BLOG BARU

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA KE BLOG BARU KAMI.
1.KLIK DISINI.


Saturday, May 31, 2008

Bersabar Siar Perkara Benar.

Bukit Gantang- Menyedari pelbagai cabaran yang mendatang.Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang mahu kita melangkah ke arah yang lebih maju dengan mengikuti perkembangan kepesatan teknologi maklumat hari ini.Tuan Guru menyarankan kita bergerak aktif memanfaatkan teknologi maklumat untuk gerakan dakwah.

Teknologi adalah kebijaksanaan yang wajib dipungut sebagaimana pesanan Nabi Muhammad S.a.w. yang bermaksud "Kebijaksanaan adalah barang tercicir kepunyaan orang Islam"

Kita mesti memungutnya kembali walau dari mana ia datang.Kita mengambil apa yang baik dan kita menolak apa yang buruk.Inilah sikap kita yang berterusan.

Kita hendaklah harus bersabar menyiarkan perkara yang benar,jangan sesekali kita berbohong untuk mendapat pelanggan.

Jika kita mempunyai pelanggan yang ramai hasil pembohongan ,nescaya kita tidak
bertahan lama..Sebaliknya jika kita bersabar menyiarkan sesuatu yang benar,kita akan menarik pelanggan yang kekal.

Media adalah suatu jihad yang sangat penting.Ia memberi ilmu kepada rakyat ,memberi input yang berfaedah kepada pembaca,juga memberi fadilat yang besar kepada pengamal media yang istiqamah menyebar kebenaran.



petikan ucapan Tuan Guru Hj Hadi- dalam buku 2 dekad terajui perubahan.

Pakatan Rakyat -Tunai Janji

31 Mei 2008.
Bukit Gantang- Apabila mengikuti Hj Roslan Shaharum ,bertemu rakyat dalam siri dialog,banyak motivasi yang diperoleh. Contohnya Haji Roslan memberi pancing tidak ikan kepada rakyat. Beliau mencadangkan penubuhan koperasi untuk meningkatkan ekonomi penduduk. Semua dapat nikmat pembangunan.

Sehubungan dengan ucapan Hj Roslan,di perkarangan Pejabat Baitulmal,Taiping,
Hj Roslan meminta Baitulmal membantu masyarakat keluar daripada kemiskinan. Mereka perlu
menjadi pengeluar zakat pula,bukannya penerima zakat. Hj Roslan mencadangkan diberi bantuan bahan atau benda untuk masyarakat berusaha.Mekanisme perlu difikir oleh Baitulmal.

Kerajaan Pakatan Rakyat,melalui Pejabat Tanah LMS berjanji akan memberi setiap mereka yang terlibat dalam projek landasan berkembar,satu lot tapak rumah.Rakyat
yang sekian lama menetap di Tanah KTMB, di daerah LMS , akan diberi penempatan baru di di RKT(Rancangan Kampung Tersusun)bilangan yang dijangka diberi tapak rumah sebanyak 279 keluarga. Sementara itu Hj Roslan melalui Pegawai Khas ,Fadil Idris berjanji akan mempantau
projek landasan itu.


Penduduk yang terlibat segelintirnya tidak mengetahui bahawa,satu-satunya kerajaan yang memberi mereka tapak rumah ialah PERAK.Projek sebelum ini antara Rawang hingga ke Ipoh,Kerajaan BN sebelum ini tidak memberi tapak rumah.


Perbadanan Aset KTM,diharap dapat menimbangkan saguhati yang setimpal,yang memuaskan semua pihak. Di samping itu diharap tidak ada yang tercicir.
Tapak rumah pula ,dibahagi secara adil.Pejabat Tanah perlu telus,rakyat yang tidakbertanah
perlu dibantu.Janji kerajaan Perak,mahu menyelesaikan proses permohonan tanah dalam tempoh dua tahun perlu diberi sokongan.

"Pegawai Daerah dan Ketua Penolong Pegawai Daerah(Tanah) perlu profesional"
kata Shaharudin,Setiausaha Sekretariat Parlimen." Pegawai kerajaan ,termasuk Penghulu perlu membantu kerajaan Perak" tambah Shaharudin lagi.



abdulrahman

MAJLIS MAKAN MALAM USHAWAN PAS BERSAMA YAB MENTERI BESAR PERAK.

30/05/08 Jam 9 mlm,kediamaan MB.


Satu majlis Makan malam usahawan Pas bersama MB telah dianjurkkan oleh Lajnah Ekonomi dan Pembangunan Usahawan Pas Perak.

Antara objektif majlis tersebut;

1.Mengeratkan ukhwah usahawan2 Pas Perak.
2.Menjalin hubungana antara usahawan2 dan MB.
3.Meningkatkan semangat,motivasi usahawan Pas dgn k`jaan Negeri.
4.Meningkatkan semangat,motivasi usahawan supaya lebih bekerja keras.
5 Menjadikan usahawan yg sanggup berkorban utk jemaah.

Dlm ucapan YAB MB beliau mengatakan ,kalau k`jaan yg lepas hanya mementingkan kuatnya kabel atau kroni dimana kita sekarang bersifat terbuka,kita berikan hak kepada yg berhak dan yg berkelayakan ,dan perlunya pengisian peniaga-peniaga yg lebih adil dan efisyen.

Beliau turut menyentuh,org yg paling pandai,cerdik disatu masa dulu yg dipuji,disanjung serata dunia akhirnya tersingkir hasil dari kronisem dan amalan kebel yg beliau amalkan,merujuk pada Tun Dr Mahathir.
Dlm soalan yg diajukan oleh peserta,beliau mengulas tidak perlunya menubuhkan universiti atau pusat utk menempatkan Think Tank,tapi akan lebih efisyen dilakukan dari tmpt masing masing,dan gunakan sepenuhnya kemudahan yg sedia ada seperti alam siber dsbnya,yg akan memberi impak/input yg lebih luas tanpa sempadan.


Perlunya peniaga2 menukar minda dari kebangsaan keIslamik yg mana konsep bangsa selalunya berakhir dgn kegagalan merujuk kpd soalan Tn abdullah berkenanan dilema peniaga2 runcit Melayu.


Beliau turut menyokong cadangan Mohd safee berkenan wasiat,dimana tanpa wasiat yg adil akan berlaku keretakkan keluarga bilamana meninggalnya pemunnya harta,ahli keluarga menuntut harta ikut nafsu msingmsing.Wasiat dapat mengelakkan keretakkan,beliau ingatkan hadirin supaya peka dlm soal wasiat.


Beliau turut ucapkan t,kasih dlm satu cadangan berkenan kuari/bijih timah yg diutarakan peserta.


Dlm soalan balak yg dibawa oleh peserta, k`jaan PR belum lagi meluluskan sebarang permit atau memberikkan sebarangan kebenaraan kpd sesiapa utk mengeluarkan balak buat masa ini.Soal ini memerlukan masa utk kita mengkaji dgn lebih mendalam, tambah beliau.



YAB MB bersama tetamu




peserta sdg bertanya



pengerusi majlis

baspas:

RAWATAN ISLAM DI BT6

Sekereteriat Parlimen menganjurkan Rawatan islam Darussyifa` yg dikelolakan oleh YB Tn Hj Roslam Shaharum,(i`syallah) pada setiap ptg jumaat jam 4 ptg di Pusat Tarbiyyah bt 6 jalan kuala kangsar ,sebelahan dgn restoran Juara ikan bakar.

Semua dijemput hadir, boleh menghubungi pusat khidmat utk kepastiaan di talian 058552249 atau terus hadir ke P.Tarbiyyah.

baspas:

Majlis Perkahwinan Pimpinan DAP ,,sepetang

29/05/08.

gambar-gambar sekitar majlis perkahwinan Ah Sang Kuala Sepetang.


YB Sedang bersalam dgn Exco K`jaan Neg Pk YB Datuk Ngeh Koo Ham(Pengerusi DAP PK)


Pimpinan Muslimat Kaw dlm majlis.
(pak Ali turut kelihatan)



Rombongan YB Menikmati mkn Halal yg disediakan oleh Pak Ali.

baspas:

Wednesday, May 28, 2008

TAKLIMAT >PEMINDAHAN PENDUDUK>PROJEK LANDASAN KEMBAR

28/05/08 10PAGI.
Dewan MPT Taiping.::Penduduk2 yg rmh mereka terlibat dengan Projek Landasan Berkembar telah dijemput menghadiri Taklimat didewan MPT.

Majlis dihadiri , Pegawai Daerah,Exco Neg Perak, Wakil KTM dan Wakil Kontraktor..






Hampir500 penduduk bersama keluarga memenuhi dewan.








wakil YB Roslan .>> c,shahrudin







Exco YB Osman bersama PA YB Roslan.

Bayaran pemindahan sebanyakRm1000. dan bayaran sewa RM300 sebulan selama 2 tahun akan diberikan oleh KTM ,,,kata wakil Pengurus Besar KTMB.

Sementera itu Pegawai Daerah yg mewakili K`jaan Negeri Perak ,menyatakkan setiap setinggan KTM akan dianugerahkan dengan sebidang tanah tapak kediamaan.
Untuk makluman ,projek sedemikian tidak pernah dilaksanakan oleh mana-mana K`jaan Neg sebelum ini tambah beliau.

Respon kepada satu aduan oleh penduduk,wakil YB Roslan mengingatkan bahawa projek landasan berkembar bukannya Projek K`jaan Neg, penganugrahan tanah pun atas sikap Keperihatianan K`jaan Neg PAKATAN RAKYAT.

Seterusnya beliau ingatkan jgn jadikan majlis perjumpaan ini sebagai Medan Politik Murahan pembangkang ,kita disini untuk mengadakan perbincangan agar penduduk menikmati pembelaan yg adil.

baspas:

Tuesday, May 27, 2008

Majlis Penyampaian Bantuan Baitulmal.Tpg

27/05/08 selasa Tpg.

YB Roslan berucap memberi motivasi.
'Jadi pengeluar zakat pula'




Warga Emas tersenyum mendengar motivasi
Hj Roslan Shaharum.


YB menyampaikan bantuan kepada En Mat Sani
Kg Air Kuning,Taiping.

TAIPING-
Satu majlis penyampaian bantuan telah diadakan di Pejabat Baitulmal Taiping.Turut hadir YB Roslan Shaharum. Kembara Zakat, singgah ke bandar Taiping,bermula dari Ipoh .Program anjuran Baitulmal Negeri Perak,bermula 26 Mei-28 Mei 2008

Dlm ucapan beliau yang lebih memberi motivasi,beliau mencadangkan agar dapat penerima-penerima bantuan membina kehidupaan yg lebih baik dan maju,mesti mempunyai impian atau vision untuk memajukan diri dan keluarga .Agar dapat berjaya dlm kehidupan dan seterusnya menjadi penyumbang atau pembayar zakat.

Beliau terus mengingatkan bahawa ketetapan Tuhan,masih lagi boleh diubah dengan doa-doa ,kerana yg menentukan segala-galanya hanya Allah SWT, jadi kita harus berdoa kepadanya dan teruskan berusaha,bukannya Takdir dijadikan alasan untuk tidak mencuba memperbaiki diri atau memaju diri dalam kehidupaan.

"Minda kita mesti jauh ke hadapan" kata Hj Roslan." Selama 50 tahun lalu, pemerintah lalu membiarkan kemiskinan berterusan,senang untuk mereka mempengaruhi masyarakat.Apabila mengundi ,undi mereka" ujar Haji Roslan lagi.

Hj Roslan mencadangkan agar Baitulmal memikir cara lain untuk membantu penerima bantuan
zakat kepada pembayar zakat." Beri bantuan bot dan pukat,seperti di daerah Manjung" tegas Hj
Roslan ."Fikirkan mekanisme lain,yang membantu masyarakat " kata Hj Roslan.


baspas:

Sunday, May 25, 2008

Penduduk Changkat Ning Bersama YB Roslan & YB Tai

25/05/08 Changkat Ning Bt8 Changkat Jering Jam 3.00 Ptg


yb Roslan sedang berucap


Penghulu Mukim Matang Tuan Rosli


yb Tai,YB Roslan

Dalam satu perjumpaan bersama penduduk C,Ning YB ROSLAN meminta penduduk keluarkan idea-idea atau cadangan yg dapat k`jaan gunapakai utk memajukkan penduduk setempat,sebagaimana baru-baru ini penduduk2 Trong telah mengutarakan idea untuk memajukkan kaw Tanah Liat yg terdapat disitu kerana Tanah Liat dikawasan itu difahamkan yg terbaik dalam Dunia.

Begitu juga kaw selinsing dimana ikut kajian santis jepun ada terdapatnya satu kaw yg terbaik utk menternak sejenis Udang yg menjadi mknana kegemaran kaum kerabat Diraja Jepun,dimana pelan projek ini telah dibawa oleh sekumpulan penduduk utk dibincangkan bersama K`jaan Negeri.

Beliau juga mencadangkan agar penduduk fikirkan cara2 mempromosikan buah Durian,agar Parlimen Bkt Gantang terkenal ,dan beliau berjanji utk mengentengahkan Projek tersebut dan berharap mendapat sokong penduduk setempat.
Beliau juga akan mencadangkan agar dimasukkan dlm kelendar Pelancongan N Perak.

Beliau juga tidak lupa mengucapkan Ribuan t,kasih kepada semua pengundi2 yg mengundi beliau atau pun yg tidak mengundi beliau,,.....

Dlm satu soalan yg dibangkitkan oleh penduduk berkenaan Ketua Kpg.,Penghulu menjelaskan bahawa buat masa sekarang hanya dilantik pemangku K,Kpg..dimana akan diadakan undian atau pilihan oleh penduduk setempat dlm bulan 8 nanti.
Beliau juga mengingatkan penduduk agar mendaftar sebagai pemilih pd 27hb ini didewan org ramai bermula jam 9 pagi.

Tidak ada lagi Ketua Kampung lantikkan terus sebagaimana yg dilakukan sebelum ini,yg mana lantikkan terus oleh ahli-ahli politik mendatangkan masaalah kepada penduduk setempat,bila mana ketua yg dilantik itu menjadi ketua Parti Politik yg berkepentingan demi menjaga kedudukan sesuatu pihak...diulas oleh pengerusi majlis En shahrudin(s/u Seketeriat Par).

baspas:

Saturday, May 24, 2008

TITAH SULTAN- BELANJA KESIHATAN UNTUK ORANG MISKIN


TAIPING-24 Mei 2008- DYMM SERI PADUKA BAGINDA SULTAN PERAK bertitah,agar perbelanjaan kesihatan untuk rakyat perlu diutamakan.

Dalam titah DYMM Sultan Perak , perkhidmatan kesihatan mesti berbudaya cemerlang dan mesra rakyat.

Baginda bertitah lagi agar kakitangan cekap dan mesra rakyat ,lebih utama daripada ubat.Ubat membantu untuk menyembuhkan pesakit. Rakyat Malaysia mesti mengamal gaya hidup sihat, tidak merokok,tidak minum minuman keras dan istirahat yang cukup.

Kakitangan mesti memberi perkhidmatan terbaik,kerja sebagai amal soleh dan satu ibadah. Berkhidmat penuh ikhlas dan cemerlang.Baginda bertitah semasa merasmikan
Pusat Kesihatan Taiping,sempena keputeraan baginda yang ke 80 tahun.

Turut hadir Menteri Besar Perak dan barisan Exco Kerajaan Pakatan Rakyat .



abdulrahman sgi

Dialog penduduk dan penubuhan Kelab Penyokong Pas Cina



Trong,24/05/08 jam 3.30 ptg

Satu majlis dialog dan penyerahan borang ahli kelab penyokong Pas (cina) telah diadakan di pejabat Penghulu(Lama) di pekan trong.
.
YB Roslan sedang menerima borang keahlian Kelab dari Pengerusi Penaja Wai Chee Seng.
Dalam ucapan YB ,beliau akan menubuhkan One Stop Centre dimana akan dijemput semua Pegawai-Pegawai K`jaan setempat untuk membincangkan masaalah rakyat dan cara-cara penyelesaiaan.Ini akan memudahkan semua,katanya.
Beliau turut menyentuh masalah berkenaan Tanah yg sedang dihadapi oleh penduduk kaw Bkt Gantang,dimana beliau difahamkan oleh wakil K`jaan negeri, akan dapat diselesaikan dalam masa 2 tahun In`allah.
Berkenaan peruntukkan parlimen ,difahamkan bahawa akan disalurkan melalui JPPP,beliau ingatkan penduduk supaya tuntut sebarang peruntukkan yg beri melalui JPPP kerana ,kita sebagai rakyat M`sia berhak diatas peruntukkan yg beri oleh K`jaan tanpa mengira fahaman politik.
Seterusnya jika ada sebarang masaalah boleh berhubung dgn seketerit parlimen yg akan berpejabat disitu mulai26/05/08 hari isnin....jumaat depan.9pg.....5ptg.
baspas:

Perasiman Kelinik Kesihatan TPG.


24/05/08.Majlis perasmian KK Tpg berlangsung pagi tadi jam 10.00 pagi.
Dirasmikan oleh DYMM Sultan Azlan Shah,turut serta Menteri Kesihatan,YAB Menteri Besar Perak dan Ahli-ahli YB Perak.
Gambar-gambar sekitar majlis.




Thursday, May 22, 2008

Kem ISA wajar dipindahkan dari Perak

Menteri Besar Perak, Dato' Seri Nizar Jamaluddin ketika mengadakan kunjungan rasmi kepada Perdana Menteri membangkitkan tapak khemah tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Kamunting, sedang parti yang memerintah negeri Perak sekarang adalah menentang ISA. -->-->
Tidak pasti apa perincinya yang mereka bincang, tetapi yang jelas ketiga parti yang membentuk kerajaan campuran di Perak iaitu PAS, DAP dan KeADILan adalah menentang ISA dan mahu ISA dimansuhkan.
Kerajaan Perak tiada kuasa untuk memansuhkan ISA kerana ia adalah dalam bidang kuasa Kerajaan Pusat. Tetapi tentulah kerajaan Perak merasa tidak senang sesuatu yang dibenci dan dikutuknya berkhemah dalam wilayahnya.
Maka secara terhormat adalah munasabah kalau Perak minta Kerajaan Persekutuan memindahkan khemah tahanan ISA itu dari Kamunting ke negeri yang lain.
Adalah dipercayai empat lagi negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat iaitu Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor tidak sedia menimbangkan wilayah mereka untuk dijadikan tapak baru khemah undang-undang yang mereka sifatkan zalim itu.
Setakat ini Pahang dan Johor yang masih dikira kubu kuat BN yang tidak lagi tergugat tentu bersedia memberikan tanahnya untuk akta yang terkutuk itu. Kedua-dua negeri itu masih punya banyak kawasan yang belum diteroka, maka boleh dijadikan tapak khemah ISA yang baru.
Bukan suatu yang mudah bagi kerajaan Perak untuk mengusirkan khemah itu keluar dari Kamunting. Tentu ada perjanjian antara kedua kerajaan tentang tanah yang dijadikan khemah tahanan itu. Apa jua yang hendak dilakukan atas perkara itu terpaksa merujuk kepada persetujuan pemberian kawasan itu dulu.
Dulu tiada kerajaan yang menentang ISA. Tetapi sekarang mulai banyak kerajaan negeri yang menentang ISA. Kesemua parti pembangkang yang menguasai lima buah negeri sepanjang masa menjadikan ISA sebagai agenda yang perlu dimansuhkan.
Janji itu dibuat dalam setiap pilihan raya, baik pilihan raya umum mahu pun pilihan raya kecil. Ia adalah janji yang ditawarkan oleh mereka kepada rakyat.
Dalam pilihan raya pada 8 Mac lalu, majoriti pengundi di lima negeri itu mengundi mereka. Antara yang mereka setuju itu adalah untuk memansuhkan ISA.
Yang masih berdegil untuk mengekalkan ISA ialah BN. Maka secara sukarela wajarlah Kerajaan Pusat menimbangkan untuk keluar dari Kamunting jika diminta oleh kerajaan negeri itu.
Kawasan yang dijadikan khemah tahanan itu agak luas. Dalam rangka pelaksanaan program pembangunan koridor utara yang sudah dilancarkan itu, ia adalah sesuai untuk dibangunkan bagi satu-satu projek yang menjana kemajuan negeri Perak.
Mungkin ia boleh dijadikan kampus pengajian tinggi yang baru. Perak yang ramai penduduknya tentu memerlukan sebuah universiti. Jika nama ISA itu hendak dikekalkan tiada masalah, asal jangan untuk menahan rakyat tanpa bicara.
Jika kerajaan Perak hendak menjadikannya tapak kampus yang memakai nama ISA, maka boleh dinamakan Institut Sains Awam singkatnya ISA atau Institut Sultan Azlan juga singkatnya ISA.
Apa isi kampus itu boleh ditentukan oleh penduduk Perak, tetapi yang penting nama ISA boleh dipakai untuk tujuan yang baik, bukan untuk menindas seperti yang digunakan oleh BN selama lebilh 50 tahun lalu.
Adalah jauh lebih bermakna bagi ISA sama ada Institut Sains Awam atau Institut Sultan Azlan dijadikan tapak bagi membina modal insan yang seramai-ramainya yang diperlukan oleh masyarakat dan negara ssekarang, bukan dijadikan kawasan membunuh jiwa insan seperti yang berlaku selama ini.
Dato' Seri Nizar membangkitkan isu itu untuk difikirkan oleh Perdana Menteri bagaimana suatu yang tidak disukai oleh kerajaan Perak sekarang dibiarkan terus berada di dalam wilayahnya.
Tentunya kerajaan Perak tidak mahu menjadikan perkara itu sebagai suatu yang boleh menghalang kerjasama dan hubungan baik antara Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri.
Belum pada peringkat ini kerajaan Perak hendak memberi kata dua kepada Kerajaan Pusat, tetapi yang diperlukan ialah bagaimana kerajaan menggunakan kebijaksanaannya menghormati keputusan pengundi di negeri itu.
Tentulah Menteri Besar Perak itu tidak bertujuan untuk menambah beban dan tekanan yang sedang dihadapi oleh Perdana Menteri gara-gara prestasi menjunamnya dalam pilihan raya lalu.
Perdana Menteri perlu dibantu oleh Menteri Dalam Negeri yang baru, Dato Syed Hamid Albar menimbang secara berhemat dan tidak menegangkan isu itu hingga menggawatkan lagi beban yang dihadapi Umno sekarang.
Kerajaan Persekutuan tidak wajar menganggap keputusan pengundi Perak itu sebagai satu perkembangan sementara. Ia jangan menjadikan perkembangan di Terengganu dulu akan berlaku pula di negeri-negeri yang ia kalah sekarang.
Dulu BN dilihat elok dan Perdana Menterinya juga dilihat elok. Tetapi sekarang Umno sendiri pun mula melihat semuanya sudah tidak elok. Maka adalah baik bagi Kerajaan Pusat mencari kawasan khemah baru di negeri yang ia tidak dilihat hodoh.
Jangan gunakan kuasa bagi menyelesaikan isu yang sangat ringan ini. Ia mesti berfikir bukan lagi mudah untuk mendapatkan kembali kuasa yang sudah terlucut. Yang terjadi di Terengganu itu adalah satu nasib baik. Tetapi nasib baik tidak semesti berlaku di semua tempat.
Perak tidak berkuasa untuk memansuhkan ISA dengan kuasa yang ada padanya, tetapi ia tidak mahu Kamunting terus menyakitkan mata kerajaan negeri.-
sumber:http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=14664&Itemid=28
baspas: