BLOG BARU

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA KE BLOG BARU KAMI.
1.KLIK DISINI.


Thursday, January 1, 2009

TUKAR STATUS TANAH- PERAK JANGKA PEROLEH PREMIUM TANAH ANTARA RM300 HINGGA RM450 JUTA

Ipoh- Kerajaan negeri menjangka akan memperoleh premium tanah antara RM300 hingga RM450 juta jika semua 102,000 pemilik kediaman di 349 Rancangan Perkampungan Tersusun(RPT) dan 47,000 pemilik di 134 kampung baru di Perak menukar status tanah mereka daripada pajakan kepada pemilikan selama-lamanya.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam,Tenaga ,Air dan Hal Ehwal Bukan Islam,Dato' Ngeh Koo Ham berkata,ia berdasarkan unjuran peningkatan nilai hartatanah di RPT dan kampung baru dijangka melebihi RM1.5 bilion selepas pemilik kediaman dibenarkan menukarkan status tanah mereka kepada selama-lamanya.

"Tawaran kami berikan kepada penghuni RPT dan kampung baru adalah hak milik selama-lamanya dan bukan pajakan 99 tahun sebagaimana anggapan sesetengah pihak" kata Dato Ngeh Koo Ham.

Mengenai dakwaan status tanah itu,khususnya kampung baru bercanggah dengan Kanun Tanah Negara, YB Dato' Ngeh menyatakan ,kerajaan negeri sudah mendapat nasihat daripada bekas hakim dan panel penasihat undang-undang yang dianggotai 20-30 peguam.

Sementara itu menurut Hj Roslan Shaharum ,Ahli Parlimen Bukit Gantang jikalau tanah itu perlu untuk pembangunan ,Kerajaan boleh mengambil semula tanah berkenaan menggunakan Akta Pengambilan Tanah tetapi perlu membayar pampasan mengikut nilai pasaran semasa.

sgi 09

0 comments: