BLOG BARU

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA KE BLOG BARU KAMI.
1.KLIK DISINI.


Saturday, September 13, 2008

RANCANGAN KAWASAN KHAS -TAIPING-KUALA SAPETANG

Taiping- Selaras dengan peruntukan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172),Laporan RKK Kawasan Warisan Bandar Taiping 200 dipamerkan kepada orang awam untuk diperiksa dan mendapat pandangan serta maklumbalas bermula 12 September 2008 hingga 31 Oktober 2008 .
Masyarakat Taiping dan Kuala Sapetang boleh menyemak dan memberi maklumbalas dari pukul 8.00 pagi hingga 5.30 petang pada hari bekerja di Dewan Perbandaran ,Majlis Perbandaran Taiping.
Orang awam juga boleh melayari laman web berikut www.townplan.gov.my atau www mptaiping.gov.my untuk mengemukan pandangan ,bantahan atau cadangan.
Menurut Hj Roslan Shaharum Rancangan Kawasan Khas Taiping dan Matang merupakan pendekatan terbaru perancangan.Satu rancangan yang lebih terperinci diharap tidak merugikan rakyat dan tidak meminggirkan warisan sejarah serta alam semulajadi.
Hj Roslan berharap sekretariat Parlimen Bukit Gantang menyertai proses RKK . Hj Roslan
meminta kerajaan persekutuan dapat memberi kerjasama dan peruntukan kepada Majlis Perbandaran Taiping dalam menjayakan Rancangan Kawasan Khas ,kawasan warisan bandar
Taiping dan Kuala Sapetang.

0 comments: