BLOG BARU

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA KE BLOG BARU KAMI.
1.KLIK DISINI.


Friday, April 3, 2009

BANYAK SANGAT JADI PENYAMAR

1.
SMS dan telefon,semuanya nak tahu tentang aktiviti Calon dan PAS. Sehingga tak terlayan.Apabila program tidak seperti yang didapati ,mereka marah kenapa program berubah. Mereka bukan pengundi,tetapi banyak sangat mengaku pengundi. Sehingga ke sekolah mereka hantar surat layang,surat tanpa nama menyuruh sokong BN. Tergamak memburukkan Nizar.
2. Seorang rakan yang bekerja di Bukit Aman ,mendakwa polis di Bukit Gantang mencecah 10000 orang.Bagi kita terkawallah Parlimen Bukit Gantang,sekurang-kurangnya tiada merempit dan kejadiaan pecah rumah.Namun begitu rumah YDP Taiping dipecah masuk pada 3 April ,pukul 2 pagi,hilang dua laptop dan Rm 300.00. Mungkinkah pencuri itu diupah/? Banyak maklumat ,jentera operasi?

3.Penulis dari dahulu tak pernah mengundi BN, dahulu semasa di Ipoh ,mengundi DAP.Ipoh membangun dari dulu lagi,tiada yang terpinggir. Tapi apabila duduk di Bukit Gantang,miskin tegar,kemudahan air dan eletrik masih terdapat rakyat yang tidak menikmatinya.Kami di Pusat Khidmat Parlimen amat mengetahuinya.

4. Umno mula guna bomoh,itu yang diberitahu oleh seorang rakan dari UMNO.Pejabat Pak Lah,PM dulu pun ada tangkal apalah sangat Umno Bukit Gantang..

5. Keputusan kita setakat ini,insyaALLAH mendahului. Kayu pengukur penulis di Sekolah. Semua budak India dan Cina menyatakan bapa mereka UNDI PAS.. "Cikgu undi apa" BN, ? Saya undi BN. "BN sudah tak laku cikgu?. Itu jawapan pelajar sekolah,. generasi muda .. Jumpa esok. .esok cuti,nak kempen untuk Hj Nizar ,lepas kempunan,untuk merayu undi. "PAS FOR ALL"

0 comments: