Trong,Taiping- Masyarakat Trong berasa gembira dapat bersama berbuka puasa bersama Menteri Besar Perak pada 17 September lalu di Masjid Nurul Hidayah Sg Bemban,Trong.
Majlis yang bermula tepat pada pukul 6.00 petang.Program bermula dengan penyampaian doa oleh Alfadhil Ustaz Basiron Lat,Ketua Urusan Ulamak Kawasan Bukit Gantang.Sementara acara berakhir dengan tahlil yang dipimpin Alfadhil Ustaz Nordin Jaafar ,Yang Dipertua Pas Kawasan Bukit Gantang .
YAB Menteri Besar Perak,Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaludin turut menyampaikan sumbangan Pejabat Baitulmal Daerah Taiping kepada 6 0rang fakir miskin.Setiap orang mendapat RM 200.00 untuk persiapan Hari Raya Aidilfitri .

sumbangan utk fakir miskin
Dalam ucapannya, Dato'Seri MB ,menyatakan kita patut bersyukur kepada Allah s.w.t,kerana kita kini berada dibawah kerajaan Pakatan Rakyat. "Jadikan peristiwa Badar al Qubra dan Fathul Mekah sebagai satu panduan dan peringatan" tegas MB. YAB MB menerangkan peristiwa itu nenunjukkan dua kumpulan satu bangsa berperang antara satu sama lain.
"Di sini menunjukkan fahaman perkauman,fahaman bangsa dan asobiyah tidak diterima oleh Allah s.w.t." tegas Ir Nizar lagi. Beliau menegaskan Nabi Muhammad s.a.w menyatakan bukan dikalangan umatnya jikalau kita bersikap perkauman ,mementingkan kaum masing-masing,tanpa mempedulikan keadilan untuk rakyat.
"Saya tidak mahu dipertanggungjawab disisi Allah s.w.t ,bersikap tidak adil kepada rakyat" ujar MB lagi.

0 comments:
Post a Comment