BLOG BARU

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA KE BLOG BARU KAMI.
1.KLIK DISINI.


Wednesday, April 9, 2008

JAMINAN PKNP KEPADA PERNIAGA MESTI DITUNAIKAN


BUKIT GANTANG: 30 Mac. (hrkh) - Ahli Parlimen Bukit Gantang, Roslan Shaharum berharap:jaminan daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) yang akan terus menjaga kepentingan 11 perniaga di Jalan Panggung Wayang di Taiping benar-benar menjadi kenyataan, tidak sebaliknya menzalimi perniaga-perniaga terbabit
"Kita mengucapkan terima kasih kepada PKNP dengan jaminan yang diberikan itu tetapi kita mahu jamiman itu dituruti dengan tindakan" ujarnya.
Beliau berkata demikian dalam satu pertemuan dengan wartawan harakah di sini sebagai reaksi kepada kenyataan Pengarah Pembangunan Projek (Wilayah Utara), Jaafar Baharin, yang telah memberikan jaminan untuk menjaga kepentingan perniaga -perniaga Merlayu di situ walaupun kawasan tersebut akan dimajukan oleh syarikat swasta tidak lama lagi.
Menurut Jaafar, PKNP telah menjual tapak perniagaan itu kepada sebuah syarikat pemaju bumiputera pada 2002 dan syarikat itu bercadang merancang untuk membina premis perniagaan yang lebih selesa di situ.
PKNP katanya dari awal lagi telah berunding dengan syarikat pemaju untuk mempastikan 11 perniaga berkenaan diberikan keutamaan memiliki lot perniagaan di premis baru itu.
Semalam Persatuan Penjaja dan Perniaga Kecil Melayu Cawangan Larut Matang dan Selama melahirkan kebimbangan dengan tindakan PKNP itu dan menyifatkannya tindakan itu seolah-olah mahu menutup `peruk nasi' perniaga perniaga di situ yang telah berniaga lebih 40 tahun dengan kadar sewa sebanyak RM60 sebulan
"Semua perniaga tidak perlu bimbang kerana PKNP sentiasa mengambil berat kepentingan dan masa depan mereka," kata Jaafar seperti dilaporkan oleh sebuah akhbar tempatan. .
Roslan Shaharum yang pernah berkhidmat dengan PKNP mahu PKNP memberikan keutamaan kepada perniaga perniaga Melayu dan usahawan usahawan Melayu di negeri itu.sesuai dengan motif penubuhannya.
"Jika PKNP tidak menjaga kepentingan perniaga Melayu siapa lagi yang hendak menjaga kepentingan perniaga -perniaga Melayu, " ujar beliau.

OLEH :Johari Jaafar

0 comments: