyaman Ketua Pemuda Umno Perak terhadap laporan BPR kononnya saya salah guna kuasa,” kata Misbah.Menurut Misbah, “Lapoan yang dibuat itu adalah berniat jahat terhadap kredibiliti saya selaku setpol.Imej saya agak terjejas dan tercemar.”Misbah menyatakan kenyakinan dan kepercayaan orangramai terhadapnya mulai terjejas dan dipersoalkan.“Peguam saya sedang mengkaji dan meneliti untuk mengambil tindakan saman terhadap Zainol Padzi,” jelas Misbah.Zainol Padzi yang juga Ketua Pemuda Umno Perak dalam laporannya kepada BPR Perak di Ipoh pagi kelmarin mendakwa Misbahul Munir mengeluarkan surat arahan meminta Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menyerahkan kerja menyenggara sungai, parit dan tali air kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) secara runding terus.
sumber:http://misabah.blogspot.com/

baspas:

JAMUAN RAYA SLIDE 1

Jamuan Raya Ahli Parlimen & Pas Kawasan

19/10/08.ahad .Jamuan raya yang diadakan di changkat jering pagi tadi cukup meriah dengan kehadiran berbagai lapisan masyarakat.


ust Basiron

Dimulai dengan bacaan doa oleh Ketua Urusan Dewan Ulamak Kaw Ust
Basiron bin Lat seterusnya Puteri YB ,Nur Syahida menyampaikan sajak buat ayahanda beliau sebagai peringatan dan nasihat.




Puteri Yb menyampaikan sajak

Jamuan makan dimulakan sebaik saja berakhirnya ucapan YB.
Masyarakat turut mengambil peluang bersalaman dgn YB dan Keluarga beliau .


berbaris utk mengambil makanan


untuk melihat gambar seterusnya sila ke Perstiwa Bergambar.