ALOR STAR 19 Nov. - Kerajaan negeri hanya akan membuka ladang babi moden secara berpusat di kawasan Bukit Selambau jika ia tidak mendapat bantahan daripada penduduk tempatan.
Kerajaan negeri dalam jawapan bertulis pada Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah Ke-12 yang dikeluarkan hari ini memberitahu, tapak seluas 162 hektar itu telah diluluskan pada 4 Disember tahun lalu.
Jawapan bertulis itu juga menyebut, hanya satu syarikat dikenal pasti untuk mengendalikan ladang babi tersebut dan sebanyak 46,000 ekor babi dibenarkan diternak di ladang berkenaan.

Jawapan bertulis kerajaan negeri itu sebagai menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Bata, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md. Hanipah yang bertanyakan sama ada kerajaan negeri mempunyai perancangan untuk membuka ladang bagi menternak babi secara komersial bagi menampung keperluan masyarakat bukan Islam di negeri Kedah dan Pulau Pinang.
Jika dilaksanakan, kerajaan negeri akan mengikut Enakmen Pengawalan Penternakan Babi 1991 untuk memastikan kawasan penternakan tersebut dibina 300 meter dari kawasan penempatan penduduk.
Ia juga akan beroperasi menerusi sistem kandang tertutup dan lengkap dengan rumah penyembelihan.
rujuk kepada jawapan bertulis pada sidang Undang Negeri Kedah,tapak seluas 162 hektar diluluskan pada 4 dis 2007..????? tampuk pemerentahan diwaktu itu siapa.....UMNO atau PAS...
UMNO..tetapi utusan seolah-olah mengaiktkan dengan pemerentahan PAS yang baru...kenapa???
baspas:
0 comments:
Post a Comment