Masyarakat Penduduk Larut Tin membantah projek salai daging babi di RKT
Larut Tin.
Saturday, November 29, 2008
BUKTI RAKYAT KG LARUT TIN DIBERI PERHATIAN
Posted by
parlimen059
at
1:01 PM
0
comments
Friday, November 28, 2008
Dari Sisi Bukit- Projek Sakit
Terdapat projek pembangunan "sakit" contohnya dibawah Majlis Perbandaran Taiping,dua cadangan projek :Membina &Menyiapkan kemudahan infrastruktur Di Zoo Taiping sepatutnya siap ikut jadual,tetapi hanya 65% yang siap. Kedua projek Menaiktaraf Infrastruktur Asas Estet Perinsustrian Tupai Fasa 1,II dan III tidak siap mengikut jadual,hanya setakat 65% sahaja yang siap.
Sisi Bukit : Supaya MPT atau agensi lain tidak memilih konkrator yang bermasalah.
Cukai pintu , MPT(Majlis Perbandaran Taiping) banyak yang tertunggak.Harapan rakyat Taiping, tidak memilih kasih untuk mengambil tindakan.Harapan rakyat agar defisit MPT selama lima tahun dapat diatasi.
Sisi Bukit : RM 240,000.00 agensi kerajaan tertunggak sama MPT, agensi Kerajaan Persekutuan perlulah bayar. Tolong sama dengan Kerajaan Pakatan Rakyat. Dari Rakyat untuk rakyat.
Projek bangunan salai babi di Kg Larut Tin ,satu perkampungan tersusun penduduk hairan tindakan lambat diambil.
SiBukit: ADO Tanah berjanji akan mengambil tindakan mengikut prosedur undang-undang. Kita tunggu dan lihat. Bersabarlah.
Posted by
parlimen059
at
11:36 AM
0
comments
Tuesday, November 25, 2008
PROGRAM BERKHATAN BERAMAI-RAMAI, DERMA DARAH DAN PEMERIKSAAN KESIHATAN PERCUMA.
ANJURAN : PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT DUN CHANGKAT JERING
TARIKH : 25 NOVEMBER 2008 (SELASA)
WAKTU : BERMULA JAM 8 PAGI
TEMPAT : DEWAN MPT CHANGKAT JERING
Posted by
parlimen059
at
3:36 PM
0
comments
Labels: khitan
Peristiwa Bergambar-Hj Roslan Di Jamuan Persatuan Pengedar Akhbar India Taiping
TETAMU PERSATUAN PENGEDAR AKHBAR
Posted by
parlimen059
at
10:00 AM
0
comments
Sunday, November 23, 2008
MP PAS Bukit Gantang: Sesi soalan jawab lisan, 20 Nov. 2008
Soalan No. 2 - Tuan Roslan bin Shaharum [ Bukit Gantang ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan langkah-langkah yang dilakukan oleh Kementerian untuk memajukan industri sumber mineral negara dalam kes perlombongan tanah liat kaolin dan pasir selika.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar [Datuk Douglas Uggah Embas]: Terima kasih Yang Berhormat, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah merangka beberapa strategi dan langkah untuk memajukan industri sumber mineral negara meliputi termasuk perlombongan tanah liat, kaolin dan pasir selika.Antara langkah-langkah ialah:(i) mengambil tindakan-tindakan dalam aspek pembangunan mampan yang merangkumi pelbagai bidang termasuk pembangunan sumber mineral selaras dengan Pelan Pelaksanaan Johannesburg kerajaan bagipembangunan mampan;(ii) menjalankan eksplorasi mineral secara berterusan untuk mengenal pasti sumber-sumber mineral yang berpotensi untuk dibangunkan bagi menjamin bekalan mineral mentah bagi industri pembuatan danpenggunaan tidak terjejas;(iii) menjalankan penyelidikan dan penggunaan R&D dalam aktiviti pemprosesan bagi meningkatkan kualiti dan gred mineral-mineral tersebut supaya mempunyai nilai pasaran yang kompetitif dan bolehdigunakan dalam produk-produk yang mempunyai nilai tambah yang tinggi.
Antara hasil penyelidikan ialah formulasi seramik berkualiti tinggi, mengguna lempong bebola tempatan di Pahang dan Sarawak dan penghasilan formulasi untuk produk kaca kristal yang akan dikomersialkan oleh sebuah syarikat di Negeri Sembilan. Di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan, sejumlah RM6.5 juta telah diperuntukkan kepada Jabatan Mineral dan Geosains untuk kajian tanah liat, selika dan kaolin.
Tuan Roslan bin Shaharum [Bukit Gantang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan saya, adakah Yang Berhormat Menteri sedar bahawa kemajuan industri mineral negara ini masih lagi di tahap rendah ataupun dengan izin, tidak fully utilize lagi. Tidak digunakan ke maksimum yang mungkin, sedangkan kita lihat bahawa mineral-mineral ini adalah merupakan mineral yang amat berkualiti tinggi dan juga nilai komersia yang begitu tinggi.
Misalnya besi, bijih timah, silika, ball clay, pasir dan sebagainya. Kalau kita melihat sebagai satu contoh, misalnya penjualan pasir secara pukal dan juga secara doket yang berlaku di selatan tanah air ke negara jiran, Singapura. Ini sesuatu yang merugikan kerana pasir yang dijual ke negara jiran, saya difahamkan mengandungi besi, emas, silika dan sebagainya yang mempunyai nilai yang tinggi.
Kemudian terdapat juga kawasan-kawasan mineral di negeri-negeri, misalnya di Bidor, di Terong, Taiping, terdapat ball clay dan juga tanah liat, bijih timah tetapi di atas tanah tersebut terdapat kawasan-kawasan perumahan dan juga kampung-kampung tersusun serta kelapa sawit dan sebagainya. Jadi apakah Kerajaan Pusat di bawah kementerian tidak mempunyai koordinasi, perancangan dan juga penyelarasan di antara kementerian dan negeri-negeri.
Seterusnya saya ingin bertanya tentang adakah kerajaan menyediakan satu skema untuk upgradekan atau valued addedkan nilai-nilai mineral yang amat berpotensi ini? Jadi itu soalannya. Terima kasih.
Akhirnya kita menggalakkan pertumbuhan industri-industri hiliran yang menggunakan mineral-mineral tersebut sebagai bahan mentah seperti industri pembuatan barang kaca, seramik, bata, refraktori dan sebagainya. Terima kasih.
Datuk Douglas Uggah Embas: Terima kasih kepada Yang Berhormat. Memang seperti yang telah diberitahu oleh Yang Berhormat tadi, perusahaan mineral kita di seluruh negara telah pun berkurangan kalau kita bandingkan pada tahun 70-an. Ini kerana, yang pertama, selepas tahun 70-an harga-harga mineral ini agak menurun.
Yang kedua, selepas itu ada persaingan yang hebat di antara pembangunan-pembangunan tanah. Di antara pembangunan tanah sama ada kita hendak menerokanya sebagai pelombong ataupun membangunkannya sebagai perumahan ataupun sebagai tanaman-tanaman seperti tanaman kelapa sawit.
Bagaimanapun, baru-baru ini kerajaan telah mendapati bahawa mineral ini adalah mempunyai prestasi yang besar kerana sebelum kegawatan ekonomi yang berlaku di seluruh dunia, harga-harga mineral ini telah pun mencapai harga yang tertinggi dalam sejarah.
Oleh yang demikian, maka kerajaan telah pun menerusi Majlis Mineral Negara kerana majlis ini ialah satu majlis untuk menyeragamkan atau untuk mengkoordinasi segala pembangunan mineral di seluruh negara telah pun merayu supaya kerajaan-kerajaan mengeluarkan lebih banyak lagi permit-permit untuk melombong.
Dalam masa yang sama, kita telah pun juga menjalankan beberapa kajian dan dalam negara kita telah ada 14 penemuan telah pun didapati, bagaimana mineral-mineral ini dapat digunakan dalam produk-produk hiliran.
Untuk makluman Dewan ini, sekarang kita ada 925 syarikat yang berasaskan mineral di seluruh negara. Maka, nampak ada pembangunan yang baik yang menggunakannya selain daripada mengeksportkan mineral-mineral ini, mereka juga telah memprosesnya di negara kita.
Mengenai penjualan pasir ke negara jiran, ingin saya memaklumkan di sini bahawa pengeksportan pasir ini telah pun dilarang oleh kerajaan. Jadi saya tidak tahu dari mana Yang Berhormat dapat maklumat mengenai pengeksportan pasir kerana ianya telah pun dilarang.
Mengenai kawasan-kawasan mineral seperti yang saya sebut tadi yang Yang Berhormat kata telah dibangunkan sebagai tapak perumahan, ini adalah satu challenge, cabaran yang berhadapan dengan kerajaan negeri kerana pengeluaran lesen permit-permit mengusahakan mineral ini adalah dalam bidang kuasa kerajaan negeri dan kerajaan negerilah yang akan memilih sama ada hendak membina rumah di tanah yang sama ataupun untuk melombong, tetapi dalam majlis yang dahulu kita merayu bahawa kerajaan negeri akan menimbang untuk membangunkan industri perlombongan untuk kepentingan negara. Terima kasih.
mppas wordpress
baspas:
Posted by
parlimen059
at
3:37 PM
0
comments
Labels: parlimen
Biro Hal Ehwal Wanita
lari adik lari ..jaga buku
Posted by
parlimen059
at
2:45 PM
0
comments
Labels: bukit gantang
MB -IR NIZAR SAMPAIKAN MAKLUMAT BENAR
Menteri Besar Perak ,berharap pemerintahan yang adil dapat memperkukuhkan kerajaan.
Harapan beliau agar tenaga jentera parti Pakatan Rakyat dan para bloggers dapat menyampaikan maklumat yang benar.
Dato' Seri Ir Nizar menyatakan persembahan ADUN Pakatan Rakyat dalam sidang DUN kali ini amat baik."Adun kita,berjaya menentang ADUN BN, " kata Ir Nizar. "Ini menimbulkan kegerunan dan seolah mereka tidak berdaya menghadapi hujah ADUN kita."tambah Hj Nizar lagi.
Y.A.B memberi penghargaan kepada tenaga penerangan parti PR yang berupaya menghadapi tohmahan pihak lawan BN.
Dalam ucapannya di Program Cambah Fikiran Isu-isu Semasa Bersama Jentera Penerangan Negeri Perak di Ipoh, beliau berasa kesal masih terdapat pihak yang tidak mahu bekerjasama kepada Kerajaan Pakatan Rakyat.
" Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) meluluskan sebarang cadangan,permohonan dalam masa sehari tetapi apabila sampai kepada rakyat memakan masa sehingga 6 bulan" tambah Hj Nizar lagi.
Harapan MB ,kita tidak akan menganiaya rakyat yang telah memberi mandat kepada kita
untuk memerintah Perak. "Bagi kita ,kita mahu mencerdikkan rakyat dan memberi rakyat ilmu"ujar MB lagi.
"Pekerjaan kita satu ibadat,kita hendaklah bekerja berlipat kali ganda untuk membantu nkerajaan Pakatan Rakyat.
sgi-08
Posted by
parlimen059
at
10:26 AM
0
comments
Labels: perak
Saturday, November 22, 2008
KERTAS PENJELESAN BERITA UTUSAN MALAYSIA
- KG Teratai Tambahan penempatan setinggan yang diteroka.
- keseluruhan keluarga berjumlah 53 mengikut bancian PTD sehingga 15 sept 2006 dibawah Program Setinggan Sifar Negeri Perak 2010.
- Tapak Kg Teratai Tambahan telah diluluskan sebagai kawasan perumahan kpd PKNP.Pihak PKNP dengan usahasama Syarikat Antaraya Sdn Bhd memajukan kawasan tersebut sebagai skim perumahan.
- Keseluruhan kawasan tersebut telah pun dikeluarkan hakmilik,sehingga kini telah dan sedang memajukan projek perumahan.
- Fasa pertama telah siap dan sebahagian lagi sedang dalam pembinaan.
- Fasa kedua dalam tindakan kerja-kerja awal tetapi kini diterokai secara haram oleh sindiket yang diketuai oleh Kader Maiden Bin Kaber Mohammad.
2
- PTD mendapat aduan pencerobohan di Kpg Teratai pada 09 jun 2008 dan menyempurnakan notis "PENCEROBOHAN TANAH KERAJAAN' pada 11.06.2008
- pihak PTD mendapat kerjasama Unit Cawangan Khas PDRM untuk mengenal pasti sindiket dan dalang bagi membendung aktiviti ini.
- setelah mengenal pasti beberapa peneroka anggota dan bekas tentera,pihak PTD telah mengambil tindakan berikut.
- memaklumkan kpd pihak tentera supaya menasihati anggota2 tersebut dan membantu pihak PTD untuk menyelesaikan isu ini
- memaklumkan pada YB Kuala Sepetang yang juga Exco.
- membuat lawatan bersama PDRM.
- memasang papan tanda 'LARANG PENCEROBOHAN TANAH KERAJAAN'
- membuat tangkapan kepada 2 pekerja yang sedang membina bangunan haram diatas tanah kerjaan (sek 425(2).Tangkapan mengikut peruntukkan sek 426(A)(1)(a).
Pihak PTD telah memohon pihak PKNP menyerah semula sebahagian dari kawasan tersebut untuk menempatkan semua setinggan asal seramai 53 keluarga yang telah dibanci.PKNP telah meluluskan seluas kira-kira 6.8 ekar untuk tujuan itu.
PKNP juga telah bersetuju untuk membangunkan kawasan penempatan setinggan dengan menambak kawasan itu dan memberi RM1000,sebagai sagu hati bagi yang bersetuju berpindah kekawasan yang disediakan.
ULASAN PENTADBIR TANAH:
- mengambil langkah proaktif dgn meminta PKNP menyerahkan semula sebahagian utk menempatkan setinggan seramai 53 keluarga.
- isu notis pencerobohan timbul bila PTD mendapat aduan awam wujud sindiket peneroka baru yang memplot dan membahagikan tanah k`jaan sesuka hati.Golongan ini juga telah membersihkan banyak lagi tanah k`jaan dan memancang kaw-kaw baru untuk membina rumah-rumah tanpa mengambil kira kawasan tersebut adalah tanah k`jaan atau pun tanah bermilik PKNP yang telah diluluskan untuk skim perumahan.
- Siasatan PTD menunjukkan beberapa buah rumah yang sedang dibina adalah diatas tanah milik PKNP yang telah dikeluarkan hakmilik.Sindiket ini menggunakan media massa utk menyakinkan org ramai dengan isu seramai 300 orang peneroka asal telah diabaikan oleh PTD sedangkan mereka adalah peneroka baru.
- Utusan Malaysia cuba memburukkan Pentadbiran Kerajaan dengan dakwaan-dakwaan yang tidak berasas,sebenarnya yang diroboh cuma tiang-tiang dan bangunan yang tidak diduduki,kecuali sebuah rumah kediaman yang dirobohkan.
- Akhbar tersebut memburukkkan lagi keadaan dgn mendakwa operasi tersebut dilakukan diwaktu hujan tetapi keadaan sebenar adalah hujan turun semasa operasi hampir tamat.
- Dakwaan terdapat 300 setinggan tidak dapat diterima kerana rekod bancian cuma 53 setinggan sahaja.
baspas:kami melawat kawasan tersebut.....sehari selepas dirobohkan.....mengikut kiraan kami +-14 buah rumah yang terlibat...itu pun kebanyakkan tapak tidak kelihatan..seakan-akan telah dibersihkan sepantas kilat...musykil...kesan -kesan rumah-rumah tersebut telah dihuni tiada langsung....hanya rumah digambar diatas saja nampak macam ada penghuni.
300 penghuni.....nampak sangat temberang Utusan Malaysia..boleh dikira dengan jari jumlah setinggan yang terlibat dalam operasi ini.
baspas:
Posted by
parlimen059
at
2:54 PM
0
comments
Labels: rumah roboh
Aduan BPR.........Pembinaan Dewan Orang Ramai..
21 November 2008 / 23 Zulkaedah 1429
Kepada;
Pengarah,
Badan Pencegah Rasuah Negeri Perak,
Jalan Raja Musa Aziz,
Peti Surat 6000,
30760 Ipoh.
Y.Bhg. Tuan,
ADUAN UNSUR SALAH TADBIR URUS PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN MENGENAI PEMBINAAN BANGUNAN DEWAN ORANG RAMAI
Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur (DPPK IT) ingin membuat aduan berkaitan unsur salah tadbir urus pengurusan dan pentadbiran dalam kebenaran pemberian pembinaan bangunan kekal Dewan Orang Ramai di atas hak milik tanah persendirian atau wakaf.
Datuk Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin, Menteri Besar Perak pada sidang Dewan Undangan Negeri Perak baru-baru ini, telah meminta supaya semua Dewan Orang Ramai diserahkan pentadbirannya kepada Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK). Manakala Datuk Saarani Mohamad, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan telah memberikan penjelasan berkaitan terdapat hak milik bangunan tersebut dibina adalah atas nama pensendirian atau wakaf.
Adalah menjadi matlamat atau dasar pembinaan bangunan Dewan Orang Ramai adalah untuk kegunaan masyarakat setempat sesuatu kawasan itu. Tetapi timbulnya persoalan apabila tanah kawasan pembinaan bangunan Dewan Orang Ramai itu bukanya hak milik bersama yang diuruskan oleh JKKK tetapi ianya adalah bersifat hak milik peribadi.
Oleh yang demikian, kebimbangan kami adalah berdasarkan perkara berikut;
Bagaimana kebenaran pemberian pembinaan bangunan kekal atas nama kegunaan Orang Ramai di atas tanah pemilikan persendirian / wakaf
Sebelum sesuatu kebenaran pemberian pembinaan bangunan kekal, perkara yang dirujuk adalah berkaitan perundangan atau undang-undang Kanun tanah negara berkaitan pemilikan hak milik tanah menjadi asas untuk peruntukan pembinaan bangunan Dewan Orang Ramai ini diluluskan oleh Kerajaan.
Ada pun kelulusan dan kebenaran bertulis sebelum satu pembinaan bangunan kekal dijalankan adalah menjadi perkara paling penting. Ini kerana tidak akan timbul perkara berbangkit setelah bangunan tersebut didirikan dan tiada tuntutan akan datang berkaitan bangunan tersebut kelak.
Setelah kebenaran diperolehi, maka satu perjanjian berlandaskan prinsip ekuiti mesti dimeterai antara kedua-dua belah pihak. Jika prinsip ekuiti ini dilanggari adalah menjadi satu kesalahan kerana matlamat asal pembinaannya dan kerugian yang akan ditanggung oleh rakyat dan kerajaan amat tinggi.
Pelanggaran Prosedur Pentadbiran dalam mengeluarkan dana Kerajaan
Perkara yang paling penting berkaitan isu ini adalah kesalahan dalam penggunaan peruntukan dana kerajaan untuk kegunaan rakyat. Persoalan yang berbangkit adalah siapakah yang memberikan kebenaran peruntukan sebelum kajian menyeluruh tanah kawasan pembinaan bangunan kekal Dewan Orang Ramai tersebut.
Mengapakah kebenaran-kebenaran ini diperolehi walaupun tetap melanggari undang-undang sedangkan ianya bertujuan untuk kegunaan orang ramai dan adakah kelulusan ini berkepentingan oleh pemilik hak tanah tersebut.
Adalah menjadi kesalahan di atas kegagalan yang disengajakan dalam memberikan kebenaran peruntukan pembinaan yang tidak sepatutnya berlaku. Isunya disebabkan dana rakyat disalahgunakan untuk tujuan berkepentingan pihak-pihak yang tertentu dan bukannya untuk rakyat seluruhnya.
Dengan ini kami menuntut supaya suatu siasatan menyeluruh dibuat di atas beberapa persoalan tentang kebenaran kelulusan dan kegagalan sistem penyampai yang tidak sepatutnya berlaku.
Sekian aduan kami.
Yang mengadu,
SALMAN SALEH
Ketua,
Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur.
Posted by
parlimen059
at
1:29 PM
0
comments
Labels: perak
Thursday, November 20, 2008
Dari Sisi Bukit- Tegur Sekarang Jangan lima Tahun Lagi
Banyak sangat orang menyatakan kekayaan negeri dibolot oleh orang Ipoh.Kebanyakan GLC,diisi oleh orang Ipoh. Pegawai-pegawai lantikan parti yang duduk di SUK,nampak dulu projek. Bantuan untuk rakyat lambat sangat ,itu pun ditolong mereka yang ada kroni dengan SUK.
Sisi Bukit- Harap dapat kemukakan bukti,tegur sekarang dengan fakta untuk kita baiki kerajaan negeri.
Masih terdapat pegawai-pegawai kerajaan yang tidak mahu bekerjasama.Walaupun kita tahu ada masalah,ada unsur kelemahan ,ada unsur ketidakcekapan dan ada unsur merugikan pendapatan negeri, mereka membiarkan . Bukan duit aku, harta kerajaan,bukan aku yang rugi,kerajaan.
Sisi Bukit- Ingatlah kita akan ditanya , buat kata seorang penduduk ,kita ada "akhirat"
Bagaimana agaknya kerajaan Kelantan tahun 1990, kita mempunyai lima negeri Pakatan Rakyat. Ujian pun banyak untuk MB,serangan media massa pun banyak.Contoh terbaru berkaitan penerokaan tanah . Teroka zaman BN,51 tahun merdeka,nak kita selesai dalam tempoh seminggu dalam kata lain nak cepat. Sementara itu satu contoh di Kg Teratai Kamunting,mengaku lama teroka , tetapi melihat bata, atap ,pintu ,dan tandas semuanya baru.
Sisi Bukit - Biarlah kita menjadi rakyat yang berkualiti,memohon simpati kepada yang empati.
Lagi satu urusetia negeri, lambat sangat buat program, baru nakmula pada 22 November.
Banyak isu kita tak dapat nak jawab. Berkaitan fotfolio exco pun kita tak tahu, kita pun tak kenal mereka . Isu-isu kerajaan ,banyak dapat melalui internet., datang dari negeri,jikalau rajin bertanya.
Sisi Bukit- Pusat Khidmat Wakil Rakyat/Pusat Khidmat Masyarakat sepatutnya diberi panduan dan tugas. Latih pegawai mereka dengan peraturan dan undang-undang.Bukankah kita sudah menjadi kerajaan?
Posted by
parlimen059
at
2:42 PM
0
comments
pendedahan....ISU BABI DI KEDAH
Kerajaan negeri dalam jawapan bertulis pada Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah Ke-12 yang dikeluarkan hari ini memberitahu, tapak seluas 162 hektar itu telah diluluskan pada 4 Disember tahun lalu.
Jawapan bertulis itu juga menyebut, hanya satu syarikat dikenal pasti untuk mengendalikan ladang babi tersebut dan sebanyak 46,000 ekor babi dibenarkan diternak di ladang berkenaan.
Jawapan bertulis kerajaan negeri itu sebagai menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Bata, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md. Hanipah yang bertanyakan sama ada kerajaan negeri mempunyai perancangan untuk membuka ladang bagi menternak babi secara komersial bagi menampung keperluan masyarakat bukan Islam di negeri Kedah dan Pulau Pinang.
Jika dilaksanakan, kerajaan negeri akan mengikut Enakmen Pengawalan Penternakan Babi 1991 untuk memastikan kawasan penternakan tersebut dibina 300 meter dari kawasan penempatan penduduk.
Ia juga akan beroperasi menerusi sistem kandang tertutup dan lengkap dengan rumah penyembelihan.
Posted by
parlimen059
at
12:32 PM
0
comments
Labels: kedah
Monday, November 17, 2008
SAJAK BUAT AYAH TERCINTA.........
Saat saban malam kau ke desa
Meraih simpati dan undi
Dan saat kau tak segan
Bermain lecah dan selut di sawah
Kau hulur tangan pada nelayan
Dipinggir pantai
Biar kau tahu hanyirnya
Lekat sampai ke malam
Saat kau menangis hiba
Melihat halamanmu penuh sampah 'kemiskinan'
Didepanmu debu 'rasuah' bertaburan
Entah dari mana datang bau busuk 'penyelewengan'
Dan betapa pincang sistem sosial
yang berpenyakit itu
Yang semuanya menyedarkan mu"
Aku harus berbuat sesuatu!"
Lalu kau telusuri
Jalan berliku
Saat itu aku tahu
Tak ramai teman bersama mu
Ramai juga yang lari
Malah ada juga yang malu-malu mengaku kawan
Tak kurang yang mencebik rasa
Dengan sinis berkata
'wang tiada,boleh menang ka!"
Dan kini kau sudah berdiri
Sebagai pemimpin dengan wajah berseri
Kau dijulang bangga
Dalam diam sudah ada yang mengira
"untung kita,untung kita"
.Ketahuilah
Yang datang menjengukmu
Ada yang ikhlas membantu
Ada yang terharu
Ada yang berharap berubah sesuatu
Tak kurang yang dulu mencercamu
kini datang dengan fail dan surat
Minta diluluskan cepat
peruntukan kononnya untuk rakyat
Dalam diam mereka merembat
!Sambil megah mereka berkata
"dia sejama'ah dengan kita
Kita manfaatkan untuk kita sahaja
Sekat yang lain dari menghampirinya".
Mereka dulu pernah kau minta membantu
Jenteramu tak kukuh untuk bekerja
pitismu tak cukup untuk dihulur
pada sekelian rakyat
yang merempat
Namun mereka membisu
sambil malu-malu meminta diri
konon nanti dibawa wang berguni-guni
jentera berlori
Hingga kini tak tertunai janji.
Ingatlah wahai Yang Berhormat
Diluar sana ramai yang bermuka talam
Konon-konon membantu
tapi menyamun
konon-konon ikhlas
tapi merampas
konon-konon sahabat
tapi musibat
Syaitan kadang-kadang
tak malu mengaku malaikat
penipu kadang-kadang
tak malu mengaku jujur
penyamun kadang-kadang
tak malu mengaku pejuang
Kau selidikilah mereka itu
yang kini datang merapati dirimu
yang dapat dengan senyum simpul
Dengan ketawa berdekah-dekah
Bisakah mereka menangis bersamamu?
Betapa ramai orang terdahulu sebelummu
Yang sedar dan insaf
betapa rakyat harus dibela
tapi tersungkur juga akhirnya
bukan kerana tidak jujur
Tapi pembantu yang punya kepentingan
isi perut mereka diutamakan
Rakan 'sejama'ah' yang mendapat habuan
Sedang rakyat dibawah sana
membawa tempurung menagih janji
Yang kau sendiri taburi
Anak-anak mereka seperti anakmu sendiri
Ditahan pembantumu
Dihalau keluar rakan sejama'ahmu
Lalu mereka mengadu
Pada yang satu
Moga kau.....
Ingatkah kau pada nenek tua dikawasanmu
Yang atap rumah nya bocor selalu
Ingatkah kau pada nelayan
yang carik pukatnya
patah dayungnya
Ingatkah kau pada ibu tua
Yang bersawah cara dahulu
tanpa jentera dan mesin baru
kerana peruntukan 'hanya lalu'
kemudian masuk ke poket tertentu
YA,mereka ini yang pernah kau janji akan dibantu
Mereka inilah sahabatmu
Sentiasa tunduk malu
kerana menghormati dirimu
Segan meminta
Mahu hidup dengan usahanya sendiri
Tak pernah melawatmu
Kerana sedar kau punya tugas lebih besar
tak seperti rakan sejama'ahmu
konon datang membantu
tapi mengharapkan sesuatu
Yang berhormat
Bukan mereka rakan sejama'ahmu
yang mengundimu
Ibu tua tanpa anak itu
Yang mengundimu
Nelayan beranak kecil
Yang tak mampu membeli susu
Yang mengundimu
Janda anak ramai
Yang tak mampu disekolahkan itu
Yang mengundimu
Penjual nasi lemak dan air tebu
Tanpa lesen itu
Yang mengundimu
YA,mereka ini yang merempat
Yang mengundimu
Rakyat marhaen
Yang tak pernah mengharap
Cuma doa saban waktu
Semoga kau terus sihat
Hidup dalam berkat
Bukan si penyangak berlakon alim
Bukan si rakan yang akan menerkam
Yang tak pernah menghulurkan bantuan
Tika kau memerlukan
Mereka inilah sahabatmu
Yang pernah kau minta membantu
Tanpa segan silu
Memberi undi pada mu!
Justeru itu,
Dibawah naungan kubah keamanan
mari kita rapatkan saf
menadah tangan dan berdoa
YA RABB,lindungilah rakyat dan negara ini
dari nikmat yang kian sirna
dari petaka yang bakal menjelma
Demiikianlah hari ni
ada kesukaan yang mendukacitakan
menyemai benih fitnah dan kedengkian
menyubur pucuk-pucuk semangat
melebarkan jalur persengketaan
di tengah perladangan bangsa
Biarpun kita berselisih pandangan
biarpun kita tidak sefahaman
biarpun jalan tidak sehaluan
namun demi agama,bangsa dan negara
Ada yang perlu kita korbankan
Dibawah naungan kubah keamanan
Mari kita sisihakan kejahatan dari kebaikan
Mari kita hindarkan kehuruharaan dari keamanan
Mari kita jauhkan permusuhan dari persahabatan
Mari kita lontar jauh kebodohan dari kebijaksanaan
YA RABB,kami wariskan keamanan itu
untuk seluruh anak bangsa.
DIDEKLAMISKAN OLEH ANAKANDA YB HJ ROSLAN SHAHARUM DI MAJLIS JAMUAN HARI RAYA .PAS KAWASAN BKT GANTANG.
DIEDIT
baspas:
Posted by
parlimen059
at
4:53 PM
0
comments
Labels: sajak





