BLOG BARU

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA KE BLOG BARU KAMI.
1.KLIK DISINI.


Saturday, May 3, 2008

Teguran Pertama anak Perak untuk Kerajaan Pakatan Rakyat dan MB Perak!!

Oleh Reformis Muda
Ketika Saya menulis ini, genap 40hari Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak ditubuhkan dibawah kepimpinan Dato’ Seri Ir Nizar Jamaluddin, Seingat saya Cuma Ir Nizar sahaja pemimpin tertinggi yang mempunyai model yang sama dengan kepimpinan baru Australia, yang mana perdana Menterinya juga mempunyai kelebihan dalam menguasai bahasa mandarin. Banyak sudah artikel pujian bagi saudara Nizar. Itu mungkin satu perspektif bagi orang diluar Perak.

Tiba pula masanya saya sebagai anak jati negeri Perak mengimbangi pujian orang ramai terhadap kepimpinan Ir Nizar dengan membuat sedikit teguran, teguran ini bukanlah berniat menjatuh atau memburuk burukkan Kerajaan baru ini, Cuma ia satu perspektif saya sebagai anak jati Perak yang menilai dan membuat teguran membina agar satu pengukuhan politik berlaku di Perak.. ramai kalangan kita mengagung agungkan kelebihan yang ada pada saudara Nizar termasuk setiausahanya sendiri sehingga mereka lupa hala tuju Negeri dan kebaikan dasar bagi negeri Perak itu sendiri.
Sekarang bukan masanya kita berbangga dengan apa kelebihan yang ada pada MB Perak itu tetapi dimana hala tuju dan dasar yang memberi kebaikan kepada negeri Perak.dan bagaimana politik orang melayu yang ditunjangi PAS dapat diperkukuhkan. Sehinggakan penulis “ AL- Bakistani mencadangkan agar Nizar di letakkan sebagai Timbalan Presiden PAS begitulah gelojohnya politik orang melayu, pernahkah kita bertanya atas sokongan siapa kita menang di Perak? Tidakkah hanya kerana sokongan Cina dan India ? Perak bernasib baik kerana 40peratus rakyatnya terdiri dari komposisi cina dan India.Malah kerusi Ir Nizar di manjung itupun dimenangkan oleh masyarakat India .
Bagi kerusi kerusi majoriti Melayu kita boleh dikatakan kalah teruk. Kerusi majoriti Melayu yang menang pada tahun 1999pun kita kalah dalam pilihanraya ini. Mengapa? Tidakkah ini memberikan indikasi bahawa PAS Perak masih tidak kukuh? Mengapa kita tidak dapat menawan hati orang Melayu?Ramai orang berkata membuat perjumpaan dengan ketua Kampung satu tindakan bijak, tetapi tidak bagi saya! Melayan karenah ketua kampung membuatkan soalah olah ketua kampung merasa mereka ini sangat penting, atas sebab itu ketua kampung membuat perangai selepas perjumpaan dengan MB Perak dengan mereka. Bagi otak ketua kampung ini bacalah tafsiran 30Juzuk Al-Quranpun belum tentu mereka ini faham, maklumlah jenis otak berkarat.
Alangkah eloknya satu perjumpaan MB Perak dibuat terhadap jawatan kuasa Masjid terlebih dahulu kerana disitulah medan dakwah bagi orang PAS. Andai jawatan kuasa Masjid masih lagi orang UMNO jangan harap pengajian dan dakwah kita dapat masuk ke masjid masjid.Atas sebab itu Kerajaan Negeri Selangor , Kedah dan Pulau Pinang tidak pernah melayan ketua kampung ini. Dengan melayan mereka hanya membuatkan konfrantasi berlaku seperti yang berlaku di Perak. Di Kedah dan selangor mereka menyerahkan surat perletakan jawatan tanpa diminta, akhirnya tidak ada konfrantasi dan perang mulut. Bila mereka berkonfrantasi nasibnya kita dapat lihat apa yang pernah berlaku di Terengganu. Biarpun menang besar tahun 1999 tetapi hingga kini kita kalah.kerana apa? Kerana mereka menyimpan dendam terhadap kepimpinan PAS, Ingat dalam politik pendekatan hikmah menjadi senjata utama dalam kita mendekati masyarakat.

1. Setiusaha MB lebih Sudu dari Kuahhikmah lebih penting dari ketegasan yang tidak bertempat. Lihat bagaimana dalam satu artikel sebelum ini bagaimana setiausaha MB Perak melayan orang yang datang dan mahu dia dilantik dijadikan ketua Kampung? Hikmahkah kita kalau setiausaha MB Ust Misbahul Munir itu memerli orang tersebut? Antaranya dengan meletakkan syarat atas apa kesempurnaan yang ada pada MB, mesti ada pada ketua kampung, ini bukan Negara Taliban Sheikh..!!masyarakat Islam di Perak tidak sama dengan di Kelantan, mereka masih baru dalam soal agama, anatara syarat yang diletakkan ketua kampung mesti boleh jadi Imam, membaca Khutbah, membaca tahlil dan berceramah. Seingat saya kalau macam tu nak cari orang Pas pun payah, tak payah cari UMno.
Lalu setiausaha MB ini memerli dengan meletakkan syarat jika mahu jadi ketua kampung BN boleh berkaroeke, mengapa perlu keluar perkataan perli memerli kepada orang yang datang dan mahu bekerjasama? Jadi saya ingatkan agar PAS berjaga jaga dengan orang disekeliling MB. Saya amat risau dengan tindakan menukar 24jam pengarah Jabatan Agama sebelum acara perasmian bersama Sultan di Mahkamah Syariah dibuat atas pengaruh orang keliling.persoalannya kenapa perlu arahan 24Jam. Jangan bagi ruang Media Umno membuat bahan berita. jadi diminta Setiausaha MB jangan jadi sudu lebih dari kuah, jadi berhati hati dalam tindakan dan kata kata. Biarpun ketua Kampung itu tidak alim agama, andai dia ada kesedaran ingin belajar, dan patuh kepada dasar Kerajaan Pakatan Rakyat tidak ada sebab mereka ditukar.Kita tidak mahu orang nampak Islam ini susah, agaknya sebab itu orang jauh dari Islam.

2. Mana BLOG dan Khutbah MB ?Seingat saya dari awal kemenangan kita diwarwarkan MB boleh membaca khutbah, bila rakyat dari pelosok negeri Perak bersembahyang jumaat lebih 3minggu menunggu namun kelibat MB entah kemana? Tahukah mereka ramai yang menunggu nuggu MB membaca Khutbah di Masjid Negeri Ipoh.antaranya mereka datang dari jauh. Saya memuji Selangor kerana minggu pertama kemenangan Dr Hassan Ali sudah berada diatas mimbar di masjid mujaheden. Saya nasihatkan Setiausaha MB melaporkan aktiviti MB dalam sebuah BLOG. Bukan duduk pejabat memerli orang sahaja, dengan ini rakyat tahu hala tuju dan arah pakatan rakyat.
3. Jangan Buat Konfrantasi dengan MUFTI.Mungkin tidak yang diatas, tetapi dalam mesyuarat Pemuda Pas Tambun baru baru ini kedengaran suara sumbang yang cuba memburuk burukkan Mufti Perak, antaranya cuba mengaitkan Mufti cuba menyatukan PAS dan UMNO. Andai benarpun perkaran ini terjadi diharap jangan membuat mulut, selesaikan cara baik, dan husnu zhan kerana beliau mufti Perak bukan ahli politik. Kebimbangan dia pada awal pemerintahan dengan DAP ada asasnya. selesaikan dengan cara baik. Bukan dengan berkonfrantasi. Malah ada yang cuba mengatakan MB tidak membaca khutbah dek kerana MUFTI melarang… please la… naik je atas mimbar tu jangan soksek sana soksek sini,
4. Perlukan “Think tank” pemikir bagi negeri PERAK.Saya ingat andai orang keliling MB ini kekal, minda sebagai pemerintah masih jauh dari tujuan, Perak perlukan pemikir seperti Saifudin Nasution yang berjaya mencorak pemikiran baru 4tahun kebelakangan di kelantan, kita boleh mengimport siapa sahaja bagi memperkasakan Pas di Perak.bukannya terus terusan dengan corak pemikiran lama yang terus berkonfrantasi dengan orang UMNO. Ingat dalam kempen Anwar sebelum pilihanraya kenapa dalam ucapan dia, dia sering mengulangi dia bukan musuh ahli Umno, tetapi musuh pemimpin Umno yang rasuah. Atas penekanan boleh bersahabat, membuatkan orang luar keadilan senang memerima parti Pakatan rakyat.
Bagi saya saudara Dato Seri Ir Nizar Jamaluddin masih baru dalam soal kepimpinan Negeri, dan ruang pembaharuan masih jauh. Bagi saya , saya bersyukur kerana Perak dikurniakan MB yang mempunyai kelebihan dalam pelbagai sudut, namun keseimbangan dan peranan orang keliling perlu diperhatikan agar mereka tidak menjadi punca dan tembok kepada hasrat rakyat mahukan perubahan. Orang keliling diminta tidak mengagung agungkan keistimewaan yang ada pada MB lalu hilang punca memikirkan dasar dan arah tuju pembagunan Negeri.
Jentera Pemuda dan Unit Amal Pas diminta bersedia digerakkan merialisasikan hasrat menjadikan PAS dilihat sebagai Negeri berkonsepkan kebajikan. Mendekatkan diri bersama masyarakat dan berhubung baik dalam hubungan rakyat pelbagai latar belakang Parti.Saya sebagai orang muda mahu melihat Perak maju kehadapan, ada peranan anak muda dalam pentadbiran, memelihara hubungan antara rakyat dengan pelbagai latar belakang Parti dan menghidupkan kembali kehidupan beragama dengan mempelbagaikan acara dan kuliah agama.Kita akan dedahkan selepas ini salahguna kuasa dalam jabatan agama Perak dan bagimana pegawai pegawai hidup mewah.- Reformis Muda.
sumber:http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=9618

baspas

2 comments:

Anonymous said...

Salamz..Gr8 article although I don't really get it...

One comment--that if possible for the author to put posting in paragraph especially for a reader like me whom Bahasa is not my first language.Nonetheless,thanks for sharing.

Anonymous said...

MB x de blog???
miker yg gopoh beno. Sapa kata MB xde blog?
g lawat kamparinn.blogspot.com
ade jek. len kali duk nuduh orang x betoi, diri sendiri tu check dulu. kot2 ekoq terpalit tahi.
pasai khutbah tu, bukan salah MB. yang salahnye penyokong2 MB. diorg yg war2 kan MB nk baca khutbah. Mmg MB boleh berkhutbah, tp dia x le kemaruk sgt terus nk bagi khutbah. Ciri2 sifat tawadhuk ade pada MB. Dia bagi pada yang layak. Mungkin kat serlangor tu dh xder imam yang layak baca khutbah. Tu pasal Hasan Ali kene baca. jangan main redah je yob