BLOG BARU

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA KE BLOG BARU KAMI.
1.KLIK DISINI.


Saturday, April 26, 2008

Kita akan adil

TAIPING-Kerajaan Negeri Perak akan bersikap adil dengan semua pihak.Setiap projek yang dilaksanakan tidak akan membazirkan wang pembayar cukai."Kita tidak mahu menggunakan wang rakyat sesuka hati "kata Ustaz Misbah.
Beliau memberi contoh kenapa Menteri Besar Perak, tinggal menetap di rumah kediaman rasmi Menteri Besar ,tidak seperti Menteri Besar kerajaan Pakatan Rakyat
tidak menetap di rumah rasmi. "Kos menyelenggara rumah rasmi pun hampir RM10,000 duduk atau tidak kos selenggaraan kena bayar"jelas Ustaz Misbah.
Ustaz Misbahul Munir menjelaskan lagi, ini dapat menjimatkan elaun sewa rumah MB RM 4000. Dalam keadaan politik kini,PAS Negeri Perak mengambil keputusan Dato Seri
IR Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar perlu duduk di rumah kediaman rasmi untuk langkah keselamatan." Dengan syarat tidak ada ubahsuai rumah,samada karpet ,perabut dan langsir' tegas Ustaz Misbah.
"Kini terdapat kira-kira 300 ratus fail yang perlu diteliti oleh MB."kata Ustaz Misbah
yang juga Setiausaha Politik Menteri Besar.Kesemua fail itu hasil peninggalan kerajaan lama."Kita akan proses ikut kesesuaian dan keutamaan,yang penting keadilan dan kebajikan rakyat diutamakan" tegas Ustaz Misbahul Munir sewaktu berucap di Markaz Negeri ,
Air Kuning,Taiping.

0 comments: