jemaah memenuhi ruang masjid
Simpang,Taiping- YAB Menteri Besar Perak,bersyukur masyarakat Simpang dapat memakmurkan Masjid Ikhwaniah ,untuk bersolat jamaah,solat tarawih dan bertazkirah .Beliau memuji Pengerusi Masjid Encik Yahya Seliman dan ahli jawatankuasa masjid yang bekerjasama dengan Sekretariat Parlimen Bukit Gantang menjayakan program malam ini , 18 Ramadhan.
YAB MB sedang menyampaikan Tazkirah.
"Langkah-langkah untuk memakmurkan masjid perlu disokong." tegas MB.Beliau menegaskan solat sebagai tiang agama perlu ditekankan. "Biar masjid penuh selepas ramadhan ini,biar 11 bulan berikutnya kita terus bersolat jamaah,sekurang-kurangnya sembahyang Maghrib dan Isyak" saran MB.
Beliau menyatakan ,biarlah kita melaksanakan langkah-langkah yang mudah dan dibolehkan dilaksanakan tanpa memikirkan perubahan -perubahan dasar yang lebih besar."Saya telah melancar kempen bulan sembahyang di Ipoh,pada bulan Rejab yang lalu" tegas MB lagi.
"Saya meminta rakyat Perak,bersembahyang,Tuan Pegawai Daerah meminta rakyatnya bersembahyang ,Ketua Kampung menyuruh anak buahnya bersembahyang, Ibubapa pula meminta anak mereka bersembahyang." ujar MB lagi.
Pemberita STAR sdg menemuramah MB
YAB Menteri Besar Perak,menyarankan kita agar memerdekakan diri dengan mencari ilmu dan mematangkan diri dengan program-program ilmu.
"Kemerdekaan mutlak ,kita bebas dari pemikiran atau belenggu fahaman kebangsaan dan jahiliyyah ."ujar MB. " Alquran petunjuk,kenapa kita tak iktiraf al quran, menyuruh puasa ,satu ayat sedang menyuruh sembahyang 60 ayat ,jadi kita kena tekan sembahyang sebagai tiang agama" kata Ir Nizar lagi.
Solat tarawih dan tazkirah di Masjid Ikhwaniah turut dihadiri oleh Dato ' Mahmod Mosridi ,Pegawai Daerah dan Pegawai Tadbir Agama Daerah,Ustaz Mustafa Abdul Rahman dan
Tuan Peghulu Kanan ,Hj Musanip serta Ketua-ketua Kampung.
Admin sudah Keluar PAS masuk Amanah
-
Makluman:
Mulai Oktober 2015 Admin telah telah Isytihar Keluar PAS menyertai AMANAH.
Jadi blog ini tidak akan diaktifkan lagi. Sebarang kelewatan atas maklu...
9 years ago
0 comments:
Post a Comment