BLOG BARU

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA KE BLOG BARU KAMI.
1.KLIK DISINI.


Sunday, September 14, 2008

Dari Sisi Bukit- Teruskan Kehidupan

Mendengar tazkirah YB Roslan Shaharum ,amat menarik. Hj Roslan menerangkan peranan kita sebagai masyarakat. Beliau menyatakan ,beliau akan dipertanggungjawab jikalau gagal mendidik masyarakat.Bagi kita perlu ada amal maaruf nahi mungkar. "Jangan ingat jadi YB ,seronok." ujar Haji Roslan. "Jikalau pengundi Bukit Gantang ,yang boleh bersolat,tidak bersolat,yang wanitanya dedah aurat ,YB tidak menasihat mereka ,YB juga akan ditanya dan dihumban ke neraka."tegas Hj Roslan. Dalam konteks lebih besar perlunya kita kuasa untuk mentadbir Malaysia, bagi beliau rakyat akan mengikut agama pemerintah.
Sisi Bukit- Dalam keadaan kita menjadi Kerajaan Pakatan Rakyat ,masyarakat telah lama dibentuk BN. Lantas perlulah kita diberi peluang.Kita mempunyai MB yang dibelakangnya Parti Pas ,perlu mengurus rakyat secara berhemah.

Berkaitan operasi lalang 1988,kalau tak salah ,teringat pada masa itu Najib Razak dan Lim Kim Sai yang mainkan isu agama dan perkauman ,jadi mangsa pemimpin kita. Teringat juga rakan-rakan pergi ke Stadium TPCA ,membawa semangat Melayu. Seorang teman pernah bercerita ,dakwanya ,"Pada masa itu kalau jumpa orang bukan Melayu,kami akan mengamuk."
Dakwa beliau lagi,"Kami telah ditanam semangat Melayu" .
Sisi Bukit- Kami kini telah menyertai PAS ,kami sememangnya dahalu tinggal bersama orang Cina ,di Ipoh.

Sebelum pilihanraya 1990 ,saya pernah mengikuti kursus BTN, di Kem Dato' Sagor Kg Gajah.
Penyampaian fasilitator lebih ke arah membenci kaum lain. Para pendidik yang mengikuti program itu semuanya berasa tertipu ,di sekolah kita diajar pendidikan tanpa sempadan.tanpa ras ,tanpa perbezaan,yang pentingnya kita mengajar manusia menjadi baik.
Sisi Bukit- Teringat lagu anak kecil main api, bukankah lagu itu berbau perkauman.

0 comments: