BLOG BARU

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA KE BLOG BARU KAMI.
1.KLIK DISINI.


Saturday, May 31, 2008

Pakatan Rakyat -Tunai Janji

31 Mei 2008.
Bukit Gantang- Apabila mengikuti Hj Roslan Shaharum ,bertemu rakyat dalam siri dialog,banyak motivasi yang diperoleh. Contohnya Haji Roslan memberi pancing tidak ikan kepada rakyat. Beliau mencadangkan penubuhan koperasi untuk meningkatkan ekonomi penduduk. Semua dapat nikmat pembangunan.

Sehubungan dengan ucapan Hj Roslan,di perkarangan Pejabat Baitulmal,Taiping,
Hj Roslan meminta Baitulmal membantu masyarakat keluar daripada kemiskinan. Mereka perlu
menjadi pengeluar zakat pula,bukannya penerima zakat. Hj Roslan mencadangkan diberi bantuan bahan atau benda untuk masyarakat berusaha.Mekanisme perlu difikir oleh Baitulmal.

Kerajaan Pakatan Rakyat,melalui Pejabat Tanah LMS berjanji akan memberi setiap mereka yang terlibat dalam projek landasan berkembar,satu lot tapak rumah.Rakyat
yang sekian lama menetap di Tanah KTMB, di daerah LMS , akan diberi penempatan baru di di RKT(Rancangan Kampung Tersusun)bilangan yang dijangka diberi tapak rumah sebanyak 279 keluarga. Sementara itu Hj Roslan melalui Pegawai Khas ,Fadil Idris berjanji akan mempantau
projek landasan itu.


Penduduk yang terlibat segelintirnya tidak mengetahui bahawa,satu-satunya kerajaan yang memberi mereka tapak rumah ialah PERAK.Projek sebelum ini antara Rawang hingga ke Ipoh,Kerajaan BN sebelum ini tidak memberi tapak rumah.


Perbadanan Aset KTM,diharap dapat menimbangkan saguhati yang setimpal,yang memuaskan semua pihak. Di samping itu diharap tidak ada yang tercicir.
Tapak rumah pula ,dibahagi secara adil.Pejabat Tanah perlu telus,rakyat yang tidakbertanah
perlu dibantu.Janji kerajaan Perak,mahu menyelesaikan proses permohonan tanah dalam tempoh dua tahun perlu diberi sokongan.

"Pegawai Daerah dan Ketua Penolong Pegawai Daerah(Tanah) perlu profesional"
kata Shaharudin,Setiausaha Sekretariat Parlimen." Pegawai kerajaan ,termasuk Penghulu perlu membantu kerajaan Perak" tambah Shaharudin lagi.



abdulrahman

0 comments: