YAB MB Perak telah menggariskan empat strategi utama iaitu menjadi sebuah negeri berkebajikan, meneruskan dasar perbelanjaan secara berhemah dan berjimat cermat serta mempertingkatkan hasil pendapatan negeri, memastikan kesejahteraan rakyat dan peningkatan kualiti kehidupan di luar Bandar dan Bandar, dan menyediakan system penyampaian sektor awam yang efisen.Negeri Berkebajikan menjadi strategi utama Bajet 2009Apa yang rakyat Perak dapat dari Bajet 2009 ini ?
Friday, November 14, 2008
BAJET 2009 PERAK BAJET KEBAJIKAN
YAB MB Perak telah menggariskan empat strategi utama iaitu menjadi sebuah negeri berkebajikan, meneruskan dasar perbelanjaan secara berhemah dan berjimat cermat serta mempertingkatkan hasil pendapatan negeri, memastikan kesejahteraan rakyat dan peningkatan kualiti kehidupan di luar Bandar dan Bandar, dan menyediakan system penyampaian sektor awam yang efisen.Negeri Berkebajikan menjadi strategi utama Bajet 2009Apa yang rakyat Perak dapat dari Bajet 2009 ini ?
Posted by
parlimen059
at
5:41 PM
0
comments
Labels: perak
Ceramah ......Mahfuz d dataran c,jering
13/11/08......jam 9.30 mlm ,Yb roslan sebagai penceramah pertama....rahmat melimpah sejak pemerentahan PR yang diterajui oleh DS ir Nizar(Pas)....
Pemerentahan PR,bermula mac hingga okt ..Rm42 juta.
Posted by
parlimen059
at
9:31 AM
0
comments
Labels: ceramah
Thursday, November 13, 2008
HARI ANUGERAH CEMERLANG PASTI ALBADAR AIR KUNING TAIPING KALI KE 9 MERIAH
Pelajar Pasti Air Kuning Taiping bergambar
kenangan bersama Shaharudin dan En Syukur
setiausaha PASTI
Ketua Kg Larut Tengah,Ustaz Badarudin Ali
sedang menyampaikan hadiah.
Ketua Kg Larut Ulu ,En Tajei Husein sedang
menyampaikan cenderamata
TAIPING- Pasti Al Badar,Air Kuning ,dalam kawasan Bukit Gantang telah mengadakan hari anugerah yang ke 9.Pengurus Unit Pasti, Shaharudin Ahmad Sani dalam ucapannya,menyatakan Pas menyediakan pendidikan prasekolah alternatif untuk dipilih oleh masyarakat. Pasti AlBadar Air Kuning ,yang menggunakan premis Markaz Negeri merakamkan jutaan terima kasih kepada Pas Perak yang membenarkan kelas berlangsung di Markaz Negeri Air Kuning.
'Selama ini kita banyak menggunakan dana Pasti untuk menguruskan pengendalian Pusat Tarbiyyah itu.' kata Shaharudin ,sewaktu ditemui. ' Terdapat individu yang menderma untuk membayar bil air ,kerana PASTI' tambah Shaharudin lagi.
Posted by
parlimen059
at
7:55 PM
2
comments
Lawatan Ke parlimen.....
13/11/2008.Pegawai seketariat ,ketua Kampung bersama ahli-ahli Pas Kawasan Bkt Gantang telah mengadakan lawatan ke Parlimen pada hari rabu12/11/08.
Rombongan kami dijemput oleh YB Roslan Shaharum, ucapan-aluan didewan disampaikan oleh DatoKamaruddin Jaafar.....fuhhhhhh megah habis seluruh rombongan,khasnya uncle..aiiii nasib -nasib dah umur dekat 60tahun baru first time dapat masuk Parlimen.
Posted by
parlimen059
at
9:59 AM
0
comments
Labels: parlimen
Monday, November 10, 2008
HJ ROSLAN DENGAR RINTIHAN RAKYAT
Hj Roslan mendengar aduan penduduk.
Posted by
parlimen059
at
10:03 PM
0
comments
Aktiviti Ahad YB Roslan.
Posted by
parlimen059
at
1:50 PM
0
comments
Labels: Dun Trong
Tiada bekalan Air...
rumah berusia 15 tahun tiada bekalan Air.
Posted by
parlimen059
at
10:35 AM
0
comments
Labels: Dun Trong
DOR Sg Rotan
YB sedang berucap
7/11/08 ..........Penduduk2 Kampung Sg Rotan telah mengadakan satu pertemuan/Dialog bersama YB dan Pegawai dari Pejabat Daerah dan Tanah bagi mencari jalan penyelesaian dalam urusan tanah-tanah yang telah mereka usahakan lebih dari 15 tahun,tetapi hak milik diberikan kepada orang-orang tertentu di masa kerajaan Bn sebelum PRU yang lepas.
penduduk dalam majlis
En Dhanodaran,En Kuppusamy,En Leong Woh Yong dan En Wai Toke Choe dengan sebulat suara dilantik sebagai wakil Jawatankuasa bertindak bagi mewakili penduduk untuk menguruskan urusan tanah tersebut.
Majlis dialog turut dihadiri oleh En Zainal Badri ,Pegawai Kanan urusan tanah PDT LMS.
ada yang telah usahakan tanah disini lebih dari 25 tahun,tapi malang nya hak milik dikeluarkan kepada individu-individu tertentu dimasa kawasan Sgrotan dalam jajahan Kuala Kangsar(thn2000),dan kami yakin ini adalah angkara Orang Kuat BN Kuala Kangsar kata En Dhanodaran.
Ramai Pemilik geran masih tidak mengetahui kedudukan tanah-tanah mereka,maklumlah Geran "Terkejut",kami peneroka asal dinafikan hak dan dijadikan mangsa permainan politik BN,tambah beliau.
Dalam ucapan YB Roslan ,kita akan adakan pertemuan dengan PDT dan Wakil penduduk untuk mencari jalan penyelesaian agar dapat masaalah penduduk diselesaikan secepat mungkin.
baspas:
Posted by
parlimen059
at
9:50 AM
0
comments
Labels: Dun Trong
Sunday, November 9, 2008
Perlantikan Jawatankuasa Kariah Masjid-Exco Agama Kita Sabar
Tuan Haji Zainudin Mohd Yus0f sedang menyampaikan
hadiah kepada adik Abdul Rahman Shaharudin
Taiping- Proses perlantikan Jawatankuasa Kariah Masjid dalam proses.Exco Agama ,Pendidikan Islam ,Wanita dan Kebajikan Hj Mohd Zainudin Mohd Yusof meminta kita bersabar. Kelewatan urusan perlantikan Jawatankuasa Kariah ,memerlukan beberapa prosedur yang perlu diikuti.
Tuan Haji Zainudin ditemui semasa ihtifal Pasti Al Hikmah dan Jamuan Hari Raya Pas Cawangan Ks Boyan.
"Hanya lima buah masjid yang belum selesai lagi',kata Haji Zainudin."Hanya satu daerah ,itu pun tertindih nama ataupun telah meninggal dunia.
Posted by
parlimen059
at
4:17 PM
0
comments
Friday, November 7, 2008
APA YANG KITA SOMBONGKAN - SATU PENCERMINAN DIRI
Seorang lelaki yang bertamu ke rumah seorang guru terpegun kehairanan ketika melihat Guru tersebut sedang sibuk bekerja; ia mengangkut air dengan timba dan membersih lantai rumahnya dengan bersungguh-sunguh. Peluhnya bercucuran. Menyaksikan keganjilan itu lelaki berkenaan bertanya, apa yang sedang Anda lakukan ?. Si Guru menjawab, tadi saya didatangi serombongan tetamu yang meminta nasihat. Saya memberikan banyak nasihat yang bermanfaat bagi mereka. Mereka pun nampaknya berpuas hati. Namun, setelah mereka pulang tiba-tiba saya merasa menjadi orang yang hebat. Kesombongan mula muncul dalam diri saya. Kerana itu, saya melakukan ini untuk membunuh perasaan sombong saya.
Sombong adalah penyakit yang sering menghinggapi kita semua, yang benih-benihnya terlalu kerap muncul tanpa kita sedari.Ia penyakit yang diwarisi dari Iblis dan disebarkan oleh tenteranya Syaitan dan ia kekal sehingga kita menemui ajal.
Di peringkat terbawah, sombong disebabkan oleh faktor material. Kita merasa lebih kaya, lebih rupawan, dan lebih terhormat daripada orang lain.
Di tingkat kedua, sombong disebabkan oleh faktor kecerdasan. Kita merasa lebih pintar, lebih kompeten, dan lebih berwawasan dibandingkan orang lain.
Di tingkat ketiga, sombong disebabkan oleh faktor kebaikan. Kita sering menganggap diri kita lebih bermoral, lebih pemurah, dan lebih tulus dibandingkan dengan orang lain.
Kita lupa bahawa sombong adalah hak ALLAH, kerana ALLAH MAHA SEGALANYA.Yang menarik, semakin tinggi tingkat kesombongan, semakin sukar pula kita mengesannya. Sombong kerana material sangat mudah terlihat, namun sombong kerana pengetahuan, apalagi sombong kerana kebaikan, amat sukar dikesan kerana ia seringkali hanya berbentuk benih-benih halus di dalam batin atau naluri kita.
Akar dari kesombongan ini adalah ego yang berlebihan. Pada tahap yang lumrah, ego menampilkan dirinya dalam bentuk harga diri (self-esteem) dan kepercayaan diri (self-confidence). Akan tetapi, apabila kedua hal ini berubah menjadi kebanggaan (pride), Anda sudah berada sangat dekat dengan kesombongan. Batas antara bangga dan sombong tidaklah terlalu jelas.
Kita sebenarnya terdiri dari dua kutub, iaitu ego di satu kutub dan kesedaran sejati di kutub lain. Pada masa kita dilahirkan ke dunia, kita dalam keadaan telanjang dan tak punya apa-apa. Akan tetapi seiring dengan pembesaran dan waktu, kita mulai memupuk berbagai keinginan, lebih dari sekadar yang kita perlukan dalam hidup. Keenam-enam indra kita selalu mengatakan bahawa kita memerlukan lebih banyak lagi.
Perjalanan hidup manusia cenderung menggiringi kita menuju ke kutub ego. Ilusi ego inilah yang memperkenalkan kita kepada dualisme, ketamakan dan kebencian . Inilah akar dari segala permasalahan. Perjuangan melawan kesombongan merupakan perjuangan menuju kesedaran sejati. Untuk dapat melawan kesombongan dengan segala bentuknya, ada dua perubahan paradigma yang perlu kita lakukan.
Pertama, kita perlu sedar bahawa pada hakikatnya kita bukanlah makhluk fizik, tetapi makhluk spiritual. Kesejatian kita adalah spirituality, sementara tubuh fizikal hanyalah sarana untuk hidup di dunia. Kita lahir dengan tangan kosong, dan (ingat!) kita pun akan mati dengan tangan kosong. Kita yang mencorakkan fizikal.Justeru itulah adanya istilah patung bernyawa bagi mereka yang rosak spiritualnya.
Pandangan seperti ini akan membuatkan kita melihat semua makhluk dalam kesetaraan universal. Kita tidak akan lagi terkelabui oleh penampilan, label, dan segala sifat luaran lainnya. Yang kini kita lihat adalah kesan dalaman. Pandangan seperti ini akan membantu menjauhkan kita dari berbagai kesombongan atau ilusi ego.
Kedua, kita perlu menyedari bahawa apa pun perbuatan baik yang kita lakukan, semuanya itu semata-mata adalah juga demi diri kita sendiri. Kita memberikan sesuatu kepada orang lain juga demi kita sendiri. Dalam hidup ini berlaku hukum tenaga kekal . Energi yang kita berikan kepada dunia tak akan pernah habis. Energi itu akan kembali kepada kita dalam bentuk yang lain. Kebaikan yang kita lakukan pasti akan kembali kepada kita dalam bentuk persahabatan, cinta kasih, makna hidup, maupun kepuasan batin yang mendalam. Jadi, setiap perbuatan baik kepada pihak lain, kita sebenarnya sedang berbuat baik kepada diri kita sendiri.
Kalau begitu, apa yang boleh kita sombongkan ?..
PERINGATAN DARI AL QURAN
Dan orang-orang berada di atas tembok itu Al-A'raaf menyeru beberapa orang (Ketua kaum kafir) yang mereka kenal dengan tandanya; dengan berkata: "Nampaknya kumpulan kamu yang ramai (atau kekayaan kamu yang besar) dan juga segala apa yang kamu sombongkan dahulu - tidak dapat menolong kamu".
baspas
Posted by
parlimen059
at
12:20 PM
0
comments
Labels: peringatan
Monday, November 3, 2008
MP PAS Bukit Gantang: Ingin tahu asas kenaikan pangkat Guru?
Timbalan Menteri Pelajaran II [Dato' Razali bin Ismail]:Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa berusaha memberikan keadilan dan sifat ihsannya kepada semua guru-guru kita terutamanya dalam konteks naik pangkat ini. Untuk makluman Yang Berhormat, kita ada tiga cara naik pangkat bagai pegawai-pegawai Kementerian Pelajaran Malaysia, iaitu:(i) melalui time based promotion dan ini adalah merupakan satu-satu kaedah yang terdapat di kementerian-kementerian yang ada yakni Kementerian Pelajaran Malaysia sahaja yang ada time based promotion;(ii) melalui naik pangkat secara guru cemerlang, pengetua cemerlang, guru besar cemerlang; dan(ii) naik pangkat secara hakiki.
Proses kenaikan pangkat pegawai-pegawai Perkhidmatan Pelajaran termasuk melalui kaedah time based promotion ini yang dilaksanakan menerusi maklumat-maklumat berikut yang perlu dilengkapkan:(i) maklumat perkhidmatan seperti tarikh lahir, tarikh lantikan, tarikh sah dalam jawatan;(ii) tarikh lulus peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan, PTK minimum Tahap 3;(iii) markah Laporan Prestasi selama 3 tahun berturut-turut yakni dengan average purata markahnya 78%;(iv) laporan bebas tindakan tatatertib;(v) laporan kelulusan pengisytiharan harta;(vi) laporan bebas dari senarai pinjaman tegar institusi pendidikan; dan(vii) laporan kelulusan tapisan Badan Pencegah Rasuah (BPR).Untuk makluman Yang Berhormat, segala urusan proses kenaikan pangkat ini kebiasaannya mengambil masa antara 3 sehingga 6 bulan.
Bagaimanapun Kementerian Pelajaran sentiasa berusaha untuk mengambil inisiatif langkah-langkah penambahbaikan dengan mempercepatkan lagi proses urusan naik pangkat ini dengan:(i) mempercepatkan permulaan proses bagi urusan kenaikan pangkat secara time based setahun lebih awal; dan(ii) menambah kakitangan sokongan untuk memproses urusan naik pangkat.
Syarat untuk kenaikan time based ini adalah sepuluh tahun daripada katakan DG 41 kepada DG 44, sepuluh tahun. Mungkin berlaku kelewatan, saya tak dapat nafikan kerana keluarga Kementerian Pelajaran terlalu ramai. Proses birokrasi daripada peringkat sekolah, guru besar ataupun pengetua, PPD dan seterusnya sampai kepada JPA.
Satu keistimewaan juga telah diberi iaitu insentif kepada guru-guru daripada DG 32 yang mereka belajar di universiti untuk mendapatkan sarjana muda, mereka telah diberi insentif. Tiga tahun pengalaman mereka sebagai guru bukan siswazah disamakan dengan satu tahun gred siswazah. Ini adalah di antara proses dan penambahbaikan yang dilakukan kepada program-program naik pangkat Kementerian Pelajaran.
Posted by
parlimen059
at
11:08 AM
0
comments
Labels: parlimen
Sunday, November 2, 2008
MB DAN ISTERI TAK MOHON TUNAIKAN IBADAT HAJI
Posted by
parlimen059
at
6:40 PM
0
comments
Labels: perak



