Kenny KS Yap adalah tuan punya kilang kicap yang menumpang di 0.92ha tanah kerajaan di Pasir Pinji, Ipoh, beroperasi sejak 1953. Sudah beberapa kali, Yap memohon untuk mendapatkan tanah TOL tersebut dari kerajaan negeri Perak.Mengikut sumber yang dipercayai, pengerusi MCA Ipoh Timur, Chew Wai Khoon telah memohon untuk tanah seluas 2.18 ekar yang turut melibatkan tanah ‘TOL’ 0.92 ha yang menempatkan kilang kicap tersebut.MCA kawasan tersebut bercadang mahu membuat keuntungan mudah dengan menjual tanah yang melibatkan kilang kicap tersebut kepada pemilik kilang….Thong Fah Chong, salah seorang dari tiga penama pemegang amanah MCA kawasan Ipoh Timur telah mengesahkan perancangan tersebut dan dia enggan menandatangani dokumen jual beli yang bertarikh 24 Mac 2008 kerana beliau menganggap transaksi tersebut tidak bermoral dan tidak sepatutnya. Anda baca disini Macamana MCA dengan mudah boleh mendapat tanah seluas itu ketika Perak dibawah pentadbiran Umno yang konon katanya sangat prihatin untung nasib bangsa Melayu? Ah! Tembelang Umno pecah lagi kali ini! Encik Yap telah meminta bantuan MCA untuk mengatasi masalah tanah tersebut; MCA pun tolong mendapatkan tanah tersebut melalui pertolongan Umno dan kemudiannya menjualkan semula kepada Encik Yap (RM387,262) .Begitulah keikhlasan dan kemurnian pertolongan melalui Barisan Nasional.Dan bagaimana pula dengan bakinya yang seluas 1.2 hectares? Untuk projek perumahan atau bangunan komersil,nilai harganya RM80++ satu meter persegi=(1.2 x 10,000) x RM 80 = RM960K.Ah! Senangnya dapat duit buta!Maka 'satu untuk hang,satu untuk aku' berkira-kira antara MCA dan UmnoTetapi, kini Datuk Seri Nizar, Menteri Besar Pakatan Rakyat telah meminta Kenny Yap, tuan punya kilang kicap terbabit supaya membuat permohonan baru semula kepada jabatan Tanah dan Perlombongan untuk diluluskan.Nasib baik, kita telah mengundi kerajaan Pakatan Rakyat dan kini pentadbiran Pakatan Rakyat menyatakan kepada kita semua tentang erti sebenar kejujuran dan keikhlasan serta sebuah kerajaan yang cukup baik. Kita tidak membuat pilihan yang salah.
sumber:alhusseyn. http://alhusseyn51.blogspot.com/search?updated-max=2008-04-21T01%3A20%3A00%2B08%3A00
baspas
Admin sudah Keluar PAS masuk Amanah
-
Makluman:
Mulai Oktober 2015 Admin telah telah Isytihar Keluar PAS menyertai AMANAH.
Jadi blog ini tidak akan diaktifkan lagi. Sebarang kelewatan atas maklu...
9 years ago
2 comments:
Ustaz,
Mohon supaya Kerajaan Negeri Perak SEGERA mengumpul data dan resume graduan-graduan (diploma dan ijazah) yang menganggur di seluruh Negeri Perak seperti yang telah Kerajaan Negeri Selangor lakukan. Graduan-graduan ini amat memerlukan pembelaan dan bantuan dari segi latihan dan proses mendapatkan pekerjaan. Langkah ini amat penting kerana ianya akan membuktikan keprihatinan Kerajaan Pakatan Rakyat dalam memberi keyakinan kepada golongan muda di negeri Perak. Juga sebagai persediaan untuk menjadi tenaga kerja kepada pelaburan-pelaburan yang akan kita terima. Terima kasih.
Salam dari saya, harap kpd moderator blog ini supaya menghormati karya orang lain apabila 'copy & phase' hak org.
Tlg sebutkan punca atau link dari mana sumbernya.Terima kasih
Post a Comment