BLOG BARU

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA KE BLOG BARU KAMI.
1.KLIK DISINI.


Monday, September 8, 2008

Pada Hemat Hj Roslan Shaharum- Moga-moga kita bertakwa

Moga-moga di bulan Ramadhan ini kita menjadi orang yang bertakwa.Seterusnya kita bertakwa di bulan-bulan lain.

Hendaklah kita berpuasa bukan sebagai individu sahaja tetapi dalam bentuk organisasi. Setiap kita mempunyai tugas sebagai orang yang dituntut berpuasa semoga mudah-mudahan menjadi
organisasi yang bertakwa.

Yang berhormat ,Ketua Jabatan,Ketua Kampung atau pegawai kerajaan ,ibubapa,suami ,isteri berperanan untuk memperoleh ketakwaan. Kita hendaklah membentuk masyarakat di bawah pimpinan kita untuk menjadi rakyat yang baik dan taat kepada pemerintah.

Kita mesti bersikap memimpin,bukan kerana jawatan tetapi atas sikap bertanggungjawab. Jikalau tersilap kita boleh diseret ke neraka dan ditanya peranan kita nanti di akhirat.Jawatan bukan untuk mengejar dunia tetapi untuk mendapat keredhoan Allah s.w.t.

Dari sudut fekah ,setiap ahli masyarakat berbeza pendekatan politik. Contohnya Tuan Guru Hj Hadi dan Tuan Guru Dato' Nik Aziz bangun malam untuk beribadah menjadi wajib bagi mereka,walaupun bagi kita itu sunat.Bagi Yang Berhormat menziarahi orang sakit menjadi wajib
dalam konteks politik.Begitulah sebaliknya bagi kita yang mempunyai jawatan.Namun bagi orang awam sekadar sunat atau harus.

Dalam konteks negeri Perak,kita hendaklah memberi sokongan kepada Menteri Besar Perak.Setiap program yang dilaksanakan perlu disokong. Contohnya Bulan Sembahyang yang dilancar pada bulan Rejab 1429 lalu,adalah untuk meminta masyararakat tidak meninggalkan solat.Tanggungjawab MB untuk menjaga rakyatnya.

51 tahun BN memerintah Perak,sedangkan kita baru 5 bulan mengurus negeri,jadi bantulah Kerajaan Pakatan Rakyat untuk menjaga kebajikan rakyat. Tunjukkan jalan yang lurus kepada pimpinan ,bukan hanya mempercayai akhbar atau media,lantas menghukum Menteri Besar.Sepanjang BN /umno memerintah apa yang mereka buat dengan sekolah agama rakyat dan sekolah pondok. Bukankah pendidikan untuk semua.

Marilah kita menjadi orang yang bertakwa. Jadi bulan Ramadhan Al mubarak sebagai permulaan untuk kita berjihad pada sisi Allah s.w.t.

0 comments: