BLOG BARU

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA KE BLOG BARU KAMI.
1.KLIK DISINI.


Friday, June 6, 2008

PEGAWAI KERAJAAN PERLU PROFESIONAL

6 Jun 08 Taiping


MB sedang meyampaikan Amanat:


Pegawai Kerajaan diharap bersikap profesional,menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab.

"Kita mesti ada kebersamaan dalam melaksana tugas" tegas Y.A.B Dato'Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin,Menteri Besar Perak.

"Jikalau DYMM Paduka Seri Sultan dan Perdana Menteri memberi sokongan kepada Kerajaan Pakatan Rakyat untuk mentadbir Perak,kenapa Pegawai Kerajaan tidak mahu memberi kerjasama kepada kita" kata Menteri Besar Perak lagi.

"Masih terdapat mereka yang tidak mahu mempunyai kebersamaan dengan kerajaan
kita,kita tidak mengiktiraf mereka." tegas Menteri Besar Perak.

Beliau berharap pekerjaan yang melibatkan teknikal diurus di peringkat jabatan masing-masing.Masalah-masalah rakyat perlu segera ditangani,tanpa perlu merujuk
kepada Exco Kerajaan Negeri.

"Ketua-ketua jabatan perlu membuat keputusan di peringkat Jabatan" ujar Menteri Besar. "Saya perlu minta maaf dengan penduduk kerana masalah mereka belum diselesaikan"
kata Menteri Besar lagi.

Y.A.B berharap Ketua Jabatan melakukan kerja dengan penuh keadilan dan ketelusan. Di samping itu mengharapkan tidak ada lagi projek berdasarkan kroni atau
kepentingan individu serta pengaruh wakil rakyat. Yang penting untuk rakyat berdasarkan keadilan dan ketelusan.

Merujuk kepada pemilihan ketua kampung,Kerajaan Perak melalui Menteri Besar
tidak mengeluarkan arahan untuk mendaftar pemilih. Cukup mereka tinggal di kariah masing-masing dan buat pemilihan mengikut kesesuaian kampung.

Beliau mengharapkan daerah LMS menyelesaikan masalah ini dengan profesional.Kerajaan Pakatan Rakyat tetap mahu penduduk kampung memilih ketua kampung masing-masing.


Turut hadir YB Roslan Shaharum ....................

Dalam taklimat kepada Ketua-ketua Jabatan Kerajaan ,di Pejabat Daerah LMS.
Turut hadir Exco Kanan Dato' Ngeh Koo Ham dan Exco Kerajaan Tuan Haji Zainuddin Yusuf
serta Haji Roslan Shaharum,Ahli Parlimen Bukit Gantang. Menteri Besar Perak berharap
pegawai kerajaan memberi sokongan dan dokongan tidak berbelah bahagi kepada kerajaan rakyat.

"Masa sekarang adakah kita fikir kita telah melaksanakan tugas kepada rakyat, 10 tahun, 20 tahun lalu atau tiga puluh lalu" tegas Menteri Besar lagi. "Jika tidak marilah kita meningkatkan kerja kita ,sebagai satu amal soleh " kata Menteri Besar Perak .


Pegawai Kanan Kerajaan mendengar Amanat MB



abdrahman:

0 comments: