BLOG BARU

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA KE BLOG BARU KAMI.
1.KLIK DISINI.


Monday, December 29, 2008

YAYASAN PERAK BANTU RAKYAT


Hj Roslan memberi perangsang kepada para pelajar penerima sumbangan,supaya cemerlang rohani , fizikal dan sosial.

Haji Roslan Shaharum bersama Penghulu Kanan Hj Musanip Ahmad,Penghulu Mukim Matang,Encik Rosli dan Penghulu Bukit Gantang ,Encik Abu Jamil Sani bergambar bersama penerima sumbangan Yayasan Perak



Changkat Jering-27 Dis 08-

Yayasan Perak akan terus membantu rakyat. Peruntukan untuk derma siswa akan terus diberi bagi sesi 2009 dan juga peruntukan untuk Ibu Tunggal yang memerlukan bantuan perniagaan sebanyak RM5000.00 akan mula diberi pada tahun 2009.
Menurut Haji Roslan, peruntukan sebanyak RM 140,000.00 telah diluluskan untuk memberi bantuan peralatan persekolahan seperti beg,pakaian sekolah dan kasut."Kita telah luluskan peruntukan bantuan beg,kasut dan baju sekolah untuk 60 orang pelajar pelbagai kaum di Parlimen Bukit Gantang."tegas Hj Roslan.

"Peruntukan itu bagi meringankan beban ibu-bapa untuk sesi persekolahan tahun 2009"tambah Hj Roslan. Bantuan daripada Yayasan Perak ini meliputi seluruh negeri Perak,disalurkan melalui Pusat Khidmat ADUN masing-masing.

"Jika harga kelapa sawit meningkat ,keuntungan Yayasan Perak bertambah,peruntukan untuk rakyat akan terus bertambah" tambah Hj Roslan sewaktu merasmikan bantuan persekolahan untuk Parlimen Bukit Gantang.Turut hadir pada hari itu,Tn Haji Musanip Ahmad, Penghulu Kanan Larut ,Matang dan Selama dan Ustaz Zulkifli Ahmad ,Timbalan YDP Pas Kawasan Bukit Gantang.

0 comments: