BLOG BARU

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA KE BLOG BARU KAMI.
1.KLIK DISINI.


Monday, November 10, 2008

DOR Sg Rotan


YB sedang berucap

7/11/08 ..........Penduduk2 Kampung Sg Rotan telah mengadakan satu pertemuan/Dialog bersama YB dan Pegawai dari Pejabat Daerah dan Tanah bagi mencari jalan penyelesaian dalam urusan tanah-tanah yang telah mereka usahakan lebih dari 15 tahun,tetapi hak milik diberikan kepada orang-orang tertentu di masa kerajaan Bn sebelum PRU yang lepas.


penduduk dalam majlis

En Dhanodaran,En Kuppusamy,En Leong Woh Yong dan En Wai Toke Choe dengan sebulat suara dilantik sebagai wakil Jawatankuasa bertindak bagi mewakili penduduk untuk menguruskan urusan tanah tersebut.

Majlis dialog turut dihadiri oleh En Zainal Badri ,Pegawai Kanan urusan tanah PDT LMS.

ada yang telah usahakan tanah disini lebih dari 25 tahun,tapi malang nya hak milik dikeluarkan kepada individu-individu tertentu dimasa kawasan Sgrotan dalam jajahan Kuala Kangsar(thn2000),dan kami yakin ini adalah angkara Orang Kuat BN Kuala Kangsar kata En Dhanodaran.

Ramai Pemilik geran masih tidak mengetahui kedudukan tanah-tanah mereka,maklumlah Geran "Terkejut",kami peneroka asal dinafikan hak dan dijadikan mangsa permainan politik BN,tambah beliau.

Dalam ucapan YB Roslan ,kita akan adakan pertemuan dengan PDT dan Wakil penduduk untuk mencari jalan penyelesaian agar dapat masaalah penduduk diselesaikan secepat mungkin.

baspas:

0 comments: