BLOG BARU

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA KE BLOG BARU KAMI.
1.KLIK DISINI.


Monday, November 10, 2008

HJ ROSLAN DENGAR RINTIHAN RAKYAT

Hj Roslan mendengar aduan penduduk.

HJ Roslan melihat surat perjanjian pembelian rumah murah
bernilai RM35,000

Taiping- HJ Roslan Shaharum telah melawat ke tapak perumahan Taman Kamunting Bakti,dalam DUN Kuala Sapetang.
Seramai 12 keluarga telah menduduki rumah dibawah Syarikat Pemaju PKNP,yang masih tidak mendapat surat kelayakan (CF).Projek yang sepatutnya telah siap ,tergendala sehingga kini. Rumah yang dibeli oleh seramai lebih kurang 235 orang tidak siap mengikut syarat perjanjian.
Menurut Rosli Bin Man ,perjanjian telah ditandatangani pada tahun 2000,sehingga kini masih belum mendapat CF. "Kami tidak mampu menyewa lagi" kata Rosli.
Para penduduk berharap mereka dibenarkan mendiami rumah yang dibeli." Kami mahu YB membantu kami ,memohon jasa baik PKNP meminta MPT memberi sijil kelayakan sementara" kata Rosli Man lagi.
Sementara itu para penghuni berharap LAP dan TNB membenarkan mereka menggunakan kemudahan air dan elektrik buat sementara waktu.
Haji Roslan yang ditemui berjanji akan cuba menyelesaikan masalah mereka.
sgi







0 comments: